Friday 30 August 2013

REZEKI USOP DAN SINGA

"JAWATAN KOSONG! PENJINAK SINGA SARKIS. GAJI RM1K SETIAP SHOW!".
Usop baca separa kuat apa yang tertulis di selembar manila kad merah yang di tampal pada sebatang pokok di tepi kedai nasi lemak Mek Nani, tempat dia baru aje habiskan tiga bungkus nasi lemak tu. Walaupun belum ada pengalaman dalam hal-hal menjinakkan singa ni, tapi gaji yang di tawarkan yang setaraf dengan gaji menteri-menteri tu begitu mencuri perhatian Usop.
"mungkin diaorang akan hantar aku pergi berkhursus dulu kat Sweden kot. Paling koman pun, mesti aku akan diajar dulu teknik-teknik menjinakkan singa sarkis tu", bisik hati Usop, cuba merasionalkan keadaan.

Usop terus menelefon nombor telefon yang tertera di atas iklan jawatan kosong tersebut. Panggilannya bersambut, dan selepas bercakap lebih kurang dengan orang di sebelah sana, terus dia di minta datang ke tempat berlangsungnya sarkis itu. Tempatnya tidak jauh dari kampung Usop, cuma sejam perjalanan aje kalo dengan menaiki motorsikal. Dah rezeki di rasakan terhidang depan mata tu, Usop pun bersetuju untuk pergi ke tempat sarkis tu dalam masa tiga jam lagi.

Usop kembali seketika ke rumahnya untuk menyiapkan dirinya sendiri. Selepas mandi ala kadar seperti seekor kangaroo, terus dia mengenakan jeans koyak dan baju belang lengan panjang, persis mendiang Kurt Cobain. Sebelum melangkah pergi, di sarungkan pula kasut Doc Mart Cherry Red lapan lubang ke kakinya, barulah lengkap pakej berdressingnya hari tu. Ni kalo anak dara JKK kampungnya tengok pun mesti tangkap cintan punyalah. Terus dia menghidupkan motorsikal EX5nya dan menuju ke destinasi asalnya dengan harapan penuh di dada. Dalam perjalanan tu, Usop berkoya,"kalo gaji aku dah RM1 ribu
satu show, jangan kata nak kawin dengan anak JKK kampung aku, nak kawin dengan Emma Maembong pun cerah masa depan."Usop tersengih sorang-sorang atas motorsikalnya, menampakkan giginya yang kekuningan itu.

Sesampainya di tapak sarkis tersebut, Usop terus berjumpa dengan pengurus tempat itu.
"Encik, nama saya Usop, yang call mintak kerja sebagai penjinak singa pagi tadi", Usop memperkenalkan dirinya, ramah dan ringkas. Maklumlah Usop ni dalam temuduga jugaklah tu.
"panggil saya Bang Berahim, saya pengurus tempat ni dan juga penjinak singa nombor dua, jika ada apa-apa terjadi pada penjinak singa nombor satu, sayalah yang akan mengambil alih peranannya", jawap brader bermisai bergulung ke atas tu. Mukanya manis, tapi kemanisannya sedikit tenggelam oleh misai gulungnya itu.
"kalo macam tu, saya akan menjadi penjinak nombor satu lah Bang Berahim? Mudah ke susah untuk menjinakkan singa ni?", tanya Usop bertalu-talu".
"Tak susah mana pun nak menjinakkan singa ni. Kita dapat pun singa yang dah terlatih, jinak macam seekor kucing. Cuma ada satu petua aje yang perlu di patuhi sebelum setiap persembahan", kata Bang Berahim sambil membuat muka otai yang nak raging freshie.
"Apa dia petua tu Bang Berahim?", lagi-lagi Usop tanya.
"Singa ni kita kena bagi dia makan dulu, barulah lepas tu dia ikut segala arahan kita. Tapi dia makan spesel sikit...", Bang Berahim memberi informasi tak lengkap.
" Sebelum ni dah berapa ramai yang kerja penjinak singa kat sini Bang?", lagilah Usop tanya.
"Sebelum kamu ni, ada tujuh orang dah. Kalo kamu setuju nak jadi penjinak singa dengan gaji yang di nyatakan tu, petang esok kamu boleh datang. Malam ni kita off, pasal malam ni malam jumaat", Bang Berahim menegaskan.
"Saya setuju bang! Esok saya datang. Boleh saya tengok dulu singa yang nak di jinakkan tu bang?", pinta Usop sambil tersengih.
"Takde hal! 'Dia' pun mungkin nak tengok kamu jugak tu. Kamu pegi ikut lorong ni, dan belok ke kiri dan kamu akan jumpa kandang singa tu", kata Bang Berahim sambil tangannya menunjukkan pada satu laluan di belakangnya.

