Friday 14 December 2012

KEDAI POP MALAYA:.ZINE TERPAKAI UNTUK DIJUAL

Barangannya:.
-Zine The coalition #3 (Jan 2004)
-Zine The coalition #5 (Jan 2005)
-Zine Jalan jatuh lari #1 (July 2003)
-Zine Jalan jatuh lari #3 (Jan 2004)
-Zine Cronically Donut#11 (April 2001)
-Zine Roots #5 (April 2003)
-Zine Roots #6 (Jan 2008)
-zine Pergi & balik kehidupan.

Keterangannya:.ini adalah koleksi zine terpakai. Sesetengahnya ada sedikit contengan dan tanda-tanda penuaan. Semua zine ada kaitan dengan Din Roots:). Cover untuk zine Cronically Donut #11 pula telah koyak. Untuk pengumpul tegar sahaja.


Harga:. Rm30ppd.

Status:. SOLD!

Contact:. 012-9221541 (Amran, SMS only)

KEDAI POP MALAYA:.VAN MINI MILO UNTUK DIJUAL

Keterangannya:.beberapa koleksi van mini Milo untuk dijual. Kesemuanya masih didalam 'kotak frame' tu.

Van Milo kecik berharga Rm40ppd sebuah dan terdapat hanya dua unit iaitu:.
-Milo van 60s & 70s- 1 unit.
-Milo van 80s- 1 unit.


Van Milo besar berharga Rm80ppd sebuah, dan terdapat hanya 5 unit lagi iaitu:.
-Milo van 80s-3 unit.
-Milo van 90s-2 unit.

Harga adalah termasuk belanja pos untuk semenanjung Malaysia sahaja. Untuk Sabah dan Sarawak adalah di atas budibicara penjual. Not for sale outside Malaysia.

Contact:. 012-9221541. (Amran, SMS only)

Sunday 2 December 2012

KEDAI POP MALAYA:.KASET UNTUK DIJUAL

Barangannya:. Sepasang kaset Marjinal untuk album predator.

Keterangan:.gua nak jual dua keping kaset ni dengan harga rm30ppd. Pahtu gua bagi 3,4 barang bonus yang gua nak rahsiakannya sekarang.

Harga:.rm30ppd untuk dua keping kaset sahaja.

Status:.SOLD!

SMS to:. 012 9221541 (Amran)

KEDAI POP MALAYA:.CD UNTUK DIJUAL

Baranganya: Unholy Grave cd + Torture Incident cd + Nun Slaughter/The Spawn Of Satan split cd + comp cd TakeOneMillPartySore.

Keterangan:. Ini adalah sesuai untuk grindcore party:)

Harga:.rm30ppd.

Status:.SOLD!

SMS to:.012 9221541 (Amran)

Sunday 25 November 2012

KEDAI POP MALAYA: CD UNTUK DIJUAL

Barangannya:.Spires cd + Kias Fansuri cd + Nyi Blorong cdr +Non-conformity comp cd.

Info:.ini adalah cd terpakai dari koleksi gua. Last sekali gua pasang dalam dua tahun lepas semuanya dalam keadaan baik. Barangan dihantar menggunakan khidmat pos register untuk semenanjung Malaysia sahaja. Perkhidmatan lain akan dikenakan bayaran tambahan.

Harga:.rm30ppd.

Status:.SOLD!

SMS:.012 9221541 (amran)

KEDAI POP MALAYA:. CD UNTUK DIJUAL

Baranganya:. Inikah Hidup cd + Dead Eyes Glow cd + Apparatus cd + Argon/Damokis split cd.

Info:.keempat-empat ni adalah cd terpakai. Cd Inikah Hidup dan Apparatus boleh dikatakan rare sekarang ni. Cd Argon/Damokis banyak kali gua up untuk dijual, tapi kebanyakkan buyers tukar ngan cd lain, mungkin pasal ramai orang dah ada cd ni. Dead Eyes Glow pula dalam rilisan ni memang gila menjerit.
Harga:.rm30ppd.

Status:.SOLD!

Sms:.012 9221541.

Saturday 10 November 2012

TERJAHANATION:.LAKSAM

Gambar kat bawah tu adalah gambar sejenis makanan yang dinamakan Laksam yang gua baru beli tadi. Kat tempat gua harganya cuma RM1 aje sebungkus. Pasal hari ni gua duduk sorang-sorang aje kat rumah, gua beli dua bungkus. Satu dah lepak dalam mangkuk, dan satu lagi akan menyusul selepas gambar ni di ambil. Dengan kapasiti badan gua ni, mana cukup makan sebungkus sahaja, lagi pun gua kena makan lebih, pasal menulis blog memerlukan tenaga yang secukupnya. Biasanya gua makan laksam tanpa sayur, juga tanpa belacan. Gua tak makan belacan pasal gua koya gua duduk di Sweden. Orang-orang Sweden mana makan belacan kan? Tak caya try tanya geng Mob 47 tu.


Bagi yang tak biasa jumpe laksam ni, ianya lebih-kurang macam laksa kuah ikan jugak r, kuah putih tu. Cuma isi laksam tu yang membezakannya. Walaupun begitu, gua tak boleh masuk sangat dengan scene makan laksa tu, lebih-lebih lagi laksa penang. Bau dia pun gua dah tak boleh pegi. Gua tak tahulah selain dari pantai timur ni, kat tempat lain ada atau tidak laksam ni. Bagi gua laksam yang terbaik, selain dari yang buat sendiri kat rumah, adalah laksam yang dijual di warung-warung dan dibuat oleh orang kampung secara kecil-kecilan. Kalo yang kat restoran-restoran tu, gua sedikit sangsi dengan proses pembuatan kuahnya.

Okaylah tu, menulis pasal makanan ni membuatkan gua rasa lapar macam ular sawa pulak. Selamat makan laksam gua ucapkan.

Saturday 27 October 2012

Zine INNERVIEW untuk dijual

Okay, ini entry untuk jual stuff lama aje. Gua sebenarnya sayang jugak nak jual zine ni, pasal INNERVIEW ni antara zine yang hebat jugak yang pernah diriliskan kat Malaysia ni, tapi kira sekarang ni gua nak suruh dia cari tuan baru r. Zine-zine ni semuanya dalam keadaan baik pasal gua tak pernah bagi orang pinjam pun. Harganya RM30 sekali postage untuk kesemua 5 bijik zine ni. Zine yang takde dalam gambar adalah zine JALAN, JATUH, LARI issue yang last tu. Gua ada satu set aje zine-zine ni, kalo minat nak beli atau trade boleh SMS gua kat 012 9221541. Thanxs.
SOLD!

HOLIDAY IN THE RAIN

Pagi ni, jumaat, hujan. Kelmarin pun hujan. Hari rabu lepas pun hujan. Kelmarin gua pegi kerja naik motor dalam hujan. Baju hujan takde, gua pakai seluar pendek aje nekad harung hujan, dalam gelap subuh pulak tu, sepatutnya kalo dinilai dari kerajinan gua bekerja, sekarangni gua dah jadi orang kaya dan boleh tour ke Sweden sekali setahun, tapi tengoklah apa yang gua ada sekarang? Dunia ni memang tak adil kan? Atau ini adalah balasan keatas gua kerana masa bersekolah dulu gua jarang-jarang hormat cikgu gua.


Kat pantai timur, dulu-dulu kalo bulan-bulan macam ni ianya adalah petanda musim tengkujuh, atau yang Shabri panggil 'piang boh', mula menjengukkan wajahnya. Tapi sekarang, gua rasa bukan kat pantai timur aje yang mengalami musim tengkujuh ni. Macam tahun lepas, belah-belah utara nung lagi teruk diapunya akibat musim tengkujuhnya. Area Kolompo pulak jangan cakaplah akibat musim tengkujuhnya yang tak bermusim tu. Hujan lebat sehari aje, kolompo dah lumpuh, smart tunnel memang hancus. Tapi hujan tu rahmat. Kat Terengganu, musim-musim hujan ni diaorang buat monsoon cup, perlumbaan kapal layar. Diaorang cakap, acara ni bagus untuk rakyat Terengganu. Masa first buat dulu, gua pernah pegi, naik beskal, gua tengok tak ramai manapun rakyat Teganung yang pegi tengok. Persoalannya, manusia waras mana yang saja-saja nak pegi tengok kapal layar dalam hujan-hujan tu? Kalo dalam hujan, tapak tangan pun boleh kecut, apatah lagi skrotum. Lebih baik duduk dirumah dan membiak.


Hujan-hujan ni, gua teringatkan sahabat lama gua, dahulunya tinggal kat Beserah. Sahabat gua ni dulu ada buat zine Holiday In The Rain dan lepas tu keluar pulak dengan zine Oh! Chantik. Gua pun tak tahu camner gua boleh kamceng dengan sahabat gua ni pada mulanya. Yang gua ingat, pertama kali gua jumpa dia masa kitaorang on da way nak pegi gig kat Actors Studio, Dataran Merdeka. Gua tegur dia pasal gua tengok dia pakai tshirt Chronically Donut (zine Jimbo, ejaannya gua tak sure betul atau tidak). Lepas tu terus jadi sahabat sampai sekarang, walaupun mungkin hanya dalam pesen sahabat tapi jauh. Kali kedua, jumpa kat gig kat Ampang Park. Kali ketiga gua pegi terus kat rumah dia kat Beserah. Kali keempat, jumpe kat Teganung. Rasanya itu ajelah yang pernah gua jumpa sahabat gua ni, tapi persahabatan tu kekal hingga sekarang. Jasrul, apa khabar kamu sekarang? I harap you sukses:) (macam pernah dengar aje dialog tu:))


Kalo diikut-ikutkan, walaupun ada musim hujan, cuaca di Malaysia ni antara yang terbaik didunia bagi gua. Itu hari masa gua pegi UK, hujan renyai-renyai aje sepanjang hari. Sama jugak masa gua pegi Stockholm itu hari, waktu siangnya begitu singkat sekali. Ada musim tu, waktu siangnya hanya 4-5 jam sahaja sehari, ditambah dengan kesejukkan melampau pulak tu Disana banyak aktiviti dilakukan didalam rumah, termasuklah bermain muzik, dan tidak hairanlah band-band kat Sweden hebat-hebat dari segi muziknya. Okay! Okay! Gua tipu, gua tak pernah pun pegi UK dan Sweden tu, gua tengok dalam tv dan baca dalam buku aje mengenainya. Jangan kata Sweden, Kota Bharu pun gua tak pernah pegi, kesian gua kan?


Kesimpulannya, hujan itu rahmat, dan hujan-hujan ni membuatkan perut gua lapar. Harap-harap ada lagi nasik lauk ayam kat dapur tu. Kalo dah habis, gua akan ratah Milo sampai licin tanda protes.

KAKAK GUA BISING BANGOR

Pagi tadi kakak gua datang beraya kat rumah gua sempena Raya Haji ni. Kebetulan pulak time kakak gua datang tu, gua tengah layan lagu kat dalam bilik, dan gua pun malas keluar sembang ngan kakak gua tu. Alah, kakak gua yang duduk sekampung je pun, bukannya Salma Hayek pun yang datang beraya kat rumah gua. Gua biarkan aje kakak gua tu bergossip dengan bini gua, sambil ditemani dengan anak gua. Asasnya cerita-cerita orang perempuan aje detail gossipnya, cerita fesyen tudung yang pelik-pelik, cerita resipi, cerita kakas emas, sampailah kepada ulasan drama Julia yang kat TV3 kol 7 petang tu. Tapi dalam banyak-banyak cerita tu, ada satu yang menangkap kesyahduan hati gua, bila kakak gua membebel pasal gua, dan diberitahukan kat anak gua:.

