Tuesday, 14 August 2012

REVIEW ZINE: MY LADYBUG CHENTA ROBOT FROGGIE #1 (BM/A4)

Ini adalah kemunculan perdana zine ni dengan size yang amat jarang ditemui sekarang. Konsepnya pun jarang orang buat, berkenaan dengan makanan, ada sejarah makanan, resipi, dan bukan pasal makanan pula adalah makna "phobia" yang banyak. Dari pemerhatian aku, dapat aku rasakan yang majoriti penulisannya adalah dicedok dari sesuatu sumber.


Aku baca part intro je, yang selebihnya aku dah hilang semangat nak teruskan, tiada sentuhan peribadi disini, maksud aku didalam penulisannya. Zine ini juga dihasilkan dengan bertuliskan tulisan tangan, bukan kaki. Selain dari semangat untuk menghasilkan satu penerbitan, tiada apa yang boleh dibanggakan disini. Kita tunggu hasil keduanya nanti, kalo semangatnya belum berkuburlah:).

Sila tengok kat flyer kat bawah camner nak dapatkan zine awek ni.

TANGAN-TANGAN YANG TERSEMBUNYI.

Korang guna tangan kanan atau kiri dalam melakukan aktiviti seharian? Aku guna tangan kanan, tangan kiri aku agak terbatas sikit penggunaannya, setakat basuh berak tu boleh lagi lah. Kadang-kadang tu aku ada terfikir jugak, untuk pengguna tangan kiri, diaorang ni masa basuh berak, akan bertukar fungsi tangan jugak ke? Atau masih menggunakan tangan yang sama? Persoalan ni masih menjadi misteri nusantara pada aku, pasal aku pun tak pernah tanya kat mana-mana pengguna tangan kiri akan soalan ni, pasal aku tau samada pelempang tangan kiri atau pelempang tangan kanan, semuanya sakit kalau kena, lebih-lebih lagi jenis pelempang yang laju-laju.


Pengguna tangan kiri, atau seorang yang kidal, kekadang tu agak stailo dimata aku. Cuba tengok Joe wings atau Man Kidal main gitar, yang tak biasa dengan gitaris ni mesti akan kata,"Fuh!! Tangan kiri je tu". Dan aku yakin takde orang yang akan kata, "Fuh!! Tangan kanan je tu", bila melihat sesiapa bermain gitar dengan tangan kanan.


Itu baru contoh orang kidal yang terkenal, belum lagi geng-geng yang biasa-biasa ni. Hari tu aku tengok Pok Soh beruk lempang beruk dia guna tangan kiri. Alkisah beruk dia hari tu tak nak naik nyiur, tapi angin nak minum air gas yang dalam botol kaca tu. Pok Soh Beruk lempang beruk dia laju-laju, sampai menjerit-jerit macam beruk Tarzan pula beruk tu. Ambik r pemalas sangat, makan nak sedap, beruk betina nak yang comel-comel je. Memang stailo r Pok Soh Beruk, nasib baik aku tak buat recording, hantar ke YouTube. Nanti boleh lawan video Jerman Aniq:)


Menurut kajian yang lebih saintifik, bayi yang dilahirkan akan lebih cenderung menggunakan tangan kiri apabila ibunya sering membuat imbasan X-ray semasa bayi itu dalam kandungan. So, dalam erti kata lain, bayi kidal adalah lebih moden dari bayi pengguna tangan kanan, kerana bayi kidal dilahirkan oleh ibu yang lebih moden. Ibu yang lebih moden akan selalu melakukan ujian X-ray untuk mengetahui keadaan bayi mereka, bukankah itu sedikit lebih moden jika dibandingkan dengan bakal ibu yang hanya menunggu tempoh sembilan bulan sahaja. Maafkan aku sekiranya teori aku itu silap, aku hanya bersekolah setakat tingkatan lima sahaja.


Bagi aku, individu kidal itu lebih pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling. Contohnya, majoriti peralatan dicipta dengan sasaranya adalah pengguna tangan kanan seperti tombol pintu, pengupas kulit buah, hatta lubang mesin untuk memasukkan kad LRT sekalipun. Sang kidal kena guna caranya sendiri untuk menggunakan peralatan ini, dan disitulah terletaknya kelebihan mereka ini.


Penggunaan tangan kiri juga adalah berasal dari faktor keturunan. Jika kedua ibu-bapanya, atau salah seorangnya yang kidal, kebarangkalian untuk anak-anak mewarisinya adalah besar. Aku pernah berjumpa dengan satu keluarga ni yang kesemua ahlinya menggunakan tangan kiri, dan aku rasakan itu adalah seksi. Bak kata Mulan Jamelia." makhluk tuhan paling seksi. Seksi, seksi sekali".