Usop pun mengikut jalan yang dinyatakan itu, selepas simpang ke kiri itu terus dia ternampak seekor singa di dalam satu kandang. Singa tu memang besar, sebesar seekor bapak kerbau. Bulu-bulu di sekeliling kepalanya mengembang macam rambut Big-Mama, tapi rambut Big-Mama lagi ganah. Singa itu berdiri tak keruan aje.
Usop tersengih memandang singa tu," mungkin rezeki aku ada disini, 1k satu show tu, kat mana lagi nak cari", kata Usop sendirian.
"memang rezeki aku ada depan mata ni, tinggal satu hari aje untuk aku puasa", kata singa itu pula dalam hatinya.
Air liurnya menitik:)

Tuesday 6 August 2013

SALAM YANG TERAKHIR

Tadi aku ke pejabat pos untuk keluarkan duit dari akaun ASB aku. Bajetnya duit tu nak beli seluar slack buat pakai raya nanti, barulah anarcho-punk-hopeless-romantic kalo pakai seluar slack. Selepas aje meninggalkan kaunter pejabat pos dan mencatatkan satu lagi kisah sedih dalam buku akaun aku, aku terus berjalan sesegak Shah Rukh Khan menuju ke pintu keluar. Walaupun time tu aku pakai seluar pendek aje, Shah Rukh Khan apakejadahnya bulu kaki berserabut gitu.

Sebelum sampai ke pintu keluar, aku dapati ada seorang lelaki yang tidak layak di panggil adik, tapi lebih layak lagi di panggil Pak cik berada berhampirannya. Pakcik ni dah tua, panggilan pun dah pakcik. Dahinya aku lihat sepintas lalu memang sudah di huni oleh kedut berlapis, dan memakai kopiah putih selepuk. Aku rasa kopiah tu di pakai time-time ada urusan pejabat-pejabat aje kot. Pakcik tu aku lihat senyum aje ke arah aku, tangannya di hulurkan seolah-olah mahu bersalaman dengan aku. Saat tu memang aku tak kenal pakcik tu, mungkinkah pakcik tu kenal aku? Mungkin jugak dia orang kampung aku (yang majoritinya aku tak kenal), atau mungkin sahaja pakcik ni seorang yang memang saja-saja peramah.

Dan sebagai seorang anarcho-punk-hopeless-romantik yang tak berapa nak kental, aku menyambut tangan pakcik tu, bersalaman. Macam hari raya pun ada aku rasa. Beraya di dalam pejabat pos, tak pernah di buat orang ni. Pakcik tadi masih lagi tersenyum, tanpa berkata apa-apa. Aku pun senyum jugak, tapi senyum yang di buat-buat. Selesai bersalaman lebih-kurang tu, aku terus melangkah, dan tak sampai tiga langkah aku toleh semula ke belakang (you know, saat kita ada perasaan just rasa nak toleh aje) aku lihat pakcik tadi tengah bersalaman dan berbual mesra dengan seorang lagi lelaki, yang aku syaki berada kat belakang aku tadi!

Dan aku rasa tadi tu memang pakcik tua tu nak bersalaman dengan lelaki tu.
Aku lajukan lagi kaki melangkah, kali ni aku taknak toleh lagi, walaupun ada Yuna yang memanggil.