Kakak:.ayah ko tu tak berubah-ubah dari kecik, dok dengar lagi lagu-lagu yang bising bangor tu. Apa nak jadi tah!

Mungkin statement kakak sulong gua tu boleh bikin cuping telinga panas, tapi hari tu gua dengar macam satu pujian dan pengiktirafan pulok. Perasaan bangga berbunga dalam abdoment gua. Kesudahannya hari tu gua buat marathon grindcore.

Saturday 20 October 2012

ULASAN ZINE PERGI DAN BALIK KEHIDUPAN

Agak susah rasanya untuk mengulas zine ni tanpa mengulang tulis apa yang khalayak dah tahu, tapi dengan semangat JBHC gua try buat jugak ikut stail gua sendiri, dan bukannya ikut stail JKKK kampung gua. Apa yang gua tahu, zine ni diriliskan dalam dua versi covernya. Satu gambo kontena banyak-banyak dan versi yang alternatifnya pula adalah gambo editor zine ini sendiri yang telah diberikan "negative treatment" (maksud gua, gambo tu macam imej gambo negatif), pilihlah yang mana korang mahu, isinya tetap sama. Kalo gua seorang collectors yang gila, gua akan beli kedua-dua versi cover ni, nasib baik gua bukan seorang collectors dan gua masih waras, lalu gua memilih cover yang gambo kontena banyak-banyak tu. Gua rasa itu adalah gambo permandangan tempat kerja sang editor zine ini sendiri iaitu Din Akar.


Kalo dalam scene penulisan zine ditanah air ni, siapa yang tak kenal dengan Din Akar? Seorang editor zine yang lejen, Root zine. Maksud gua, zine Root yang lejen, Din Akar tu gua tak tahu lah lejen atau tidak:) siapa yang claim dirinya hardcore punk kat Malaysia ni, tapi tak pernah baca atau tak tahu pasal zine Root, dia memang tak cukup padu lagi. Penerbitan ini pun tak banyak larinya dari isi kandungan zine Root dulu, cuma less hardcore punk Nepal je. Sekali tengok macam Root jugak, cuma Root takde ruangan himpunan tweet itu aje. Serius tulis, gua tak berapa IN sangat ngan scene tweet ni, so gua baca sekali imbas aje yang bahagian tu. Oh! Lupa pulak gua nak maklumkan yang zine ni sebenarnya adalah koleksi blog dan tweet dari Din root. Pada bahagian koleksi blog nya ini, gua rasakan ianya agak menarik, pesen penulisannya pun tak jauh bezanya dengan zine Root dulu. Sebenarnya, semenjak gua dah pandai usha gambo awek lepas SPM kat Facebook ni, gua dah jarang baca blog kawan-kawan. Jangan kata blog kawan-kawan, blog gua sendiri pun gua dah jarang baca:) Jadi ianya satu usaha yang bagus apabila entry-entry di blog itu dihimpunkan dan diterbitkan secara fizikal. Nak membaca pun seronok, tak berpinar mata kalo nak dibandingkan dengan yang kat skrin. Kalo penerbitan yang berbentuk fizikal ni, nak baca sambil berak pun boleh.


Dalam banyak-banyak entry blog yang terpilih ni, ada beberapa entry yang gua musykil, yang pertama bab Din gosok gigi menggunakan berus jamban tu. Adakah mulut Din yang besar? Atau berus jamban tu yang kecik? Kalo kat rumah gua, berus jamban tu bapak-bapak sizenya. Yang keduanya, bila Din tulis "guru pendidikan jasmani berpewatakan lembik", mengikut pengalaman gua masa gua sekolah dulu, dari sekolah rendah sampailah ke tingkatan lima, guru yang mengajar pendidikan jasmani gua dulu semuanya kantam-kantam, ada urat-urat timbul kat lengan. Nak lagi ekstrem tu, siap ada yang hisap rokok lagi masa anak murid main bola. Tapi gua tak mempersoalkan kredibiliti penulisan Din, mungkin nasib Din kurang baik dapat cikgu pendidikan jasmani yang lembik, yang pakai seluar trek atas pusat. Secara puratanya, entry blog dalam penerbitan ni banyak berteraskan tentang KLMJ. "KLMJ" tu pun gua pinjam aje, gua rasa Din jugak yang cipta phrase tu, atau paling kurang pun dipopularkan oleh Din sendiri.


Zine ini adalah usahasama dengan Fikrikacak dari Ghemoq Book, gua rasa dia seorang yang aktif jugak dalam scene pembukuan buku alternatif kat Johor. Itu hari gua tengok kat YouTube, banyak jugak klip yang ada kaitan dengan Fikrikacak ni. Tapi bagi gua, pengalaman Din dalam scene zine selama ni dah mencukupi untuk diarkibkan dalam sebuah buku, rasa macam tak puas aje baca versi zine sahaja. Mungkin versi zine ini adalah satu amaran berjaga-jaga untuk kemunculan semula Din? Mungkin bersama Root? Mungkin bersama buah tangan yang baru? Kemungkinan itu gua harapkan ada.


Gua beli zine ni dari Lot Buku, gua tak reti nak buat perkataan "LOT BUKU" tu jadi kaler biru disini. Jadi korang pegi cari page-nya kat Facebook aje lah, harganya cuma RM5 aje. Ingat! Cari page Lot Buku, bukannya usha gambo awek lepas SPM, yang tu serah kat Norifumi Abear:)

Friday 12 October 2012

MAT NOOR WORD OF WISDOM

Kelmarin gua tengok YouTube, selepas empat-lima kali tengok Gangnam Style, gua try cari Ricecookershop pulok. Terjumpalah klip Mat Noor ni, rasanya Nizang Mosh yang buat, gua lupa pulak. Durasinya pendek aje, tapi amat padu memikat hati gua. Gua ulang tengok lima-enam kali semata-mata nak salin semula apa yang Mat Noor tuturkan, dan inilah hasilnya:.

"Aku cukup gembira dan cukup suka lah kepada siapa-siapa yang ingin menulis fanzine. Dan setiap kita ada bermacam-macam cerita, hidup kita macam movie lah, setiap orang ada movie dia sendiri, so kita boleh berkongsi cerita kita itu dengan siapa-siapa sahaja. Contohnya, kalo kita dikedai minum, kita memborak cerita kita dengan kawan-kawan. Kenapa kita tidak menconvert cerita itu dalam bentuk fanzine? So semua orang boleh membaca, dan semua orang boleh mendengar cerita kita".

Memang terbaik tahap kalari payat ni:)

Saturday 6 October 2012

ULASAN BUKU RAHSIA VICTORIA TULISAN BART AHMAD

Dah kurang-lebih sebulan gua dapat buku keluaran Studio Anai-Anai ni, dan baru sekarang gua beranikan diri mengulasnya. Gua percaya dua-ratus peratus apa yang gua ulas sekarang ni, akan berbeza sedikit kalo gua mengulasnya semula, katakan lagi lima bulan mendatang. Pada gua, intipati buku ini agak bercelaru. Fokusnya kadangkala setempat, kadangkala beranak-pinak ketempat lain. Sang penulis dalam buku ini, Bart menulis tentang perempuan (mungkin pendapat gua ini akan disangkal), dari kacamata seorang lelaki, tapi bukannya macam pandangan yang biasa-biasa. Pandangan Bart kadangkala hanya tertumpu pada subjeknya, yang kadangkala agak mengelirukan apabila pandangannya melangkaui sempadan. Komen Zafer Abdul Rahman pasal buku ni dikulitbelakangnya gua rasakan padu menangkap sekali, katanya " tidak ramai yang akan faham buku ini, tetapi, berapa ramai pula yang memahami Love In The Time Of Cholera?". Memang benar komen tersebut, kepala hotak berjambul gua pun kadangkala disesetengah part, susah untuk menghadam buku ini. Komen tersebut juga seakan-akan menaik-tarafkan kredibiliti buku ini sama taraf dengan buku Love In The Time Of Cholera, sebuah buku hebat yang acapkali disebut dalam movie High Fidelity.


Gaya bahasa yang digunakan penulis rasanya agak mudah, cuma gua rasa sedikit urban. Aura urban yang gua rasa disini terwujud apabila terjadi percampuran antara bahasa melayu dan bahasa English dan juga bahasa slanga yang hanya mungkin difahami didalam kelompok-kelompok tertentu sahaja. Sebagai satu buku alternatif, gaya bahasa sedemikian rupa mungkin tidak mendatangkan masalah kepada buku ini sendiri, tapi nasibnya mungkin tidak sama disaat dia cuba menjengukkan kepalanya dihalaman mainstream. Buku ini juga memulakan perjalanannya didalam darjahnya yang sudah agak meningkat, ini bukanlah untuk beginner, maksud gua bukan beginner yang pergaulannya agak terbatas. Untuk beginner , gua sarankan cuba baca buku lain dulu, sebelum mentelaah buku ini.


Kalo nak dikatakan intipati buku ini tidak senonoh, mungkin juga ada benarnya, tapi mungkin juga ianya satu refleksi masyarakat kita sendiri. Seperti makan kuaci bunga buku ini diibaratkan, walaupun tak mengeyangkan tapi proses memakannya memang meralitkan. Gua takde masalah besar untuk mengulang baca buku ni sekerap yang mungkin, dan gua memang berharap Bart Ahmad akan terus menulis. Ini antara pilihan gua untuk senarai pendek buku alternatif terbaik dari Malaysia. Gua sarankan korang usahakan mendapatkan buku ni, dan selami intipatinya, jangan korang terpancut sudah lah:)

DAN KAMU BISA MEMBUAT GUA BAHAGIA

Baru-baru ni gua ada terbaca satu kata-kata hikmah, mungkin ianya satu falsafah, atau mungkin juga satu kata-kata pujangga, gua tak konfem untuk mengklasifikasikannya, maklumlah gua bukannya berlajar secara formal pun pasal hukum-hakam sastera ni. Antara lain kata-kata tersebut yang kalo diterjemahkan mengikut acuan melayu, boleh dibaca seperti:.
"kebahagiaan itu bukanlah mendapat apa yang kamu mahukan, tapi mahukan apa yang kamu sudah dapat".
Agak dalam maksudnya, tak kisahlah samada korang bersetuju dengan kata-kata ni atau tidak. Itu adalah hak masing-masing kan? Barulah punk namanya tu, tak gitu bro?

"kebahagiaan" itu pun sudah menjadi sesuatu yang subjektif. Apa maksud "kebahagiaan" dari kaca mata korang?(bagi yang pakai spek mata, bukan spek atas kepala) atau apa maksud kebahagiaan kalo dilihat ikut celah tahi mata korang (bagi yang tak pakai spek, dan baru bangun tido.) Adakah korang mendapat kebahagiaan apabila menikmati keindahan warna mentari merah-jingga diufuk timur, ditepi pantai sambil ditemani bunyi ombak yang tanpa boring menghempas pantai. Atau dalam scene ini, korang turut membawa makwe, bini, anak-anak, emak-ayah, Neelofa, atau mungkin Khairul Fahmi apek sekali, untuk berkongsi kebahagiaan ini. Kalo itu yang membuatkan korang bahagia, teruskanlah, semoga korang mendapat kebahagiaan yang korang cari.


