Tuesday 6 August 2013

SALAM YANG TERAKHIR

Tadi aku ke pejabat pos untuk keluarkan duit dari akaun ASB aku. Bajetnya duit tu nak beli seluar slack buat pakai raya nanti, barulah anarcho-punk-hopeless-romantic kalo pakai seluar slack. Selepas aje meninggalkan kaunter pejabat pos dan mencatatkan satu lagi kisah sedih dalam buku akaun aku, aku terus berjalan sesegak Shah Rukh Khan menuju ke pintu keluar. Walaupun time tu aku pakai seluar pendek aje, Shah Rukh Khan apakejadahnya bulu kaki berserabut gitu.

Sebelum sampai ke pintu keluar, aku dapati ada seorang lelaki yang tidak layak di panggil adik, tapi lebih layak lagi di panggil Pak cik berada berhampirannya. Pakcik ni dah tua, panggilan pun dah pakcik. Dahinya aku lihat sepintas lalu memang sudah di huni oleh kedut berlapis, dan memakai kopiah putih selepuk. Aku rasa kopiah tu di pakai time-time ada urusan pejabat-pejabat aje kot. Pakcik tu aku lihat senyum aje ke arah aku, tangannya di hulurkan seolah-olah mahu bersalaman dengan aku. Saat tu memang aku tak kenal pakcik tu, mungkinkah pakcik tu kenal aku? Mungkin jugak dia orang kampung aku (yang majoritinya aku tak kenal), atau mungkin sahaja pakcik ni seorang yang memang saja-saja peramah.

Dan sebagai seorang anarcho-punk-hopeless-romantik yang tak berapa nak kental, aku menyambut tangan pakcik tu, bersalaman. Macam hari raya pun ada aku rasa. Beraya di dalam pejabat pos, tak pernah di buat orang ni. Pakcik tadi masih lagi tersenyum, tanpa berkata apa-apa. Aku pun senyum jugak, tapi senyum yang di buat-buat. Selesai bersalaman lebih-kurang tu, aku terus melangkah, dan tak sampai tiga langkah aku toleh semula ke belakang (you know, saat kita ada perasaan just rasa nak toleh aje) aku lihat pakcik tadi tengah bersalaman dan berbual mesra dengan seorang lagi lelaki, yang aku syaki berada kat belakang aku tadi!

Dan aku rasa tadi tu memang pakcik tua tu nak bersalaman dengan lelaki tu.
Aku lajukan lagi kaki melangkah, kali ni aku taknak toleh lagi, walaupun ada Yuna yang memanggil.

No comments:

Post a Comment