Monday, 2 September 2013

ULASAN ZINE DALAM LACI MEJA HITAM

Apakah persamaan yang ada dengan lukisan gambar babi beruniform polis yang di kawal pergerakkannya seperti permainan boneka, atau gambaran tikus bersongkok yang sedang menjilat keris. Dan juga seekor babi yang berkot dan tersemat pingat di kot nya?

Semuanya adalah hasil lukisan Nan, yang dahulunya adalah pembikin zine Think Smart Act Blur. Kini Nan kembali dalam arena fanzine dengan hasil tangan terbarunya iaitu sebuah artzine yang di beri nama Dalam Laci Meja Hitam. Intipati zine ni adalah lukisan-lukisan Nan semata. Terdapat 12 buah ilustrasi yang aku kira bukan ilustrasi yang kosong-kosong macam lagu Najwa Latif. Size zine ni comel jugak, kalo tak silap aku size ni di panggil A6, iaitu kurang lebih size A5 yang di bahagi dua. Masa tengah plan nak buat Norifumi zine hari tu, ada jugak aku tergerak nak buat size macam ni, tapi aku rasa maybe sedikit cerewet masa nak photostat nanti.

Kalo korang tanya pendapat aku, mesti aku katakan ilustrasi yang Nan buat tu memang menarik, kalo tak takkanlah aku mintak Nan buatkan ilustrasi untuk cover zine aku, Norifumi zine (okay, ini memang ulasan masuk bakul, angkat sendiri:)). Kalo korang nak fahami maksud-maksud di sebalik ilustrasi dalam zine ini, bolehlah berkomunikasi terus dengan Nan. Kalo taknak pun takpe, cuma beli satu, tengok-tengok dan simpan sebagai salah satu artifak sejarah dunia fanzine malaysia.

Aku tak tahu nak kata apa lagi dah, cukuplah kalo aku katakan "syukurlah Malaysia masih aman:), walaupun ianya takde kaitan pun dengan ulasan ini. Cuba hantar rm3 kepada:-
IZNAN RAFA,
NO 2, JALAN BAIDURI 2A,
TAMAN DESA BAIDURI,
56000 CHERAS,
KUALA LUMPUR.

Sunday, 1 September 2013

ULASAN SHUT DOWN ZINE

ULASAN SHUT DOWN ZINE #2.
Seorang rakan aku kat FB iaitu saudara Firdaus Teriak telah menggunakan profile picturenya di mana dia tengah membaca zine ini, ataupun tengah bergaya membaca zine ini. Dan apabila Abam Pidot bergaya macam tu seolah-olah menrekemenkan supaya aku turut baca zine yang di tulis dalam BM dan BI ini. Shut down zine #2 ni telah di keluarkan pada ogos 2012, so maknanya dah setahunlah ye issue ni di keluarkan, kiranya aku ulas sedikit sekarang untuk tujuan dokumentasi aje. Walaupun selepas setahun baru aku mendapatkan zine ni, bagi aku issue-issue yang di utarakan di dalamnya tetap tidak basi.

Zine yang di bikin oleh Ray dari Ranau ini bagi aku boleh tahan lah, penggunaan bahasanya lebih kepada BI. Untuk issue #2 ni ada interview dengan Mamink, iaitu editor zine Freaxx, yang aku belum pernah baca lagi zine nya tu. Juga interview dengan Lee Khalib, iaitu vokalis untuk band The Pilgrim dan Carburetor Dung, yang sekarang ni tinggal di Australia. Ada sesiapa di sini masih ingat yang Lee juga pernah menjadi pengacara rancangan Alternative dahulu, sebelum di ganti dengan Reza Saturnine? Kalo anda pernah tengok rancangan tu, maknanya anda dah tua sekarang:)

Interview dengan Lee tu sememangnya menarik, tapi yang lagi menarik bagi aku adalah wawancara dengan Joe Kidd, dan ianya bukan kerana Joe Kidd semata-mata, tapi kerana Joe sentiasa ada sesuatu untuk di bicarakan, sesuatu yang berinspirasi kepada pembaca.

Selain dari artwork-artwork, sudah tentu terdapat juga artikel-artikel yang menarik untuk di baca. Ada yang santai, tak kurang juga yang lebih 'Politikal'. Dengan harga semurah rm2 ini, bagi aku zine ini berbaloi untuk di miliki. Tapi bagi aku harga rm2 ni murah sangatlah, maybe harga by-hand kot.