Mat dan minah rempit mungkin menemui kebahagiaannya apabila dapat congek motor atau dapat nombor teratas sekali setiap kali berentap. Atau korang mungkin lebih bahagia apabila terdapat satu entiti bertonggek diatas seat motor korang, sambil memeluk kemah-keming jasad korang, dan mengemikkan buah-buahan yang tak sepatutnya kemik. Kalo itu adalah kebahagiaan bagi korang, semoga korang berbahagia walaupun apa warna spenda diaorang sekali pun.


Mat-mek band pula, camner kebahagiaannya? Dapat main gitar, main sekali-dua kat gig, riliskan stuff secara DIY, tak beberapa lama lepas tu-senyap. Itu definisi kebahagiaan bagi korang ke? If yes! Count me out! Mamat yang invite Neelofa ke pantai tu lebih mulia dari korang, sekurang-kurangnya mamat tu true, dan kamu pulak? Oh! Maafkan gua, gua lupa korang ada komitmen yang lebih penting ya:) Dan nampaknya gua dah tergelincir jauh dari motif asal entry ni. Menulis mengikut sesedap ginjal sesungguhnya tidak dinafikan memang ralit. Kebahagiaan bagi kem peminat atau pendukung band-band ni datangnya dalam bentuk yang camner pulak? Mungkin kebahagiaan itu tercapai apabila dapat mengumpul stuff-stuff dari scene ini termasuklah lima kotak penuh kaset yang dah mulai berkulat dibawah Katil tu. Sekurang-kurangnya mereka support dengan membeli rilisan tersebut. Nanti dah ada anak cucu, bolehlah diceritakan kat anak cucu. Time tu mungkin kebahagiaan menjelma kembali.


Gua pulak, apa yang membawa kebahagiaan untuk gua? Mungkin dengan menulis entry mengarut ni membuatkan gua bahagia, atau mungkin tidak. Dimasa senggang gua hujung minggu ni, gua punya dua alternatif, samada tido atau menulis. Gua memilih pilihan yang kedua, walaupun takde yang baca, proses menulis ini membuatkan gua rasa bahagia dan tenang. Kalo gua adalah Mohd Jayzuan, gua akan mengulang tulis perkataan "tenang" tu tiga kali untuk mengambarkan perasaan gua. Tenang. Tenang. Tenang. Gua masih lagi bukan Mohd Jayzuan.
Lepas tu baru gua tido, gua memang tamak kan? Biasalah, blogger boy memang tamak kan? "blogger boy"-luga pulok bunyinya, macam gampang aje. Dan gua akui, sekali lagi gua tergelincir dari tajuk.


Mungkin orang yang tinggal kat hospital bahagia aje yang hampir total mengecap "kebahagiaan", mungkin ajelah , gua main redah aje, bukannya gua pernah pegi sana:)

Saturday 29 September 2012

CERITA MALAM SABTU

Cerita ni berlaku kurang-lebih setahun lepas. Ianya adalah berdasarkan pada satu kisah benar tapi telah ditambah-tokokkan dengan sedikit serbuk perisa nak sedapkan cerita, walaupun hasilnya mungkin tak sedap mana pun. Pada satu malam tu, sedang gua tengah syok layan movie Planet Of The Apes kat tv, bini gua rapping mengalahkan Eminem pasal ubat nyamuk dan ubat gigi dah habis. Secara otomatiknya, suruh gua pegi beli. Bab ubat nyamuk tu, gua takde hal sangat kalo tak pegi beli malam tu jugak pun, gua boleh aje pasang kipas angin kuat-kuat, konfirm nyamuk terpelanting jauh punya. Bab ubat gigi tu yang kritikal sket, rasanya dah dua hari habis kot. Pagi tadi pun gua gosok gigi guna ubat gigi anak gua punya. Ubat gigi kodomo lion perasa oren, rasanya tobat tak sedap, tak heranlah anak gua liat sangat nak gosok gigi. Bukannya takde duit sangat sampai nak beli ubat gigi pun tak mampu, tapi sebagai seorang suami merangkap ayah yang punkrocker, memang gua busy, kat Sweden diaorang panggil sibuk. Kadang-kadang tu gua sengaja buat konon-konon busy, mungkin pengaruh cerita-cerita melayu kat tv. Dan kesibukan itu kadangkala membuatkan gua terlupa akan perkara yang runcit sebegini.


Nak tak nak, gua terpaksa jugak pegi kedai malam tu untuk beli dua jenis 'ubat' tu. Sayang jugak nak tinggalkan sekejap movie kat tv tu. Gua tunggu time iklan, biasanya iklan dia lama, so sempatlah gua pegi cepat-cepat, balik cepat-cepat dan sambung balik tengok movie tu nanti. Time iklan! Gua bingkas bangun, turun mendapatkan motor gua kat bawah cepat-cepat. Gua start motor, sekali start aje dah hidup, tanpa memanaskan enjin terlebih dahulu gua terus preh motor ke kedai Awie dengan memakai helmet telur masin yang ada visor. Visor diturunkan sebagai langkah pencegahan daripada serangga berterbangan memasuki mata. Sampai di kedai Awie, gua tengok ramai gak customernya, entah apa pelaris Awie pakai, siang malam orang ramai kat kedainya. Gua matikan enjin motor, kunci gua biarkan ditinggal kat lubangnya, orang lain pun tak Cabut jugak kunci motor diaorang. Gua tak rasa ada orang berani curi motor gua ni, lagipun gua bajet nak shopping sekejap je ni. Tanpa menanggalkan helmet, tangan gua culas mencapai ubat nyamuk ridsek dan ubat gigi kolget yang besar sekali. Kalo yang besar ada percuma kole upin dan ipin. Gua potong line masa nak bayar, nak cepatlah katakan. Masa bayar tu, Awie tanya gua kerja apa sekarang, gua rasa itulah soalah sama yang ditanya setiap kali gua kekedai dia. Pasal soalan dah sama, gua jawab dengan jawapan yang samalah.


Habis aje scene dalam kedai tu, gua bawak barang yang gua baru aje tukarkan dengan duit hasil lelehan peluh gua tu, letak dalam raga motor. Start motor, gua terus pacu laju-laju. Gua jarang keluar malam-malam ni sebenarnya, kalo darurat macam ni baru gua keluar. Gua rasa malam tu naik motor best jugak, rasa sedikit kelainan waktu menunggang tu, udara pun sejuk cam kat Sweden, patutlah mat-mat rempit suka merempit malam-malam. Gua pacu lagi laju motor tu, gua rasa boleh tahan jugak dia punya power. Sampai kat rumah, gua bawak barang-barang yang baru dibeli tu keatas rumah dan gua sambung semula tengok movie tadi, walaupun dah terlepas beberapa scene ni. Gua tengok sampai habis movie tu, kurang-lebih pukul 12 ianya tamat.


Gua pun dah rasa mengantuk dah ni, lepas pegi tandas, gua turun nak kunci motor. Gua pakai motor Honda anak lembu aje, so motor Honda anak lembu ni kalo nak kunci tengkuknya, lubang kuncinya terletak dibahagian atas tayar depan. Nak senang kunci, kena duduk bertinggung sebelah tayar depan tu. So dalam posisi sebegitu mata gua terpandang sesuatu benda yang membuatkan gua berpeluh sejuk dan rasa mengantuk gua terbang ke langit.


Benda tu adalah TM5471, dan ianya bukanlah plet nombor motor gua. Gua peratikan semula dengan teliti, dah sah tanpa perlu bersuluh lagi, walaupun motor ni jenisnya sama dengan motor gua, tapi nombor plet tu menyatakan gua bawak balik motor orang lain masa kat kedai Awie tadi. Mesti dah riuh tak tinggi kat kedai Awie tu. Patutlah feel menunggang tadi tu lain macam aje.

Time tu jugak gua didalam dilemma, samada nak pegi hantar balik ke tak nak motor ni.

Saturday 22 September 2012

USOP NAPALM DEATH

Usop, atau namanya seperti yang tertera dikulit buku latihan masa dia bersekolah dulu iaitu Yusop haslam adalah anak tunggal Makcik Sherry. Oleh kerana Usop adalah anak tunggal, makanya Makcik Sherry terlalu manja-manjakan sangat anaknya yang sorang ni sampai Usop dah jadi seorang yang pemalas sangat-sangat, unta kat Australia pun takde pemalas macam Usop ni. Usop yang tak bekerja tu, langsung tak menolong kerja-kerja dirumah, semuanya Makcik Sherry yang buat. Dari masak lamb chop, vacumn karpet, trim pokok bunga pagar buat bentuk rusa, basuh baju guna tangan (pasal rumah diaorang takde mesin basuh), semuanya Makcik Sherry yang guling bating buat.


Kerja Usop hanya dengar lagu Napalm Death, dia peminat tegar gila dengan band grindcore tersohor tu. Sejak dengar kaset 'scum' yang dipinjam dari Juki, anak ketua kampung beberapa tahun yang lampau, Usop dah jatuh cinta pendengaran pertama. Semua album Napalm Death dia ada, kalo yang susah nak cari yang ori tu, dia akan dubbing dalam bentuk kaset kat kedai Ghani GPJ kat kompleks kampung Tiong tu. Semuanya Napalm Death. Minat Usop terhadap Napalm Death ini juga dizahirkan melalui koleksi tshirt Napalm Death-nya, berbelas-belas helai dah tergantung dalam gobok buruknya itu. Semuanya kaler hitam-hitam. Itu dah kira macam uniform Usop tiap-tiap hari. Begitu fanatiknya Usop dengan Napalm Death, dah tiga kali band tersohor tu datang buat gig kat Malaysia, ketiga-tiganya Usop pegi, Usop kata dia duduk barisan depan sekali. Rambut Usop pun dah dibuatnya stail pemain bass Napalm Death.


Disatu bulan tu, tangan Makcik Sherry patah akibat jatuh basikal fixie semasa main congek basikal kat depan rumah ketua kampung. Apa jadahnya Makcik Sherry main congek basikal pun aku tak tahu, nasib baik ketua kampung hantar Makcik Sherry ke klinik satu Malaysia. Tangan Makcik Sherry beranduh, tak boleh nak buat kerja. Basuh berak pun stail istinjak aje. Oleh kerana Makcik Sherry tak boleh melakukan kerja-kerja rumah dan Usop pula kerjanya makan, tido dan Napalm Death saje, maka nya bertimbun-timbun kerja terbengkalai kat rumah Makcik Sherry tu. Pinggan tak berbasuh, penuh rumbu sinki. Pokok bunga pagar trim rusa, dah jadi macam bentuk gajah. Kain -baju tak berbasuh, dah bertimbun menggunung jadinya, termasuklah baju Napalm Death yang Usop pakai tiap-tiap hari tu.