Masyarakat kita lebih menekankan Penggunaan tangan kanan dalam aktiviti harian, contohnya, anak kecil selalu diingatkan supaya menerima pemberian seseorang dengan tangan kanan, dengan ayat," haaaa... ambik ngan tangan mana tu", takala si kecil cuba mengambil dengan tangan kiri. Takdelah sampai jadi kudis sekalipun kalau guna tangan kiri, walaupun sedikit diluar kebiasaan. Bervariasi itu indah, sememangnya. Lantaklah, korang nak guna tangan kiri atau tangan kanan sekalipun, janji tak baling batu, sembunyi tangan sudah:) ada kaitan tak?

Friday, 10 August 2012

KEPALA EDITOR ZINE.

Inspirasi nak buat catitan ni tercetus apabila zine MOSH berjaya rilis sampai issue yang ke-15. Satu pencapaian yang membanggakan untuk scene zine tempatan, dimana kebanyakan zine tak tahan lama. Kadang-kadang tu aku mari terfikir jugak apa yang ada dalam kepala hotak berjambul seseorang editor zine ni dalam memproses sesuatu issue zine mereka. Ini yang pemikiran dangkal aku rumuskan:.
Issue #1 dan #2- Masa ni memang tengah semangat gila. Unta kat padang pasir pun takde semangat macam ni. Kalo yang masih bersekolah, mesti di tingkatan 4. Time ni ada yang nak buat zine pasal nak menarik perhatian Anuar Zain-look alike yang ada dalam scene. Ataupun nak cari awek, awek suka berbalakkan seseorang yang somebody dalam scene ni:). Ataupun pasal takde band (lagi).
Issue#3 dan #4- Sambung balik lepas habis PLKN. Semangat kembali semula pasal jumpa kawan-kawan lama dan baru balik dari tengok Battle Of Disarm tempoh hari. Kena pulok sekarangni tengah takde kerja.
Issue#5 dan #6- Kepala tengah serabut time ni. Rasa nak berhenti je buat zine. Sibuk dengan kerja. Sambung study. Awek/balak pula tengah buat hal. Duit dah banyak habis pasal buat zine, takde pulangan kewangan langsung. Lagilah serabut.
Issue#6 hingga #10- Tak wujud, zine dah mampos masa ni. Alasan:.busy with life, atau kurang feedback dari scene.
Maka tamatlah riwayat seorang editor zine. Tapi dalam ramai-ramai tu, ada jugak yang dapat meriliskan zine sehinggga lebih daripada sepuluh issue. Orang-orang macam ni, mengigau pun pasal zine, tak percaya? Try tanya bini Nizang Mosh:) kalo brani r. Aku angkat topi kepada orang-orang macam ni, salutant.
Disclaimer:.Penulisan ni jauh sekali untuk mengutuk sesiapa. Usaha anda untuk menghasilkan zine tu, saya hargai. Penghasilan zine bukanlah satu kerja yang mudah, dan juga tidaklah terlalu susah, pokoknya rajin dengan malas je:). Kadang-kadang tu perut yang lapar di bulan puasa ni membuatkan aku menulis aje apa yang melintasi otak kiri. See you at the next zine fest.

Saturday, 2 June 2012

REVIEW: SHOCK AND AWE ZINE, issue 4, BI.

Zine yang antara terbaik dari Malaysia yang masih wujud telah kembali, dan mungkin masa aku tengah review issue 4 ni, issue 5 dalam proses akhir pembikinannya. Bagi mereka yang dah biasa dengan zine Shock & Awe ni, formatnya tak banyak berbeza dengan issue-issue terkebelakangnya, atau mungkin ianya lebih baik lagi. Masih lagi menampilkan kolumnis-kolumnis yang sama dengan issue yang lepas, begitu juga dengan pengulas-pengulas muzik dan bahan bacaaan yang banyak. Untuk bahagian interview, ianya dijalankan dengan band Daighlia dan This Is Atlantis, satu pasangan yang cukup padan sekali memandangkan diaorangni ada mengeluarkan satu split dan tour bersama. Interview dijalankan dalam keadaan yang tidak membosankan. Zine ini juga dicetak dengan cara yang pro sekali, hasilnya memang mengujakan. Tak banyak lagi yang perlu aku tambah untuk menjustifikasikan zine ni. Kepada yang belum beli zine ni, sila dapatkan sekarang, mungkin boleh buat pre-order untuk issue 5 sekali. Terbaik! Hubungi mereka di shock(dot)awe(at)gmail(dot)com atau boleh juga melayari http://shockawemedia.wordpress.com/

REVIEW: MAXIMUM ROCKNROLL ZINE ISSUE 347, BI.

