Saturday 2 June 2012

REVIEW: SHOCK AND AWE ZINE, issue 4, BI.

Zine yang antara terbaik dari Malaysia yang masih wujud telah kembali, dan mungkin masa aku tengah review issue 4 ni, issue 5 dalam proses akhir pembikinannya. Bagi mereka yang dah biasa dengan zine Shock & Awe ni, formatnya tak banyak berbeza dengan issue-issue terkebelakangnya, atau mungkin ianya lebih baik lagi. Masih lagi menampilkan kolumnis-kolumnis yang sama dengan issue yang lepas, begitu juga dengan pengulas-pengulas muzik dan bahan bacaaan yang banyak. Untuk bahagian interview, ianya dijalankan dengan band Daighlia dan This Is Atlantis, satu pasangan yang cukup padan sekali memandangkan diaorangni ada mengeluarkan satu split dan tour bersama. Interview dijalankan dalam keadaan yang tidak membosankan. Zine ini juga dicetak dengan cara yang pro sekali, hasilnya memang mengujakan. Tak banyak lagi yang perlu aku tambah untuk menjustifikasikan zine ni. Kepada yang belum beli zine ni, sila dapatkan sekarang, mungkin boleh buat pre-order untuk issue 5 sekali. Terbaik! Hubungi mereka di shock(dot)awe(at)gmail(dot)com atau boleh juga melayari http://shockawemedia.wordpress.com/

REVIEW: MAXIMUM ROCKNROLL ZINE ISSUE 347, BI.

Rasanya selamat untuk mengatakan issue ini adalah issue yang paling ramai orang Malaysia mendapatkannya dalam sejarah MRR, sebabnya sudah tentulah kerana band Carburetor Dung menjadi penghias covernya buat Kali ini. Tidak dinafikan, interview dengan band Carburetor Dung itu adalah interview yang pertama aku baca dalam issue ini. Memang sangat menarik, mungkin kerana mereka adalah band lokal, jadi ianya membuatkannya lebih dekat dengan diri ini. Sudah tentulah terdapat juga interview dengan band-band lain yang tak kurang hebatnya termasuklah dengan band Dark Times, Neon Piss, Kruel, Lapinpolthalat, Criminal Code, Iron Hand, Indigesti, Damnable Excite Zombies dan juga dengan editor zine yang zine-nya berkisar tentang pizza iaitu Slice Harvester Zine. Memang menarik. Ruangan artikel/column bagi aku adalah antara daya penarik terkuat untuk MRR ni, sungguh mengasyikkan. Hero aku masih lagi menulis di column-nya disini. Seperti biasa, tak sah MRR tanpa ulasan yang bertimbun dan juga scene reports. Cuma yang menjadi sedikit persoalan bagi aku ialah, ini adalah Ron Paul Special Issue, tapi dalam zine ni aku tak dapat kesan sangat yang 'Ron Paul Special' tu. Rilisan dari Carburetor Dung iaitu INGINKU REJAM, RAKSASA KEJAM pun mendapat ulasan yang baik dalam issue ni, serta menempatkan diri dalam senarai top-10 beberapa orang pengulasnya. Berbalik kepada interview dengan Carburetor Dung, soalan kedua terakhir adalah berkaitan dengan aktiviti berak/cirit, begitu detail dan kelakar sekali membacanya. Khabarnya ianya adalah untuk zine Ploppy Pants, harus mendapatkan zine itu. Anyway, MRR tak pernah mengecewakan, untuk yang berminat mendapatkan zine ni, sila cari dengan distro-distro tempatan kerana untuk issue ni banyak distro-distro tempatan ada menjualnya, ataupun boleh berhubung terus dengan MRR di: www.maximumrocknroll.com