Sampailah satu hari tu, Usop yang dah kekontangan stock baju Napalm Death bertanyakan Makcik Sherry,

"Emak, mak tak basuh ke baju Napalm Death Usop? Usop dah tinggal yang ni selai je lagi buat pakai", kata Usop sambil menarik-narik baju yang hanya bertulisan 'Napalm Death' ditubuhnya itu.

"tangan mak kan patah, tak boleh nak buat kerja lagi", kata Makcik Sherry seakan meminta simpati dari anaknya yang tak reti bahasa tu.

"Usop pakailah baju lain dulu, baju melayu pun ada tu",tambah lagi Makcik Sherry.

"Apahal pulak nak pakai baju melayu, ni bukannya hari raya. Sebagai peminat tegar Napalm Death, Usop mesti memakai baju Napalm Death setiap hari, kalo tak, rosaklah reputasi Usop nanti", Usop membebel bengong, Usop memang bengong.

"Usop tak kira, mak kena basuh baju Napalm Death Usop tu sekarang jugak", kata Usop separa menengking.

"kau memang tak reti bahasa kan Usop! Mak sumpah kau jadi mesin basuh baru kau tahu", Makcik Sherry membalas.

"ini bukan zaman Si Tanggang mak, sumpah-menyumpah dah tak jadilah sekarang ni", Usop memperlecehkan kata-kata Makcik Sherry tu.

"kau tak percaya, kau tengoklah nanti, kau tengoklah nanti......",kata Makcik Sherry memulakan ayat.


Pada masa itu juga, dengan tidak semena-mena, guruh bersuara garau dilangit, awan bertukar hitam, kilat sabung-menyabung.


Dua hari selepas itu.
Makcik Sherry melepak diatas kerusi malas di anjung rumahnya. Di halaman terdapat satu ampaian yang penuh dengan jemuran, termasuklah baju Napalm Death Usop. Makcik Sherry memandang dengan penuh sayu, diusap-usap tangannya yang masih beranduh itu. Kelibat Usop tidak kelihatan. Hingar-bingar muzik Napalm Death juga sudah tidak memenuhi ruang udara lagi. Nung disudut dapur, berdekatan dengan pintu bilik air, terdapat satu mesin basuh. Di badan mesin basuh itu terpampang perkataan 'NAPALM DEATH'.


Moral:.Napalm Death tak pernah ajar supaya derhaka kat mak kita.

SPACE COP GABAN

Pekerja-pekerja bank bertempiaran lari, pekerja Pustaka Seri Intan bersembunyi didalam kedai, gril pintunya ditarik rapat ke bawah. Tokey kedai ubat sebelah menyuruh pekerjanya lari ikut pintu belakang, sambil menepuk dahi, tokey tu mengeluh,"haiya! Mau bisnes pun susah ini macam maa". Pekerja-pekerja kedai kain, lari menyorok bawah kain. Awok-awok Lembaga Hasil Dalam Negeri guling-bating lari dok tahu pah kemana. Si bisu yang jaga parking sebelah pejabat umno tu, buat macam biasa je, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tapi apa yang sebenarnya sedang melanda Bandaraya kuala Terengganu ni? Apa bala yang sedang berlaku ni?


Raksasa biawak air telah menyerang kuala Terengganu! Berita gempar ni! Dalam suratkabo Sinar, akan terpampang dimuka depan, sebelah gambo Mat Said. Raksasa ni hyper besarnya. Sebesar dua buah lori balak, berjalan dengan dua kaki sahaja. Tubuh bersisik, bermuka parut- mungkin kesan dari pertarungan silam. Dikhabarkan mula-mula muncul dari dalam laut bersebelahan dengan Zee Corner kat Pulau Kambing tu. Selepas baham lima-enam tong air shake-shake kat situ, raksasa tu beredar pula kekawasan bank di pusat bandaraya ni. Apa tujuannya? Masih samar-samar lagi. Setakat ni sudah empat puluh dua buah kereta diterbalikkan, semuanya MYVI, pandai pulak raksasa biawak air ni pilih-pilih target. Lampu isyarat pula baru tiga batang dilibaskan sampai patah dengan ekornya yang panjang tu, semuanya patah-riuk.


Kini dia membuat onar didepan Maybank pula-lidah bercabangnya dijelir-jelirkan kedalam bank. Didalam bank hanya tinggal seorang Pok guard yang tua bertemankan sebatang cotar. Dikatoknya lidah bercabang itu dengan cotarnya, tak memberi kesan kepada raksasa biawak air. Raksasa biawak air membalas, ditampornya dua kali Pok guard tu, bersepai gigi Pok guard. Bulan depan Pok guard dah kena buat gigi palsu, nak pakai kena guna Polident, barulah boleh makan steak tanpa segan-segan macam dalam tv tu. Mamat yang mintak sedekah depan mesin ATM tu masih lagi disitu, masih buat muka kesiannya, hari ni dia pakai hooded Butterfinger.


Dari kejauhan, ternampak satu kelibat yang kecil, tapi semakin dia mendekati, Semakin kelibat tu membesar. Itulah dia! Penyelamat kita sudah sampai. Space Cop Gaban datang dengan kereta perisai gaban berwarna merah darah ayam, memang garang dan bergaya sekali, lalu diparkingnya kereta perisai gaban tu didepan Maybank. Sisa-sisa manusia yang masih berada ditempat kejadian bertepuk tangan memberi semangat kapada wira mereka. Mungkin ini adalah satu-satunya penyelamat kepada bandaraya kuala terengganu.


Gaban bersedia untuk bergocoh dengan raksasa biawak air itu, diambilnya pedang Gaban, akan digunakan jurus potong lapan hari ini. Gaban menapak dengan berhati-hati kearah raksasa biawak air yang ketika itu rakus menjilat didalam CIMB pula, tiba-tiba Gaban terdengar namanya dipanggil dari belakang, Gaban menoleh,

"Encik, encik tak boleh parking kereta perisai encik ni kat sini", ujar seorang pekerja Majlis Bandaraya, bahagian saman menyaman kenderaan.

"tapi aku ada misi penting ni, untung nasib bandaraya ni di tangan aku sekarang", kata Gaban sambil mengengam tangan kanannya, menunjukkan konon penting peranannya itu.

"itu saya tahu encik, tapi saya hanya menjalankan tugas aje, kalo encik Gaban parking kat sini jugak, saya terpaksa saman kereta perisai encik ni", kata pekerja majlis bandaraya itu semula.

Gaban tak puashati, disimpannya pedang Gaban, dihidupkan enjin kereta perisai Gaban-nya, dipulas pendikitnya sehabis mungkin. Gaban merajuk, ditinggalkan satu pertarungan yang masih belum bermula itu. Gaban balik rumahnya, sampai dirumahnya, Gaban terus ratah Milo.

Dikawasan depan bank, raksasa biawak air terus rakus menjilat.

Sunday 16 September 2012

KEJORAKU BERSATU

Se usai segala urusan dengan bank itu hari, aku bercadang nak beli ubat gatal kat seberang jalan nung. "Econazine", nama ubat tu, susah jugak nak ingat asalnya, aku siap bawak bekas kosong ubat tu, nak buat sample. Ubat ni kegunaannya adalah untuk gatal yang ringan-ringan cam gatal akibat alahan makanan ke, untuk gatal yang berat-berat cam kurap ke, tak boleh guna ubat ni, kena guna yang lagi power rangers. Kalo yang jenis gatal berat 66 cam gatal nak kawen lagi sorang pun, lagilah tak boleh guna ubat ni, yang tu kena pergi cari cermin dan cermin-cerminkanlah muka tu dulu.


Kedai ubat terletaknya berhadapan dengan bank yang baru aku keluar tadi, tapi dari bank ni kena melintas jalan dulu-lah. Aktiviti melintas jalan kat area sini pun dah jadi satu kisah yang mengerikan. Kereta tak pernahnya nak bawak slow-slow time lalu kat sini. Kalo slow-slow pun mereka tak bawak, apatah lagi perlahan-lahan, pasal makna kata sifat tu sama je, cuma satu dalam BM dan lagi satu dalam BI. Motorsikal pun pesen yang sama, entah nak pergi mana tau laju-laju tu. Sepatutnya pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dirikan satu jejantas kat area berdekatan, ni tidak, nak tunggu lapan belas orang mati kena langgar dulu baru nak buat jejantas gamaknya. Kalo rancangan Fear Factor Asia kembali ke kuala Terengganu dimasa mendatang, diaorang patut menjadikan acara melintas jalan depan bank ni sebagai satu cabarannya, barulah seriau. Mahu tak mahu, aku terpaksa jugak menyeberangi jalan yang sibuk ni atas satu niat yang murni, itupun selepas mengangkat-angkat tangan minta lalu dari raksasa-raksasa kejam ni.


Setelah selamat sampai di seberang jalan, aku singgah di kedai sebelah kedai ubat tu sekejap, kedai buku Pustaka Seri Intan namanya, ataupun PSI kalo nak singkatan nama yang bunyinya lebih urban sikit. Betul ke bunyinya sedikit urban? Lantaklah, tak jadi kudis pun. Bagi aku PSI adalah kedai buku yang paling lejen disini. Aku pernah beli Razorcake kat sini, majalah Terrorizer pun biasa aku beli kat sini. Hari tu aku pegi baca suratkabo jap, ada isu panas, isu persengketaan antara Neelofa dan Anzalna. Lepas baca secara free tu, aku perasan satu perkara, dua perkara sebenarnya. Yang pertama ialah Anzalna adalah lebih tonggek dari Neelofa, dan yang kedua adalah ejaan nama Neelofa adalah 'N double E', aku ingatkan 'NEO', seperti NEOlofa. Oleh kerana aku baru dapat pengetahuan baru tu, aku main tunggang-terbalikkan perkataan 'NEELOFA' tu dalam kepala otak berjambul aku sambil berjalan slow-slow atau perlahan-lahan ke kedai ubat bersebelahan.

Sampai kat kedai ubat tu, aku terus ke kaunter seraya berkata,"NAK BELI NEELOFA SATU", secara minda diluar kawalan. Malu time tu sukar digambarkan dengan penulisan, kalo aku boleh bertukar bentuk, dah lama aku bertukar Jadi botol air mineral. Tapi aku buat respons yang orang tersasul ajelah, buat eh! eh! gitu. Nasib baik takde orang kenal aku kat situ.
Sehingga entry ni ditulis , itulah kali terakhir aku pegi ke kedai ubat tu.

KISAH ROY DAN NASI LEMAK

Kurang-lebih pukul 6:30 tu Roy dah bangkit dari mati yang sementara tu, kalo boleh dia nak sembam aje barang sejam-dua lagi dihari yang dia tak kerja ni, tapi oleh kerana hari tu adalah penghulu sekalian hari, makanya Roy tak jadi nak sembam. Bukan atas dasar nak memuliakan hari, tapi Roy tahu setiap hari jumaat, emak Roy iaitu Makcik Isabella akan masak satu hidangan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh Roy iaitu tak lain dan tak bukan nasi lemak. Kalo boleh, Roy mahu setiap hari adalah hari jumaat, kalo tak boleh setiap hari- selang-seli pun takpe. Ritual Makcik Isabella tu dah diamalkan sejak Roy sekolah rendah lagi. Nak kata spesel sangat nasi lemak Makcik Isabella tu rasanya takdelah pulak, nasi lemak sambal bilis aje, timun pun ada masa wujud, tapi kebanyakkan masanya tak wujud. Tapi dalam dunia gastronomi Roy, itu diumpamakan seperti hidangan kelas pertama dari syurga, gara-gara air tangan emaknya.