Aku suka bila Joe Kidd tulis,
"We would rather go broke and sharing packs of nasi lemak rather than wasting time and killing our passion working full time, especially jobs we hated".

Untuk lebih lagi, aku sarankan korang try dapatkan zine bercover oren ini, try:-
rawbinhud@yahoo.com

Friday, 30 August 2013

REZEKI USOP DAN SINGA

"JAWATAN KOSONG! PENJINAK SINGA SARKIS. GAJI RM1K SETIAP SHOW!".
Usop baca separa kuat apa yang tertulis di selembar manila kad merah yang di tampal pada sebatang pokok di tepi kedai nasi lemak Mek Nani, tempat dia baru aje habiskan tiga bungkus nasi lemak tu. Walaupun belum ada pengalaman dalam hal-hal menjinakkan singa ni, tapi gaji yang di tawarkan yang setaraf dengan gaji menteri-menteri tu begitu mencuri perhatian Usop.
"mungkin diaorang akan hantar aku pergi berkhursus dulu kat Sweden kot. Paling koman pun, mesti aku akan diajar dulu teknik-teknik menjinakkan singa sarkis tu", bisik hati Usop, cuba merasionalkan keadaan.

Usop terus menelefon nombor telefon yang tertera di atas iklan jawatan kosong tersebut. Panggilannya bersambut, dan selepas bercakap lebih kurang dengan orang di sebelah sana, terus dia di minta datang ke tempat berlangsungnya sarkis itu. Tempatnya tidak jauh dari kampung Usop, cuma sejam perjalanan aje kalo dengan menaiki motorsikal. Dah rezeki di rasakan terhidang depan mata tu, Usop pun bersetuju untuk pergi ke tempat sarkis tu dalam masa tiga jam lagi.

Usop kembali seketika ke rumahnya untuk menyiapkan dirinya sendiri. Selepas mandi ala kadar seperti seekor kangaroo, terus dia mengenakan jeans koyak dan baju belang lengan panjang, persis mendiang Kurt Cobain. Sebelum melangkah pergi, di sarungkan pula kasut Doc Mart Cherry Red lapan lubang ke kakinya, barulah lengkap pakej berdressingnya hari tu. Ni kalo anak dara JKK kampungnya tengok pun mesti tangkap cintan punyalah. Terus dia menghidupkan motorsikal EX5nya dan menuju ke destinasi asalnya dengan harapan penuh di dada. Dalam perjalanan tu, Usop berkoya,"kalo gaji aku dah RM1 ribu
satu show, jangan kata nak kawin dengan anak JKK kampung aku, nak kawin dengan Emma Maembong pun cerah masa depan."Usop tersengih sorang-sorang atas motorsikalnya, menampakkan giginya yang kekuningan itu.

Sesampainya di tapak sarkis tersebut, Usop terus berjumpa dengan pengurus tempat itu.
"Encik, nama saya Usop, yang call mintak kerja sebagai penjinak singa pagi tadi", Usop memperkenalkan dirinya, ramah dan ringkas. Maklumlah Usop ni dalam temuduga jugaklah tu.
"panggil saya Bang Berahim, saya pengurus tempat ni dan juga penjinak singa nombor dua, jika ada apa-apa terjadi pada penjinak singa nombor satu, sayalah yang akan mengambil alih peranannya", jawap brader bermisai bergulung ke atas tu. Mukanya manis, tapi kemanisannya sedikit tenggelam oleh misai gulungnya itu.
"kalo macam tu, saya akan menjadi penjinak nombor satu lah Bang Berahim? Mudah ke susah untuk menjinakkan singa ni?", tanya Usop bertalu-talu".
"Tak susah mana pun nak menjinakkan singa ni. Kita dapat pun singa yang dah terlatih, jinak macam seekor kucing. Cuma ada satu petua aje yang perlu di patuhi sebelum setiap persembahan", kata Bang Berahim sambil membuat muka otai yang nak raging freshie.
"Apa dia petua tu Bang Berahim?", lagi-lagi Usop tanya.
"Singa ni kita kena bagi dia makan dulu, barulah lepas tu dia ikut segala arahan kita. Tapi dia makan spesel sikit...", Bang Berahim memberi informasi tak lengkap.
" Sebelum ni dah berapa ramai yang kerja penjinak singa kat sini Bang?", lagilah Usop tanya.
"Sebelum kamu ni, ada tujuh orang dah. Kalo kamu setuju nak jadi penjinak singa dengan gaji yang di nyatakan tu, petang esok kamu boleh datang. Malam ni kita off, pasal malam ni malam jumaat", Bang Berahim menegaskan.
"Saya setuju bang! Esok saya datang. Boleh saya tengok dulu singa yang nak di jinakkan tu bang?", pinta Usop sambil tersengih.
"Takde hal! 'Dia' pun mungkin nak tengok kamu jugak tu. Kamu pegi ikut lorong ni, dan belok ke kiri dan kamu akan jumpa kandang singa tu", kata Bang Berahim sambil tangannya menunjukkan pada satu laluan di belakangnya.