NORIFUMI ABE

Aku baru aje lepas naik motor tadi, motor Ex5 yang di pinjam. Tuan dia baru aje beli motor ni, kaler keemasan gitu. Walaupun kalernya tak sesuai langsung dengan aku yang berjiwa anarcho-grind-punk-dangdut ni, aku tunggang aje demi satu niat yang suci dan murni, nak pegi beli ikan masin kat Hock Kee Seng. Ikan masin kat situ memang bapak jahanam bestnya, kalo tiga hari tak makan memang kacip terus di buatnya. Entah dadah jenis apa diaorang taruh dalam tu.

Naik motor baru ni lain macam aje peginya, sama jugak dengan naik 'benda-benda' lain yang baru. Maklum aje lah, semua part kemah-kemah lagi. Mula-mula naik, aku bawak slow aje dalam 30kmj gitu, dah dapat sesuaikan diri, aku tarik lagi pendikit sampai naik 60kmj! Time tu motor dah bergoyang-goyang sikit. Dengan semangat seperti seorang Norifumi Abe, aku sorokkan kepala aku belakang handle. Meter kelajuan semakin naik, kalo ikut-ikutkan setan ni nak aje aku buat stail Farid Kamil dalam filem Rempit, tapi masalahnya perut Farid Kamil tak buncit, yang buncit tu perut Diana Danielle.

Meter kelajuan terus meningkat, seiring dengan pergerakkan motorsikal yang aku naik tu. Kedua-dua belah tangan aku mengengam kemas handle motor. Perasaan seronok dan takut bercampur baur saat itu. Perasaan lapar pun ada juga. Tiba-tiba aku lihat nun jauh di depan ku, aku jadi terkedu.

Di depanku adalah seorang makcik sedang menunggang motor roda tiga yang ada kotak kat tepinya tu. Di dalam kotak tu bertimbun dengan batang tebu. Makcik tu naik motor pegang sebelah tangan dengan selamba rock aje. Masih lagi memecut laju meninggalkan aku. Dan aku masih terkial-kial cuba memotongnya.

Maybe aku bukan di lahirkan untuk menjadi seorang mat rempit. Aku pasrah.

HIKAYAT SHOPPING

Menemani seseorang membeli pakaian raya adalah sah-sah tidak menyelerakan langsung. Selain ianya bukan satu aktiviti lasak, ia pasti akan sedikit-sebanyak menganggu-gugat kuantiti tidur di siang hari sang peneman. Lebih-lebih lagi kalo yang nak shopping tu adalah isteri kita, lagilah kita rasa cam nak tampor aje tokey kedai shopping tu.

Beberapa hari lepas, dengan sisa-sisa semangat seorang suami mithali, aku telah menemani my-other-half pergi shopping tudung kat pasaraya Tunas Manja. Dan tolong jangan tanya aku pasal apa pasaraya tu di namakan Tunas Manja, dia tak letak nama mencarut pun dah kira bagus sangat tu. Di sebabkan aku tak suka dengan scene shopping, berhimpit-himpit kat tengah orang ramai, maknanya aku tunggu kat luar aje. Lelaki-lelaki yang menemani perempuan shopping tu biasanya yang masih dalam status aweks-balaks aje.

Selepas lebih tiga jam masa tidur di siang hari aku di gantikan dengan aktiviti picit jerawat dan baca sms lama kat henset, my-other-half keluar dari pasaraya tu dengan membawa sebungkus plastik. Tudung gamaknya tu. Tiga jam di perlukan untuk membeli tudung sahaja? Mereka memang mempunyai tahap imunisasi yang tinggi kan? Sambil-sambil tu my-other-half ada menunjukkan sepeket angpau kosong yang tercetak nama pasaraya tu dan juga gambar ketupat. Walaupun aku bukannya nak tahu sangat jawapannya, tapi sekadar nak buat topik berbual, aku bertanya:
"dapat free ke?", merujuk kepada angpau tadi.
Lantas bermulalah satu hikayat, my-other-half menjawab:,
"Mana ada lagi barang free sekarang ni bang. Roti berkulat pun ada harga, inikan pula pot-pet pot-pet.......... Bla bla bla bla............