Lepas-lepas aje mandi dan membojeng rambut ala Jefridin, Roy berseluar pendek tanpa baju, mengatur langkah ke dapur. Setiap langkah Roy ke dapur adalah langkah yang paling bersemangat sekali, langkah dalam perbarisan hari kemerdekaan pun takde bersemangat macam tu. Sesampai aje didapur yang sederhana besar tu, Roy rasakan auranya ada sedikit berbeza dengan aura hari-hari jumaat yang lepas. Kali ini didapur tiada bau lemak santan dan tiada wangi daun pandan. Roy separa cemas. Cemas campur lapar. Roy cari nasi lemak atas dapur, takde. Roy cuba cari bawah besen biru, atas almari, negatif. Roy try tengok dalam peti ais satu pintu kat dapur tu, itu pun juga negatif. Nak intai bawah tudung saji, tudung saji tergantung kaku di dinding. Termometer pengesan kecemasan Roy menunjukkan bacaan yang semakin meninggi. Roy cemas, cemas campur lapar.


Lepas cari nasi lemak tak jumpa, Roy cari pula emaknya. Kat dapur dah memang sah-sah tak ternampak kelibat Makcik Isabella, kat ruang tamu pun takde. "jangan-jangan mak aku dah kena culik, atau dia berjalan dalam tidur malam tadi", hati kecil Roy bersuara, suara yang hanya Roy boleh mendengarnya. Roy kuak pintu bilik mak kesayangannya itu, juga takde. Tak boleh jadi dengan keadaan tersebut, Roy berteriak memanggil emaknya, selepas dua-tiga kali berteriak ala Tarzan, akhirnya teriakan Roy disahut. Sayup-sayup bunyinya dibelakang dapur.


Roy berlari pantas kedapur, sampai didapur ditolaknya pintu maling dapur yang berkeriuk bunyinya, lalu Roy menjojolkan kepalanya, maka ternampaklah Makcik Isabella sedang menyapu daun-daun kering yang gugur semasa suasana pagi yang masih 'terang-terang tanah' gitu.
"Ada apa Roy?", tanya Makcik Isabella dengan penuh kasih -sayang.
"Mak! Kenapa mak tak masak nasi lemak kegemaran Roy hari ni? Mak kan tahu, setiap hari jumaat itu adalah makanan wajib Roy. Mak memang dah tak sayangkan Roy lagi", kata Roy yang konon-kononnya merajuk. Sepatutnya dalam usianya itu, sifat merajuknya tu dah kena eksport jauh-jauh, setidak-tidaknya ke negeri china.
"Nasi lemak kepala otak berjambul kau , hari ni kan start puasa", kata Makcik Isabella sambil buat mata bulat getel, marah le tu.

Roy termanggu, baru dia tersedar, hari tu adalah hari pertama puasa. Roy melangkah lemah ke bilik, disembam kepalanya ke bantal, sambung tido.

TELUR GORENG MATA KUBA

Pagi tadi aku pergi breakfast dengan famili aku kat warung area kampung aku jugaklah. Sesekali makan hasil air tangan orang lain seronok juga rasanya. Kami pergi empat beranak, iaitu seorang suami dan ayah yang koya punkrock, seorang isteri yang cantik, sebab dia isteri aku, aku kata dia cantiklah, takkan nak tunggu orang lain puji isteri kita cantik. Itu bodoh namanya, silap hari bulan boleh buat modal bergocoh. Turut menyertai rombongan breakfast yang tak seberapa ni ialah seorang anak perempuan yang gemuk macam ayahnya dan seorang anak lelaki yang kalo boleh taknak duduk diam. Jadinya cukuplah kuota empat beranak itu kan?


Warung sasaran kami pada pagi yang dah tak seberapa nak pagi tu adalah kat depan KUSZA ( KUSZA- aku lebih suka namanya yang lama ini), aku ingat nak makan roti canai telur kat sini. Dah lama tak makan roti canai telur kat sini, kuah dhal nya memang layan. Isi dalam kuah bervariati tak patut. Sampai-sampai kat warung tu, aku hampa campur tension, warung ni dah tak jual roti canai dah, mat bangla yang tukang tebar roti canai tu dah balik kampung, kemungkinan besar permitnya gagal disambung, gamaknyalah.


Oleh kerana roti canai dah takde dalam senarai menu, dan kami pula tu rasa malas nak pergi tempat lain, kami beralternatif kepada nasi lemak pulak. Nasi lemak harganya rm2.50 sepinggan, kami order empat pinggan. Dalam pinggan plastik yang ada gambar bunga kat tepi tu, nasi lemaknya ada sambal, telur goreng mata kuba, timun dan sudah semestinya nasi lemak yang tak seberapa nak lemak tu, santan mahal gamaknya. Oleh kerana tension tak dapat makan roti canai telur, nasi lemak aku punya, telur goreng mata kubanya aku mintak dua bijik. Sampai aje minuman dan nasi lemak kemeja, kami terus makan, dan makan, dan makan. Sesekali minum air bila terasa hawa pedas sambal nasi lemak. Oleh kerana aku ada sedikit terpengaruh dengan penangan muzik fastcore, makanya akulah yang habis makan dulu.


Anak lelaki yang tak reti duduk diam, tak nak makan nasi lemak, minum air melo peng aje habis segelas sebelum gadoh nak pegi tengok lori lalu-lalang. Oleh kerana mahu mengelakkan berlakunya pembaziran, aku makan perabis nasi lemak anak lelaki aku tu, membazir itu amalam syaitan, tak gitu? Isteri aku dah habis makan nasi lemak, tapi tak dimakannya telur goreng mata kuba tu. Anak perempuan aku pun dah habis makan nasi lemak, disebabkan ibunya tak makan telur goreng mata kuba tu, dia pun taknak makan jugak. Memang anak ibu betullah yang sorang ni. Oleh kerana tidak mahu mengikut amalam syaitan, aku ambik kedua-dua telur goreng mata kuba tu, aku perabis kedua-duanya. Perut aku memboyeh.


Selesai makan, aku terus membuat matematik mudah dalam kepala aku, hasilnya adalah lima. Pada pagi yang tak seberapa nak pagi tu, aku telah makan lima, diulangi dengan huruf besar, LIMA biji telur goreng mata kuba dengan sekali harung aje.

Sambil melonggarkan tali pinggang, aku berkata kecil, "dah macam hantu raya pulak aku rasa ni".

Sunday 9 September 2012

KHAIRUL FAHMI APEK

Pada satu hari tu, Sharbinee tengah naik basikal fixie-nya untuk balik ke rumah. Termengah-mengah jugaklah Sharbinee kayuh basikal tu, walaupun baru kurang lebih 3 kilometer je. Asalnya Sharbinee bukanlah minat sangat kat scene basikal fixie ni, tapi ari tu dia tengok Mat Said naik basikal, terus dia rasa nak beli satu. Hari ni rasa nak beli, esok terus beli, entah dari mana dia ambik duit pun aku tak tahu. Oleh kerana nak menjimatkan masa, Sharbinee bercadang untuk menggunakan jalan short-cut untuk balik ke rumahnya, iaitu jalan kat tengah sawah tu.


Jalan ni kecik je, muat-muat untuk sebuah kereta kancil lalu. Jalan ni agak sunyi, tak ramai yang menggunakannya. Biasanya yang menggunakan jalan ni adalah petani-petani yang hendak ke sawah aje. Tapi kalo Sharbinee menggunakan jalan ni, di penghujung jalan ni adalah rumahnya terus.


Sebelum simpang masuk ke jalan short cut tu, ada orang menjual air tuak, Sharbinee beli satu plastik yang harga RM2, terus dia minum atas basikalnya,suka bebenor Sharbinee minum air tuak ni, dah feberet dia sebelum azali lagi.


Tengah-tengah best Sharbinee minum air tuak sambil mengayuh basikalnya, Sharbinee ternampak seekor kura-kura di tengah jalan. Terlentang, kura-kura tu terbalik dengan keempat-empat kakinya keatas. Sharbinee Turun dari basikalnya kerana dia rasa tertarik untuk melihat keadaan kura-kura tersebut. Kura-kura itu masih lagi terkial-kial untuk berada dalam posisi yang sepatutnya. Melihat keadaan itu, Sharbinee merasa geli hati, mungkin jugak jantung dan ginjalnya terasa geli sama. Terus Sharbinee ketawa sorang-sorang di tengah jalan tu. Sharbinee ketawa lagi kuat, mungkin rangsangan dari air tuak yang diminumnya.
Tiba-tiba Sharbinee terdengar satu suara," tolong, tolong aku wahai orang muda", kata suara itu.
"sapa tu?", tanya Sharbinee pendek, saat itu juga pundi kencingnya terasa lain macam aje, tetapi Sharbinee tahan.
"aku kura-kura di depan kau ni. Aku kura-kura ajaib. Kalo kau tolong aku, tiga permintaan ko akan aku tunaikan.
Antara percaya dengan tidak, ketakutan Sharbinee mula menyusut, diganti pula dengan perasaan seronok bercampur tamak. Sharbinee terus menebalikkan kura-kura tersebut ke posisi yang sepatutnya, kaki ke bawah.
Seketika kemudian kura-kura itu bertanya," apa 3 permintaan kamu wahai anak muda?"
" aku mahu basikal aku ni bertukar menjadi motor Harley Davidson macam motor Awie tu. Aku juga mahu satu jag besar air tuak yang best macam ni setiap hari", kata Sharbinee sambil menunjukkan plastik bekas air tuak yang diminumnya tadi tu.
Selepas kura-kura ajaib mengira-ngira dengan jarinya, dia bersuara," itu baru dua permintaan, apa yang terakhirnya?",
Sharbinee berfikir sebentar, tiba-tiba dia teringatkan pada Khairul Fahmi, terus dia berkata kuat-kuat, "aku mahu jadikan muka aku macam Apek ".
"orait," jawab kura-kura ringkas. "esok pagi, apabila kamu bangkit dari tidur, semua permintaan kamu itu akan dipenuhi. Terima kasih dan selamat tinggal anak muda," tambah kura-kura ajaib sambil berlalu pergi meninggalkan Sharbinee yang tersengih sorang-sorang kat tengah panas tu.


Sampai aje kat rumah, Sharbinee terus tidur, walaupun baru pukul tiga petang. Sharbinee tidur sungguh lama, bangun tak bangun, pukul tujuh keesokkan harinya. Bab-bab tidur ni, serah aje kat Sharbinee.
Bangun aje dari tidur, Sharbinee dapati satu jag besar penuh air tuak diatas meja, disebelah katilnya. Entah siapa yang meletakkannya disitu, Sharbinee tak mahu ambik tahu. Terus diminumnya air tuak tu tanpa gosok gigi terlebih dahulu. Dia rasa segar dan seronok memikirkan permintaannya sudah ditunaikan.
Lepas tu, Sharbinee menjenguk dari pintu maling biliknya tu, ditempat parking basikalnya kelmarin, kini sudah ada sebuah motor Harley Davidson, sebijik macam yang Awie punya. Sharbinee rasa macam nak menjerit kegembiraan.