Rasanya selamat untuk mengatakan issue ini adalah issue yang paling ramai orang Malaysia mendapatkannya dalam sejarah MRR, sebabnya sudah tentulah kerana band Carburetor Dung menjadi penghias covernya buat Kali ini. Tidak dinafikan, interview dengan band Carburetor Dung itu adalah interview yang pertama aku baca dalam issue ini. Memang sangat menarik, mungkin kerana mereka adalah band lokal, jadi ianya membuatkannya lebih dekat dengan diri ini. Sudah tentulah terdapat juga interview dengan band-band lain yang tak kurang hebatnya termasuklah dengan band Dark Times, Neon Piss, Kruel, Lapinpolthalat, Criminal Code, Iron Hand, Indigesti, Damnable Excite Zombies dan juga dengan editor zine yang zine-nya berkisar tentang pizza iaitu Slice Harvester Zine. Memang menarik. Ruangan artikel/column bagi aku adalah antara daya penarik terkuat untuk MRR ni, sungguh mengasyikkan. Hero aku masih lagi menulis di column-nya disini. Seperti biasa, tak sah MRR tanpa ulasan yang bertimbun dan juga scene reports. Cuma yang menjadi sedikit persoalan bagi aku ialah, ini adalah Ron Paul Special Issue, tapi dalam zine ni aku tak dapat kesan sangat yang 'Ron Paul Special' tu. Rilisan dari Carburetor Dung iaitu INGINKU REJAM, RAKSASA KEJAM pun mendapat ulasan yang baik dalam issue ni, serta menempatkan diri dalam senarai top-10 beberapa orang pengulasnya. Berbalik kepada interview dengan Carburetor Dung, soalan kedua terakhir adalah berkaitan dengan aktiviti berak/cirit, begitu detail dan kelakar sekali membacanya. Khabarnya ianya adalah untuk zine Ploppy Pants, harus mendapatkan zine itu. Anyway, MRR tak pernah mengecewakan, untuk yang berminat mendapatkan zine ni, sila cari dengan distro-distro tempatan kerana untuk issue ni banyak distro-distro tempatan ada menjualnya, ataupun boleh berhubung terus dengan MRR di: www.maximumrocknroll.com

Saturday, 31 March 2012

TARIAN TIANG SATU MALAYSIA.

Ayuh kita goyang lagi dong!

ULASAN ZINE:.DEAD PIGS#4 split GRIND YOUR ASS#6 | DEAD PIGS#5. (MALAYSIA, BI).

Dua buah zine aku ulaskan sekaligus kerana ianya berkait rapat. Zine pertama ialah zine Grind your ass#6 yang berasal dari Temerloh dan kalau tak silap aku dikemudikan oleh salah seorang line-up band Rotgut. Ini adalah pengalaman yang perdana aku membaca zine ini, majoritinya adalah berkisar tentang scene grind. Ulasan-ulasan stuff grind yang banyak dan terdapat interview dengan band Hellterror, Grin(d)amage, C.s.m.d., dan Nuisance drilled. Hasil yang boleh tahan bagi aku, walaupun kurang memberi inspirasi. Aku pun layan grind jugak, tapi jika terlalu banyak benda yang sama dalam satu-satu masa tu, aku jadi cepat bosan. Well, review are fucking subjectives. Like it or not, do I give a fuck? . Untuk zine Dead Pigs#4 pula terdapat interview dengan band Black Shape Of Nexus (Germany), Krosot (Malaysia), dan Moss. Manakala Dead Pigs#5 pula menampilkan interview dengan band Atomgevitter, Comadre, Family man dan Michael Crafter. Seperti biasa, terdapat ruangan ulasan musick(?) dengan stok yang banyak sekali. Sejujurnya aku nak menyukai zine ni lebih dari yang sepatutnya, tapi tidak boleh. Semasa membaca zine ni, ada beberapa kesimpulan yang boleh aku buat dengan jujur mengenainya, iaitu:.
1)editornya sangat mengemari irama grindcore, terutamanya dari band SMG. And there's nothing wrong with that's.
2)editornya sangat tidak menyukai band Young And Dangerous. And there's nothing wrong with that's.
3)Dead Pigs#5 menampilkan mutu zerox yang paling teruk yang aku dapat dalam tahun ini. Sangat kelabu, dan disetiap mukasurat ada sahaja part yang langsung tak dapat dibaca.
4)Dead Pigs#5 menampilkan tulisan yang paling kecik untuk zine, yang pernah aku jumpa. Font yang kecik + zerox yang kelabu= senarai najis.
5)editor Dead Pigs adalah seorang yang Otai, (berdasarkan dari penulisannya:)).
6)gambar cover untuk Dead Pigs#4 dan #5 adalah yang jenis ntah apa-apa. Aku sendiri pun tak tahu apa benda dalam gambar tu. Jadi kat sini aku bagi gambar yang boleh membangkitkan nafsu sikit:), untung-untung boleh buat modal:).
Sori kerana ulasan aku lebih kepada unsur luaran sahaja. Lay-out yang teruk, membataskan ulasan aku. Ini bukanlah satu serangan peribadi. Tetapi apabila sesuatu hasil itu teruk, aku akan mengatakannya memang teruk. Sebuah issue yang tidak berbaloi untuk dimiliki.
Okay! Band Young and dangerous memang dah lama masuk dalam senarai najis aku:).
(27 march 2012)