Aku tak tahu bila my-other-half berhenti membebel, tapi masa motor masuk gear dua pun hikayatnya masih berkumandang.
Aku cuma tanya tiga perkataan je.
T.I.G.A!

KERJA LASAK

Pagi tadi aku buat satu kerja lasak yang dah hampir setahun aku tinggalkan. Kerja ni memang aku iktirafkan sebagai kerja lasak semenjak zaman kesultanan melayu Melaka lagi. Bukan calang-calang orang yang boleh buat kerja lasak macam ni. Kerja lasak macam ni memang memerlukan tahap ketahanan fizikal dan mental yang Infiniti. Jangan kata Lofa, Watson Nyambek pun belum mampu untuk buat kerja lasak ni. Itu pun sudah cukup untuk menceritakan tahap kelasakan kerja ni.

Pagi tadi aku basuh motor aku!
Guna sabun basuh pinggan!
Lasak tahap gaban.

MURTABAK MAIN MAIN

My-other-half lah ni yang nak beli sangat murtabak kat situ. Masa balik dari bandar tadi, time atas motor, tengah-tengah kepala hotak aku steady layan lagu tema Teduhan Kasih, tetiba aje dia tepuk belakang aku suruh stop serta-merta.
Bunyi tepukkan itu seperti,"pap, pap, pap!".
Nasik baik bunyi lagu tu, kalo bunyi, "dum dum tak, dum dum tak", tak mustahil aku buat pointing finger punya.
Mulanya aku ingatkan ada barang yang terjatuh ke apa, rupa-rupanya dia nak pegi beli murtabak kat seberang jalan tu. Buat penat aje aku brek berdesor sampai ada line kat atas jalan tu. Lagu tema Teduhan Kasih pun aku dah tak ingat dah masuk part korus ke belum.

Stall jual murtabak tu kat seberang jalan yang satu lagi, so sebab tak nak biarkan my-other-half kena langgar lori tanah merah, aku memimpin dia ke seberang jalan tu. Kat stall tu dah bertimbun orang menunggu untuk membeli murtabak. Mengikut perkiraan waras aku, orang yang menunggu untuk membeli murtabak time tu lagi ramai dari yang pergi masjid sembahyang subuh.
"entah bomoh negara mana yang tuan murtabak ni pakai?"
"tak pun, dia taruh dadah dalam tu kot, tu orang jadi kacip nak kena murtabak dia aje tu"
Hati aku membuat kesimpulan jahat dan dengki. Orang melayu memang macam nilah, sentiasa dengki dengan kejayaan orang lain. Tak macam orang Sweden.

Sambil-sambil tunggu pesanan murtabak tu siap, aku terdengar perbualan dua orang lelaki ni, yang aku sifatkan sebagai dua orang kawan yang dah lama tak bersua muka. Antara bijik-butir yang aku dapat tangkap ialah:,
Lelaki A :"wei lama tak nampak. Kerja mana sekarang? (sambil menghulurkan tangan seperti mahu bersalaman)
Lelaki B menjawab,"kerja main-main aje",tersengih-sengih lagaknya.
Jawapan lelaki B tu menarik perhatian aku. Raya tahun ni, kalo ada sesiapa tanya kat mana aku kerja. Aku dah malas nak jawab "punk tak kerja", nak renovate pulak dengan
"kerja main-main aje"
Baru metrosexual bunyinya.

NASIK GORENG THAI MALAY SRI WANGI

Kalo bab-bab berbuka puasa kat luar ni aku memang jarang rare tahap tapir r, cuma ada sekali aje hari tu berbuka kat satu restoran ni ngan seorang kawan lama. Kawan se-bundle lah kira-kiranya, yang dah lama tak jumpa, al-maklumlah dia kerja kat luar Ganu ni. Alang-alang dah terjumpa tu, dia ajak aku berbuka sekali, nak belanja katanya, nak tunjuk banyak duit la tu. Kalo diikutkan musim kemalasan aku time tu, memang malas sangatlah nak pergi, tak underground lah sosial-sosial ni. Tapi di sebabkan aku nak ejas baju band barang selai dua, aku ikut aje. Lagipun dia nak belanja, rezeki jangan di tolak.