Terus dia menuju kedepan cermin didalam bilik tidurnya itu, ingin dia memandang perubahan wajahnya pula, sekilas-dua kilas dia memandang cermin, dia masih tak percaya. Setelah hampir seminit didepan cermin, Sharbinee mula meraung, bahawa refleksi cina tua didalam cermin itu adalah wajahnya sekarang.
Khairul Fahmi=apek=cina tua.

SELAMAT PENGANTIN BARU

Hari ni kat rumah jiran aku ada buat majlis kenduri kahwin, " bekwah" kata orang Teganung. Entah anak dia yang mana satu yang kawin, aku kurang pasti pulak, mungkin yang gemuk, hitam tu kot. Kalo yang tu syukurlah, sekurang-kurangnya ada jugak orang yang nak kat dia, tapi zaman sekarang ni rupa-paras dah agak kurang penting, yang seakan menjadi keutamaan, kantungnya tebal. Tadi aku dah pegi makan nasi sama minum air sirap kat rumah jiran aku tu, lepas lepak-lepak layan orang-orang kampung sembang blue, aku pun blah.


Kenduri-kendara kat kampung aku ni masih lagi dibuat secara gotong-royong. Orang-orang kampung datang tolong hal-hal memasak, membasuh pinggan-gelas, jadi pelayan sambilan dan bermacam lagilah aktiviti untuk melancarkan majlis. Setakat yang aku tahu, takde lagilah yang ambik caterer dalam hal jamuan ni. Setakat sewa kanopi dengan kerusi-meja tu, biasa lah. " wedding planner" pun kira anak beranak je yang uruskan. Semuanya dilakukan dengan ikhlas, kalo ada upah pun, biasanya sehelai kain tuala aje. Ataupun kalo untuk tukang masak, mungkin ditambah dengan sehelai kain pelikat. Biasanya kat tempat memasak nasi dan gulai daging, dah tersedia sekarton rokok gudang suria dan sekarton rokok John. Time tu asap dapur ngan asap rokok dah sama lebat, perokok-perokok tegar betul-betul rasa dirahmati.


Jiran aku ni buat kenduri ada jemput sekali DJ untuk meriuhkan majlis, bukan DJ DAVE , ni DJ yang pasang-pasang lagu tu. So hari ni, aku bangun-bangun tido je dah dengar lagu Anggur Merah, aku ingatkan aku mimpi lagi, kalo betullah aku mimpi, memang tak true langsunglah mimpikan lagu Anggur Merah. DJ yang bertugas ni boleh tahan jugaklah dalam menjalankan tugas dia, takdelah macam sesetengah DJ tu yang hanya pasang lagu dan duduk tercongok je atas kerusi sampai ke petang. DJ ni siap berpakaian baju melayu, bersamping macam dia pulok yang nak kawin. Dia agak petah berceloteh, menjemput para hadirin makan. Sesekali tu dia menyanyi, layan karaoke sorang-sorang lagu S. Jibeng. Tapi suara dia tak sedap, sedap lagi suara aku. Time ni aku rasa nak tampor je DJ ni, tapi kalo aku tampor, dan DJ tu cedera parah, sapa pulok nak ganti tempat DJ tu kan. Nak suruh Pok De Burung? Nak harapkan Usop Bulu? Memang jahanam lah semuanya. So aku batalkan saja niat murni aku tu.


Oleh kerana DJ ni pakai microphone yang wireless tu, so dia boleh ronda-ronda seberapa jauh yang dia rajin. Sampai dalam rumah, tempat orang memasak dia pegi interview. Sampai kat dapur dia pegi tanya kot-kot makcik kat situ nak dengar lagu Justin Bieber. Antara lagu yang diputarkannya yang aku tahu, macam lagu Pengantin Baru dari Wann, lagu Hail Amir dan Uji Rashid, lagu-lagu lama, lagu dangdut, dan sebab sekarang ni musim raya, dia turut memainkan lagu raya. Lagu Wormrot? Jangan haraplah, kat kenduri kawin Pidot nanti mungkin ada kot:)

Time aku tulis entry ni pun, soundtracknya masih lagi lagu pengantin "bunga rampai ditabur-tabur", lepas tu lagu Saloma pulok, hadus. Layan jugak lagu-lagu lama ni, takkanlah nak layan grindcore sokmo.
Rasanya petang ni aku tido dengan runut bunyi lagu pengantin, mungkin dapat mimpi jadi pengantin sekali.

SEGAR DARI LADANG

Lepas aku tulis entry yang bertajuk "budak kecik naik lemak" tu, aku dapat satu idea nak tulis pasal satu kedai kat area Gong Badak ni. Kedainya biasa je, tapi dia ada satu produk yang ganah untuk dijual. Aku terserempak dengan kedai ni pun masa bulan puasa baru ni. Bulan puasa, takde kerja, so apa lagi ronda-ronda je lah kerjanya. Kalo geng-geng Cradle Of Filth atau Bephemoth tahu pasal kedai ni mesti diaorang berminat nak datang sini. Paling kurang pun buat video klip dalam kedai ni.
Tapi lepas raya ni, aku pegi semula kat kedai tu, nak ambik gambar banner kat depan kedai tu, dah takde. Kedai ada lagi, banner dah takde, kedai masih lagi jual santan, tapi banner yang dulu tu memang rare, digantung depan kedai, dengan tulisan besar-besar:-
"SATAN SEGAR ADA DISINI".
tukang tulis banner tu dah wajib kena tampor laju-laju.

ALIM KUCING

Masa cuti raya itu hari, aku jumpa bekas classmate lama aku.Orangnya dipanggil Alim Kucing, nama sebenarnya Abdul Halim, orang melayu ni memang kreatif bab-bab bagi gelaran kat orang. Nama je classmate, tapi aku tak kamceng mana pun ngan Alim ni, dia ada group dia sendiri, aku ada group aku sendiri, cuma kami ditakdirkan berada dalam satu kelas yang sama. Alim adalah seorang yang suka bercerita, dan ceritanya biasanya bersifat bombastik. Dengan sound effect dan bersembur-sembur air liurnya kalo Alim Kucing bercerita. Kalo dah lama sikit dia bercerita tu, kat tepi kedua belah mulutnya akan membentuk buih-buih putih kekuningan, sama macam Cikgu Geng dulu.


Cikgu Geng adalah cikgu gantian untuk subjek matematik aku masa sekolah dulu. Cikgu Geng menjadi cikgu ganti untuk Cikgu Zainab yang cuti beranak, dan aku rasa Cikgu Zainab tu tiap-tiap tahun dia cuti beranak, dah macam tapir lagaknya. Nama Cikgu Geng seperti yang tersurat dalam MyKad nya, tidak kekal dalam minda murid-murid. Dia ada bagitau namanya masa mula-mula masuk kelas , tapi lepas tu dia tulis kat papan hitam,"just call me Cikgu Geng", nama tu jadi lebih glamer dari nama sebenarnya. Cikgu Geng ni adalah cikgu gantian yang ada bisnes nurseri, bukan jaga budak-budak kecik, tapi jual-jual pokok dan barangan berkebun gitu. Biasanya dia bawak sekali barangan nurseri-nya ke sekolah. Cikgu-cikgu perempuanlah yang suka belinya. Baja lah, anak pokok lah, pasu bunga lah. Kalo cikgu lelaki yang beli, aku ada tengok diaorang deal undertable je, entah apa jadahnya yang dijual tu, ubat kuat kot. Time Cikgu Geng tengah meng- kempen-kan kebaikan dan kepower-an barangannya tu, buih-buih putih kuning pasti muncul di tepi-tepi mulutnya. Macam jugak Hishamudin Tun Hussein.

Dulu ada seorang ustaz cakap, yang aku ingat lagi, katanya,"orang yang mulut berbuih ni, biasanya orang ni kuat LEBONG ( menipu)",
Aku rasa memang ada betulnya.

BUDAK KECIK NAIK LEMAK

Aku tak pasti berapa darjah Celsius suhu hari tu, tapi panas sangatlah rasanya. Panasnya seperti berada ditepi kawah tempat orang memasak untuk kenduri-kendara. Atau panasnya seperti berada dalam venue gig masa kat Actors Studio dulu-dulu. Mungkin sebab sekarangni bulan puasa, panas sikit pun dah rasa macam panas sangat.
Pasal aku tak pakai jam tangan, aku tengok aje waktu kat hanset cap ayam aku, dalam pukul 1:30 petang. Walaupun hanset ni cap ayam, dah lebih tujuh tahun dia berjasa kat aku, dah bermacam-macam manusia aku berhubung melaluinya, cuma Neelofa aje yang belum pernah call aku melalui handset ni, eleh! aku tak heran pun Mek tu. Aku on da way nak balik Dari bandar kuala Terengganu ni. Tadi pegi bandar buat akaun bank, lepas siap akaun, pegi kat mesin ATM, terus keluarkan semula wang untuk buka akaun tadi, tinggal rm30 je. Itu agaknya permastautin tetap dalam akaun aku untuk masa-masa akan datang.


Apalah malang nasib hari tu, keempat-empat lampu merah, lama pulak tu, cam dia tahu je aku nak cepat balik ke rumah. Berada diatas motorsikal, ditengah panas terik memang menguji kesabaran yang bukan sedikit. Motorsikal kuasa rendah aku pun bukannya ada bumbung, lagilah menggelegak umbun-umbun akibat wap panas.


Masa kat lampu isyarat persimpangan JPJ tu, kat sebelah aku ada sebuah kereta. Sebenarnya kiri, kanan, belakang, depan aku ada kereta, cuma aku nak cerita kereta yang ada kat sebelah kanan aku ni je. Kalernya maroon, kalo Mek Yah kampung aku kata ni kaler merah darah ikan, tak tahu r pulok ikan apa, tapi aku rasa darah semua ikan kaler dia sama je kan? Kereta kat sebelah aku tu kereta proton, tapi aku tak tahu model apa yang lebih spesifik. Kat dalam kereta tu ada tiga orang penghuninya. Kat bahagian depan, ada dua orang, lelaki dan perempuan, kalo dilihat pada penghuni kat belakang tu, adalah selamat untuk meneka dua orang di depan tu merupakan pasangan suami-isteri. Kat tempat duduk belakang, ada seorang budak dalam umur empat tahun, kalo dilihat dari pakaian dan airmuka budak tu, aku rasa itu budak lelaki.


