Friday 20 January 2012

REVIEW ALTAR ZINE #3.

Pada pemahaman aku, zine Altar ni adalah kronologi daripada zine2 yang dihasilkan oleh editornya iaitu Talib Joe sebelum ini, seperti zine No More Tears Dan Prasasti hujung Langit. Maaf kerana aku tak dapat membuat perbandingan antara zine Altar dengan zine2 yang sebelum ni, pasal aku tak pernah membaca pun zine2 Talib yang lepas2 tu. Yang ini pun, aku berjaya dipujuk membelinya oleh covernya yang cantik berwarna-warni tu, yang di hasilkan oleh sang vokalis Blood On Weeding Dress itu. Interview yang panjang lebar dengan beliau pun Ada dimuatkan dalam zine ini. Selain itu ada interview dengan kugirannya Trash Ohoiii, Sista Sekunden serta beberapa orang personil yang membincangkan tentang vegetarian, dan critical mass secara am-nya. Juga menampilkan penulisan2 karangan pendek oleh kawan-kawan yang selalu menulis untuk zine Shock & Awe, dan tidak keterlaluan kalau aku simpulkan bahawa zine ini banyak dipengaruhi oleh zine Shock & Awe dari segi susunatur dan persembahannya, walaupun tidak dapat lagi setanding dengan zine itu. Dari segi isi kandungan, bagi aku masih lagi biasa -biasa. Susunatur dan persembahannya yang banyak menyelamatkan zine ni. Satu zine yang tidak berserabut dan sudah tentulah sedap mata membacanya. Diharapkan akan ada kesinambungannya selepas ini. Sila hubungi tuan editornya disini untuk sebarang urusan yang berkaitan: altardanaksara@gmail.com.

SMALL MAN ZINE #1&#2 REVIEW.

Small man zine ni dihasilkan oleh Azizi yang sebelum ni menghasilkan zine Bebal, dan tidak seperti zine Bebal, zine kali ni ditulis dalam BI pula. Bagi aku tak banyak sangat perbezaan dengan zine Bebal dulu kecuali yang ketaranya adalah penggunaan bahasa, atau mungkin aku tak banyak mana baca zine Bebal dulu. Untuk dua issue terawal ni aku simpulkan sebagai boleh tahan ajelah, tak banyak yang menarik, sorry! Dari segi susun aturnya agak berterabur, Ada ulasan yang berulang, ada cerita yang yang terputus di tengah jalan, pahtu jumpa semula last2 crita:) harap diperbaiki di issue2 akan datang. Pada pandangan aku, zine ini ada kecenderungan untuk menjelma sebagai satu travel zine, tapi maaf- agak kurang berjaya. Catatan harus lebih terperinci. Sila mengulangkaji zine Scenery Is Free sebagai satu rujukan yang bagus. Untuk issue pertama ada interview dengan band punkrock Always Last dan issue kedua dengan band Virginia On Duty. Dengan soalan yang ringan2 aje bagi aku, tapi tetap menarik. Untuk sebuah scene yang dah semakin kurang zine yang dicetak di atas kertas ni, usaha ini patut dipuji, cuma untuk issue2 yang akan datang diharapkan akan lebih bagus lagi Dari ini. Anyway, untuk dapatkan zine ini dan banyak lagi stuff yang Azizi jual, sila ke: www.bebalmailorder.blogspot.com. Jangan bimbang, servis first class punya.