Kitaorang berdua bercadang nak berbuka puasa kat satu restoran orang siam yang ada buat promosi ramadhan ni. Restorannya dekat dengan satu bazar ramadhan kat area kampung aku ni. Aku terjumpa dengan kawan lama aku ni pun selepas aku beli karipap kat bazar ramadhan tu.

Kitaorang bercadang untuk makan masakan panas goreng-goreng gitu. Kawan aku order nasik goreng USA ngan air mempelam, tapi masa tukang ambik order sebut nama air tu ngan lidah kampung dia, aku ingatkan dia dah mencarut. Nasib baik aku ni seorang punk yang penyabar, kalo tak aku dah bagi buah stail Chuck Norris sebijik. Apa kes pulak bulan puasa pun nak mencarut! Tunggulah bulan tak puasa, masa tu ko nak mencarut duapuluhempatjam pun lantak engkau lah.

Lepas kawan aku order, aku pun tak nak kalah dengan kawan aku punya order. Aku cari yang namanya nampak spesel sikit, lalu aku order, nasik goreng Thai-Malay Sri wangi dan air milo panas. Sambil-sambil tu aku mintak piring kosong nak letak karipap yang aku baru beli tadi. Karipap yang di letak di dalam piring berdasarkan kod etika pemakanan membawa maksud yang karipap itu untuk di kongsi makan. Lagi pun, tak hopeless romantik lah makan karipap terus dari plastik, Pakcik Morrisey pun tak pernah makan karipap terus dari plastik gitu.

Sambil-sambil menunggu apa yang di order sampai, kitaorang isi masa terluang dengan bersembang hal-hal permasalahan negara, seperti isu kepupusan spesis ikan sekilau, dan pasal Mat Min anak Pok Nawi yang belum bersunat sampai sekarang, walaupun dah nak masuk 20 tahun umurnya. Kadang-kadang kalo ada benda yang kelakar terkeluar dalam perbualan kami tu, kami ketawa tanpa mengira orang sekeliling, seolah-olah restoran tu bapak kawan aku yang punya. Tapi kebanyakkan masa tu, benda yang tak kelakar pun kami ketawa sampai rasa nak terkencing!

Lagi seminit-dua nak masuk waktu berbuka puasa, makanan yang di order pun sampai ke meja kami. Aku rasa time tu kat Bukit Pak Apil, tukang pasang meriam dah siap pegang lighter nak cucuh meriam tanda waktu berbuka tu. Aku tengok nasik goreng aku ngan nasik goreng kawan aku tu tak jauh sangat bezanya, cuma nasik goreng kawan aku ada tambah telur mata dan daging masak merah kat tepi, nasik pulak kaler kemerahan gitu. Nasik goreng aku kaler kuning, kosong takde tambahan apa-apa cuma nampak ada hiasan bunga kantam aje.

Ngan-ngan aku pegang sudu-garpu dan kacau nasik goreng tu sekali dua, kedengaranlah azan maghrib kat radio kedai tu. Lepas minum air milo, terus aku beralih ke nasik goreng aku.
Sesudu, dua sudu...
Aku berhenti makan, rasanya macam nasik yang di goreng dengan kunyit hidup-hidup. Aku kutip ayam-ayam dalam nasik tu aje, nasiknya aku tak boleh pergi.
Pastu aku makan karipap, sampai licin! Nak berkongsi konon!
Nasib baik ada karipap. Nasib baik juga kawan aku yang berlanja, kalo tidak aku dah protes dengan buat gwiyomi dah!

Nasik goreng Thai-Malay Sri wangi konon, tulis r nasik goreng kunyit!