Oleh kerana aku berhenti motorsikal betul-betul sebelah budak lelaki tu, budak tu mula usha aku dengan jakunnya, mungkin dalam hati kecilnya berkata,"bertapa coolnya brader ni, kat atas motorsikal, ditengah panas, dibulan puasa ni". Tiba-tiba budak lelaki tu rapat ke cermin kereta yang dinaikinya, mula-mula dia ketuk cermin kereta tu, mungkin untuk mendapatkan perhatian aku kot. Lepas tu dia pun mula " menampalkan" mukanya sendiri kat cermin kereta tu, macam-macam stail dia buat, ada stail bibir tebal, ada stail hidung babi dan lain-lain yang belum aku kategorikan lagi. Aku dah menggelegak time tu, kombinasi masa dan aksi tu yang cukup membangkitkan ghairah aku untuk menampor seseorang. Tapi budak-budak memang comel, so aku batalkan saja niat murni aku tu. Aku takderlah terlalu kejam untuk menampor budak-budak.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sampai kat rumah, tekak dahaga dan kering gila. Line clear, takde sorang pun kat rumah. Aku bukak peti ais, ada macam sekotak air yang dah dibuka. Kotak agak besar, saiz 1liter gitu. Aku ambik kotak tu, aku terus tonggok dari kotak. Sampai separuh jalan, aku rasa ganjil sikit, cam rasa tawar je, tapi lebih lemak pulak. "air susu apa ni?", kata aku dalam hati, kalau aku kata kuat-kuat nanti orang ingat aku sewel pulak. Ataupun kantoi aku tak puasa hari tu.
Aku tengok semula kat kotak tu, Ada satu tulisan besar-besar,"EXSTRAK SANTAN SEGAR".

Sunday 26 August 2012

ULASAN BUKU: MAT TIARA karangan NOR HISHAM MOHAMED

Masa pertama Kali aku tengok cover buku ni kat dalam fesbuk, langsung tak menarik minat aku untuk mendapatkannya, serius, dengan gambar seorang lelaki yang beraksi stail gitu tu, memang tak lah. Oleh kerana itu aku terlewat kurang lebih dua bulan untuk mendapatkan buku ini, dan aku agak menyesal atas persepsi pertama aku dulu.


Buku ini diterbitkan oleh Neon Terbit, yang mungkin selamat untuk aku katakan adalah satu 'syarikat' penerbitan buku yang diusahakan oleh Pipiyapong dan editor buku ni sendiri yang lebih manja dengan panggilan Apek. Kat cover depan buku ini sudah dinyatakan yang ianya adalah himpunan tulisan dari penulis zine Neon, Against All dan Hardcore Is A Feeling, zine-zine yang aku belum pernah baca, tapi pernah dengar namanya atau baca reviewnya kat mana-mana zine tempatan. Berpandukan kepada pengalaman, Apek memang sudah memenuhi syarat untuk menghasilkan buku.


Buku Mat Tiara ini, lebih menyoroti kehidupan Apek semasa zaman persekolahannya dan zaman-zaman hardcore-nya di kuala Lipis. Pada pemahaman aku, kuala Lipis memang mempunyai scene yang mengikut acuannya yang tersendiri. Entah mengapa mereka mempunyai scene yang tersendiri begitu, masih menjadi misteri bagi aku. Kuala Lipis, aku pasti ke sana suatu hari nanti, bukan kerana Siti Nurhaliza, tapi kerana scene DIY-nya. Cuba anda carigali zine-zine terawal dari scene ni, gaya penulisan mereka memang ada sentuhan tempatan. Ada orang yang melabelkan ini adalah penulisan personal. Ada yang mengatakan ianya lebih bercorak penulisan POP, lantaklah. Malah kat cover depan buku ini pun ada ditulis 'INI ALTERNATIF', alternatif daripada apa? Mungkin alternatif dari lambakan buku kat kedai buku biasa kat Malaysia ni.


Yang tersurat di buku ni, mukasuratnya berjumlah 158, agak tebal. Yang masih menjadi misteri nusantaranya, aku habis baca buku ni tak sampai pun tiga jam, sekali lalu aje habis. Sayang rasa nak ditangguhkan baca dilain masa. Gaya bahasanya memang santai, jika anda biasa dengan Pipiyapong, sememangnya tiada masalah untuk anda 'masuk' dengan stail Apek.


Aku belek-belek lagi buku ni, nak cari apa yang tersirat untuk diulaskan. Tenung cover depannya sekejap= still tak boleh blah stail yang
Macam gitu. Kalo aku ditugaskan untuk memberi Markah bintang untuk buku ni, aku bagi tiga dari lima bintang, sepatutnya empat bintang tapi gambar covernya agak mengerikan, aku potong lagi satu bintang.
Aku curik ayat kat cover belakang buku ni:. Dekati Neon di http://neonterbit.blogspot.com

DRAMA PAGI RAYA

(soundtrack)
"ktung, ktang, ktung, ktang, ktung, ktang" (ulanglah berapa kali yang korang nak.)

Kalo nak dikirakan, aku bukanlah pandai sangat bertukang ni pun, lebih-lebih lagi kalo dah ditambah dengan perisa kemalasan, lagilah menjadi tak pandainya. Tapi itulah, aku pun tak tahu pasal apa aku rajin sangat modify bangsal buruk kat rumah aku ni, nak tukar jadi reban ayam pulak. Mungkin pasal aku tahu, aku tak boleh modify dia jadi kapal angkasa kot.


Tak mandi pun lagi ni, tapi dah gosok gigi. Takpe tak mandi kot, bukannya ada taik mata-nya. Camner nak ada taik mata, dah dua hari aku tak tidur ni. Dah macam ada satu pembentukkan rongga dalam kepala aku ni.


Sekarang kurang-lebih pukul lapan pagi, sayup-sayup aku dengar takbir raya. Sesekali bunyinya agak berbolok apabila ada dua masjid bertakbir dalam satu masa. Masjid biru dan masjid hijau. Sesekali rasa sayu disudut hati, mungkin sebab plan nak buat sate hari ni terpaksa dikanselkan. Harga ayam naik sekali ganda. Harga siling apa stail lagu ni, harga atap kot, tu yang tinggi tu.

Aku ambik lagi paku, capai tukul. Aku ulang soundtrack kat atas.
Aku buat reban ayam dipagi raya. Memang punkrock, lebih punkrock dari propagandhi.

TIE-DYE IS THE NEW BLACK

Hari ni adalah hari membasuh pakaian untuk aku. Biasanya aku membasuh pakaian seminggu, dua Kali. Biasanya membasuh dihari yang aku tak kerja. Kalo dihari kerja tu, kemalasan memang membaluti diri. Aku lebih suka membasuh sendiri pakaian aku, barulah DIY. lagipun aku ada sistem yang aku sendiri cipta, sistem ni mungkin berfungsi untuk aku sahaja. Sistem yang aku cipta ni lebih kepada satu tema, dan tema untuk pembasuhan baju hari ni adalah baju tshirt dewasa sahaja.


Kat rumah aku ada satu ampaian jemuran yang boleh dialih-alihkan kedudukannya pasal ianya mempunyai roda dibawahnya. Ampaian besi ni dah lama ada kat rumah aku ni, confirm dah lebih dari sepuluh tahun. Bentuknya kurang-lebih seperti huruf 'T', dengan tiga tali untuk menjemur pakaian dibahagian kanannya, sama juga dengan bahagian kirinya. Setiap tali jemuran, boleh memuatkan tiga helai baju dewasa. Kalo tshirt size 'S' mungkin muat empat helai.


Oleh kerana hari ni aku basuh baju aku sahaja, yang bersize 'L', makanya terdapat kurang lebih lapan belas helai tshirt yang terjemur disana. Yang sedikit menyedarkan aku dari lamunan adalah, dalam banyak-banyak baju yang dijemur tu, ada dua helai aje yang kaler hijau dan merah, selebihnya adalah kaler hitam. Sememangnya aku memang menyukai kaler hitam. Hitam itu menawan.


Ninja di Japan, berpakaian serba hitam. Pendekar dizaman dahulu kala berpakaian serba hitam, (aku tengok dalam tv). Perompak bank yang stailo-stailo dalam cerita omputih juga digambarkan berpakaian serba hitam. Geng-geng punk hitam putih kehidupan, biasanya berpakaian serba hitam. Apatah lagi pasukan ragbi All-Black. Kawan-kawan black metal pula, sudah tentu lah. Rambo pun time nak mengamuk, sapu cat hitam kat muka. Hitam seakan-akan memberi semangat, walaupun kadang-kala disifatkan sebagai kaler berkabung.


Tapi aku tak prejudis kepada kaler lain, tidak sama sekali. Sebagai satu contoh; bagi aku G-string kaler merah adalah jauh lebih seksi dari yang kaler hitam. Ada seorang ni, ustaz atau pakar motivasi, pernah berkata, yang kaler hitam ni boleh menggelapkan hati Kita. Berlajar susah nak dapat. Budak-budak kecik tidak digalakan dipakaikan pakaian berwarna gelap, takut hatinya jadi gelap. Begitu juga orang sekelilingnya (ibu-bapanya). Mungkin lepas ni aku patut pakai baju kaler tie-dye pulak, barulah hippies. Geng-geng Carcass dalam gambar-gambar lama pun biasa pakai tshirt tie-dye ni.

Tapi fikir-fikir balik, pakar motivasi (konon) ni, dah kerja dia bercakap, modal dia air liur aje:)

BANK HANG KEBUN

Lebih kurang sebulan lepas, aku pegi bank, macam biasalah, bukan untuk menambah simpanan, tapi lebih kepada untuk menyusutkannya. Kalo dilihat buku akaun bank aku ni, ianya lebih kepada satu ending yang sedih. Kerap keluar dari masuk, tapi keluar sikit-sikit lah. Bak kata orang-orang tua tu,"sikit-sikit lama-lama tinggal taik".


Bank yang aku pegi ni, logo baru dia bentuknya tiga segi dan kaler merah. Mungkin ada kaitan dengan konspirasi illuminati ni, tiga segi piramid tu. Aku try jugak belek-belek kat logo tiga segi tu, kot-kot terjumpa gambar mata satu ke, tapi setakat ni tak jumpa apa benda lagi lah. Sepanjang aku berurusan dengan bank ni, baru sekali je aku tengok ianya sibuk, iaitu masa budak-budak PLKN nak buka akaun dulu. Selain daripada tu, memang dah macam kaunter bayar zakat pulak, lenggang.


Masuk aje kat dalam bank, aku nampak pak guard dia. Kondisi pak guard ni tipikal macam pak guard-pak guard yang lain. Tak hensem pun, aku rasa hensem lagi aku:). Aku senyum, angguk kepala kat pak guard. Pak guard buat muka ketat, mungkin kerana tuntutan kerja kot, atau mungkin jugak baru bergaduh dengan bini dia pagi tadi. Siapa tahu, kan?


Pedulikan pak guard tu, aku ke sudut yang menempatkan borang-borang. Satu meja kecik paras siku aku, yang disertakan sekali dengan dua batang pen diatasnya. Aku ambil borang 'pengeluaran tunai', borang yang pertama aku isi, silap tulis pulak. Bahagian untuk nombor akaun tu, aku gi bantai tulis nombor mykad pulak, memang bengong r. Aku lipat dua borang yang silap tu, aku simpan dulu dalam poket seluar aku, bahagian depan, sebelah kanan. Aku isi borang yang lain pulak. Sukses. Aku ingat nak rembat aje pen atas meja tu, tapi memikirkan kat bank sememangnya banyak CCTV , aku batalkan saja niat murni aku tu.


Aku tekan nombor giliran,nombor 201. Tak sempat aku nak duduk, nombor giliran aku dah dipanggil, cepat sungguh. Lepas kerani kaunter check-check borang aku, lepas dia suruh aku sign dua kali kat belakang borang tu, dia bagi sejumlah wang kat aku, rm200 seperti yang tertulis kat borang tu. Dah terbayang kat kepala aku , separuh dari jumlah tu aku nak guna untuk beli stuff DIY.