Usop pun mengikut jalan yang dinyatakan itu, selepas simpang ke kiri itu terus dia ternampak seekor singa di dalam satu kandang. Singa tu memang besar, sebesar seekor bapak kerbau. Bulu-bulu di sekeliling kepalanya mengembang macam rambut Big-Mama, tapi rambut Big-Mama lagi ganah. Singa itu berdiri tak keruan aje.
Usop tersengih memandang singa tu," mungkin rezeki aku ada disini, 1k satu show tu, kat mana lagi nak cari", kata Usop sendirian.
"memang rezeki aku ada depan mata ni, tinggal satu hari aje untuk aku puasa", kata singa itu pula dalam hatinya.
Air liurnya menitik:)

Tuesday, 6 August 2013

SALAM YANG TERAKHIR

Tadi aku ke pejabat pos untuk keluarkan duit dari akaun ASB aku. Bajetnya duit tu nak beli seluar slack buat pakai raya nanti, barulah anarcho-punk-hopeless-romantic kalo pakai seluar slack. Selepas aje meninggalkan kaunter pejabat pos dan mencatatkan satu lagi kisah sedih dalam buku akaun aku, aku terus berjalan sesegak Shah Rukh Khan menuju ke pintu keluar. Walaupun time tu aku pakai seluar pendek aje, Shah Rukh Khan apakejadahnya bulu kaki berserabut gitu.

Sebelum sampai ke pintu keluar, aku dapati ada seorang lelaki yang tidak layak di panggil adik, tapi lebih layak lagi di panggil Pak cik berada berhampirannya. Pakcik ni dah tua, panggilan pun dah pakcik. Dahinya aku lihat sepintas lalu memang sudah di huni oleh kedut berlapis, dan memakai kopiah putih selepuk. Aku rasa kopiah tu di pakai time-time ada urusan pejabat-pejabat aje kot. Pakcik tu aku lihat senyum aje ke arah aku, tangannya di hulurkan seolah-olah mahu bersalaman dengan aku. Saat tu memang aku tak kenal pakcik tu, mungkinkah pakcik tu kenal aku? Mungkin jugak dia orang kampung aku (yang majoritinya aku tak kenal), atau mungkin sahaja pakcik ni seorang yang memang saja-saja peramah.

Dan sebagai seorang anarcho-punk-hopeless-romantik yang tak berapa nak kental, aku menyambut tangan pakcik tu, bersalaman. Macam hari raya pun ada aku rasa. Beraya di dalam pejabat pos, tak pernah di buat orang ni. Pakcik tadi masih lagi tersenyum, tanpa berkata apa-apa. Aku pun senyum jugak, tapi senyum yang di buat-buat. Selesai bersalaman lebih-kurang tu, aku terus melangkah, dan tak sampai tiga langkah aku toleh semula ke belakang (you know, saat kita ada perasaan just rasa nak toleh aje) aku lihat pakcik tadi tengah bersalaman dan berbual mesra dengan seorang lagi lelaki, yang aku syaki berada kat belakang aku tadi!

Dan aku rasa tadi tu memang pakcik tua tu nak bersalaman dengan lelaki tu.
Aku lajukan lagi kaki melangkah, kali ni aku taknak toleh lagi, walaupun ada Yuna yang memanggil.

NORIFUMI ABE

Aku baru aje lepas naik motor tadi, motor Ex5 yang di pinjam. Tuan dia baru aje beli motor ni, kaler keemasan gitu. Walaupun kalernya tak sesuai langsung dengan aku yang berjiwa anarcho-grind-punk-dangdut ni, aku tunggang aje demi satu niat yang suci dan murni, nak pegi beli ikan masin kat Hock Kee Seng. Ikan masin kat situ memang bapak jahanam bestnya, kalo tiga hari tak makan memang kacip terus di buatnya. Entah dadah jenis apa diaorang taruh dalam tu.

Naik motor baru ni lain macam aje peginya, sama jugak dengan naik 'benda-benda' lain yang baru. Maklum aje lah, semua part kemah-kemah lagi. Mula-mula naik, aku bawak slow aje dalam 30kmj gitu, dah dapat sesuaikan diri, aku tarik lagi pendikit sampai naik 60kmj! Time tu motor dah bergoyang-goyang sikit. Dengan semangat seperti seorang Norifumi Abe, aku sorokkan kepala aku belakang handle. Meter kelajuan semakin naik, kalo ikut-ikutkan setan ni nak aje aku buat stail Farid Kamil dalam filem Rempit, tapi masalahnya perut Farid Kamil tak buncit, yang buncit tu perut Diana Danielle.

Meter kelajuan terus meningkat, seiring dengan pergerakkan motorsikal yang aku naik tu. Kedua-dua belah tangan aku mengengam kemas handle motor. Perasaan seronok dan takut bercampur baur saat itu. Perasaan lapar pun ada juga. Tiba-tiba aku lihat nun jauh di depan ku, aku jadi terkedu.

Di depanku adalah seorang makcik sedang menunggang motor roda tiga yang ada kotak kat tepinya tu. Di dalam kotak tu bertimbun dengan batang tebu. Makcik tu naik motor pegang sebelah tangan dengan selamba rock aje. Masih lagi memecut laju meninggalkan aku. Dan aku masih terkial-kial cuba memotongnya.

Maybe aku bukan di lahirkan untuk menjadi seorang mat rempit. Aku pasrah.

HIKAYAT SHOPPING

Menemani seseorang membeli pakaian raya adalah sah-sah tidak menyelerakan langsung. Selain ianya bukan satu aktiviti lasak, ia pasti akan sedikit-sebanyak menganggu-gugat kuantiti tidur di siang hari sang peneman. Lebih-lebih lagi kalo yang nak shopping tu adalah isteri kita, lagilah kita rasa cam nak tampor aje tokey kedai shopping tu.

Beberapa hari lepas, dengan sisa-sisa semangat seorang suami mithali, aku telah menemani my-other-half pergi shopping tudung kat pasaraya Tunas Manja. Dan tolong jangan tanya aku pasal apa pasaraya tu di namakan Tunas Manja, dia tak letak nama mencarut pun dah kira bagus sangat tu. Di sebabkan aku tak suka dengan scene shopping, berhimpit-himpit kat tengah orang ramai, maknanya aku tunggu kat luar aje. Lelaki-lelaki yang menemani perempuan shopping tu biasanya yang masih dalam status aweks-balaks aje.

Selepas lebih tiga jam masa tidur di siang hari aku di gantikan dengan aktiviti picit jerawat dan baca sms lama kat henset, my-other-half keluar dari pasaraya tu dengan membawa sebungkus plastik. Tudung gamaknya tu. Tiga jam di perlukan untuk membeli tudung sahaja? Mereka memang mempunyai tahap imunisasi yang tinggi kan? Sambil-sambil tu my-other-half ada menunjukkan sepeket angpau kosong yang tercetak nama pasaraya tu dan juga gambar ketupat. Walaupun aku bukannya nak tahu sangat jawapannya, tapi sekadar nak buat topik berbual, aku bertanya:
"dapat free ke?", merujuk kepada angpau tadi.
Lantas bermulalah satu hikayat, my-other-half menjawab:,
"Mana ada lagi barang free sekarang ni bang. Roti berkulat pun ada harga, inikan pula pot-pet pot-pet.......... Bla bla bla bla............

Aku tak tahu bila my-other-half berhenti membebel, tapi masa motor masuk gear dua pun hikayatnya masih berkumandang.
Aku cuma tanya tiga perkataan je.
T.I.G.A!

KERJA LASAK

Pagi tadi aku buat satu kerja lasak yang dah hampir setahun aku tinggalkan. Kerja ni memang aku iktirafkan sebagai kerja lasak semenjak zaman kesultanan melayu Melaka lagi. Bukan calang-calang orang yang boleh buat kerja lasak macam ni. Kerja lasak macam ni memang memerlukan tahap ketahanan fizikal dan mental yang Infiniti. Jangan kata Lofa, Watson Nyambek pun belum mampu untuk buat kerja lasak ni. Itu pun sudah cukup untuk menceritakan tahap kelasakan kerja ni.

Pagi tadi aku basuh motor aku!
Guna sabun basuh pinggan!
Lasak tahap gaban.