Aku simpan duit tu dalam poket, kerani kaunter bagi semula mykad dan salinan borang aku. Salinan borang aku simpan dalam poket, mykad aku simpan dalam dompet sambil-sambil berjalan menuju ke pintu keluar. Berhampiran dengan pintu keluar ada satu tong sampah, sambil berjalan aku seluk poket, aku keluarkan kertas-kertas kat dalam poket aku tu untuk dibuang dalam tong sampah. Aku masukkan kertas-kertas tu dalam tong sampah dengan stailo sekali (aku rasa r). Aku rasa stailo ni pasal tengah ada duit, orang yang berduit ni semangat dia lain macam sikit. Aku tengok pak guard, pak guard masih lagi kat tempat tadi, muka masih lagi ketat, sah bergaduh dengan bini pagi tadi ni.

+++++++++++++++++++++++++++++


Dua-tiga hari lepas tu.
Aku cari kat dalam dompet, takde. Kat dalam poket, lagilah takde. Duit rm200 aku dah hilang, sah-sah dah terbuang dengan sampah-sampah kertas kat bank hari tu. Memang betullah bank ni ada kaitan dengan illuminati.

Friday 17 August 2012

SUDIN CAP BIAWAK PASIR.

Ada satu hari yang lain pulak, Sudin pegi ke Mydin Mall. Nak beli apakedajah pulaknya kat Mydin Mall tu pun aku tak tahu. Kali ni Sudin pegi Mydin Mall naik motor EX5 ayahnya, Pok De Burung. Motor Pok De Burung ni takdelah power sangat, tapi ada brek disc belakang-depan, rim sport kaler merah dengan ekzos yang bunyi macam haramjadah bisingnya. Semua tu Pok De Burung krobek sendiri, maklumlah, masa muda-muda dulu Pok De Burung seorang mat rempit yang sememangnya lejen line-line Teganu ni.
Inilah kali pertama Sudin pergi ke Mydin Mall naik motor sorang-sorang, biasanya dia naik bas aje.


Dipendekkan cerita, selesai segala urusan shopping kat Mydin Mall tu, Sudin bergegas pulang, pasal Pok Mat Burung suruh Sudin pulang awal. Shopping apa bendanya sangat, Sudin beli cakedis aje, padahal kedai Mek Yam kat kampungnya pun ada jual cakedis tu. Mungkin riak lah sikit kalau dapat shopping kat Mydin Mall tu. Bagi orang Ganu, Mydin Mall tu dah taraf-taraf Pavillion lah jugak.


Sesampai kat rumah, Sudin terus mentekedarah cakedis yang dibelinya tadi.
"krup, krap, krup, krap," bunyinya.
Tengah-tengah Sudin stim makan cakedis tu, dia terdengar suara Pok De Burung dari halaman rumah.

"Kat mana kau parking motor ayah, Sudin? Dah puas ayah cari, tak jumpa-jumpa pun", tanya Pok De Burung separa marah.

Serta-merta kunyahan mulut Sudin terhenti, degup jantungnya pun seakan mahu terhenti juga. Sudin baru teringat, dia balik tadi naik bas, dan dia juga baru teringat yang motorsikal Pok De Burung dia masih parking baeek punya kat Mydin Mall tu. Sudin lupa, dia ingatkan dia pergi naik bas tadi, macam kebiasaanya.
Sudin memang pelupa, unta kat padang pasir pun takde pelupa macam tu.
Petang tu jugak, Pok De Burung buat logo Zorro kat atas belakang Sudin, guna batang joran.

SUDIN CAP UNTA bahagian pertama.

Kalo dilihat dengan mata kasar, takde yang peliknya pasal Sudin. Orangnya pun boleh tahan hensem, tengok dari jauh nampak macam Sam Bunkface pulak, tapi dari jauh aje lah. Oleh kerana setiap orang itu tidak sempurna, maka ketidaksempurnaan Sudin ialah dia mempunyai masalah pelupa yang kronik, unta kat padang pasir pun takde pelupa macam tu.


Masa kat sekolah dulu, aku dan Sudin ditakdirkan berada didalam kelas yang sama. Bukan aku yang mintak, tapi cikgu yang memandai-mandai letak. Satu hari tu Sudin mahu ke tandas. Selepas meminta izin dari cikgu yang tengah mengajar, sudin pun pergilah menunaikan hajatnya. Seketika kemudian, Sudin kembali ke kelas dan terus ke tempat duduknya. Selepas duduk seketika, Sudin bingkas bangun semula dan meminta izin dari cikgu untuk ke tandas sekali lagi. Cikgu yang tension dan agak kehairanan terus menyoal Sudin:,
Cikgu: bukan ke awak baru aje pergi ke tandas tadi, awak sakit perut ke apa?
Sudin: tak sakit perut pun, cikgu...
Cikgu: habis tu? Apahal pulak nak ke tandas banyak kali ni?
Dengan selamba lembu aje Sudin menjawab;
Sudin: saya nak pegi basuh, tadi lupa nak basuh cikgu...

Seluruh kelas bergema dengan ketawa, rupa-rupanya tadi Sudin lupa nak basuh berak:).

AWEK PARU GORENG.

Jam dah menunjukkan hampir pukul 5 petang, Khairul Fahmi dah siap-siap nak ke bazaar ramadhan. Walaupun maknya, Makcik Ramona dah bajet nak masak dua-tiga jenis lauk untuk berbuka puasa hari tu, Khairul Fahmi nak juga ke bazaar ramadhan. Sasarannya waktu tu hanya satu, nak beli paru goreng. Dah lama bebenor Khairul Fahmi teringin nak makan paru goreng, kalo dikira dengan jari tangan-kaki semua, mungkin dah lebih dari seratus hari kot. Nasib baiklah ada bazaar ramadhan, biasanya kat tempat macamnilah timbulnya makanan pelik-pelik ni.


Bersumberkan gossip-gossip sesama kutu kat kampungnya, Khairul Fahmi dapat tahu kat bazaar ramadhan kampungnya tu ada jual paru goreng. Khairul Fahmi pegi bazaar ramadhan naik basikal fixie Makcik Ramona, basikal tu kaler hijau kunang, kedua-dua rim kaler merah, Makcik Ramona pasang bakul kat depan- senang nak letak barang pegi pasar gamaknya. Basikal ni takde brek, dah namanya basikal fixie, apakejadahnya pasang brek pula.


Sesampainya kat bazaar ramadhan, Khairul Fahmi parking basikal bawah pokok apa ntah, dia sendiri pun tak tahu. Terus matanya meliar mencari sasaran, sambil mengusha-usha aweks-aweks berjilbab yang berpakaian sendat. Setelah melepasi tujuh-lapan stall, Khairul Fahmi ternampak apa yang menjadi idamannya selama ni, paru goreng berlada. Sambil tangannya mencari duit dalam poket, dia
Bersuara dengan riang sekali," paru ni lima ringgit kak". "Berapa ringgit tadi Bang?", gadis penjual di stall lauk tu kembali bertanya, standed r, gadis tu buat-buat ramah. Khairul Fahmi tengok balik gadis tu, dimatanya gadis tersebut memang cantik, jauh lebih cantik dari Yuna. Dengan muka berbedak yang putih melepak, sepasang mata bulat yang besar, sanggul bonjol disebalik tudungnya, dan senyuman yang semanis gula-gula kapas kaler pink. Khairul Fahmi terpukau.


Kesudahannya Khairul Fahmi beli lauk lima ringgit je. Paru goreng lima ringgit, ayam percik lima ringgit, ayam black pepper lima ringgit, ikan keli masak sambal lima ringgit, ikan masak tiga rasa lima ringgit, buoh gomok pun lima ringgit. Dengan azamnya, besok nak datang lagi, beli paru goreng.
Betullah kata Mohd Jayzuan," perempuan memang ahli sihir".

Tuesday 14 August 2012

ZINE REVIEW: MOSH#15 / T.S.A.B#5 split. (A5, BM, BI )

Untuk scene zine Malaysia, ada lagi tak zine yang pernah mencecah sehingga issue ke-15? Bagi aku, takde lagilah, belum pernah lagi aku jumpa. Biasanya dalam 5 issue ke bawah je sebelum bersara, kalo yang true sikit boleh mencapai sehingga issue ke sepuluh. Bagi kes MOSH zine ni, issue 15 dah kira pecah record ni, dah boleh kira macam- makan zine, tidur zine, berak zine. Salutant untuk Nizang dan Mosh.


Kali ni Mosh#15 didatangkan secara split dengan zine T.S.A.B#5. Aku baca bahagian Mosh dulu, dimulakan dengan penulisan-penulisan Nizang berceritakan tentang hal yang seakan personal, apa yang berlaku dalam hidupnya selepas Mosh#14. Termasuk penulisan nukilan kawan-kawan, bahagian penulisan memakan kurang-lebih separuh kuota Mosh, meliputi pelbagai isu, dari Buku jalanan sehingga Punk rock art exhibition kat Rumah Api. Semuanya menarik untuk dibaca.


Ruangan temuramah pula adalah dengan kugiran Bacteriostatic, Francis Wolf, DRSA zine dan Ride On! Zine. Temuramah dengan Jim Straub of Ride On! zine adalah paling menarik dalam himpunan temuramah ini, atau mungkin tidak keterlaluan kalau aku katakan yang paling menarik antara temuramah-temuramah menarik yang pernah aku baca dalam Mosh zine. Isu-nya lebih seputar dengan budaya zine itu sendiri, dijawab dengan panjang panjang lebar, mamat Jim ni memang seorang yang rajin bercakap, cuma yang menjadi sedikit ralat apabila ianya seperti berakhir dengan tergantung aje, tanpa klimaks, mungkin ada sambungannya dalam Mosh#16 nanti? Sama-samalah kita nantikannya.


Temuramah dengan Fazri DRSA juga menarik( dan aku bukan membodek), tapi yang tak boleh blah tu bila ada gambar Fazri tengah cekoh durian. 'Cekoh' tu adalah perkataan Ganu untuk 'mengopek', tapi kalo kat Ganu perkataan 'mengopek, kopek' tu lebih membawa makna yang stim-stim aje. Aksi Fazri mengingatkan aku pada satu quote kat zine SHOCK AND AWE, yang mengatakan "Lelaki yang pandai mengopek durian, adalah lelaki yang macho", persoalannya, adakah Fazri seorang yang macho? Mung macho dok cikgu?


Seperti biasa, zine ni diakhiri dengan ulasan-ulasan untuk bahan bacaan dan music. Tak keterlaluan kalau aku simpulkan yang MOSH #15 adalah yang terbaik dalam sejarahnya sendiri.


Untuk rakan split Mosh pula iaitu TSAB#5, hasilnya tidak mengecewakan. Aku rasa ini adalah perngalaman pertama aku membaca TSAB, kalo pun aku ada membeleknya sebelumni, ianya tidak memasuki inbox minda aku. Zine ni banyak memaparkan penulisan yang berkitar dengan kegilaan dua orang editornya, iaitu kegilaan komik. Tapi ini adalah penulisan tentang komik, bukanya komik terus yang dipersembahkan. Terdapat juga penulisan tentang kehidupan sang editor diluar daerah komik.


Aku bukanlah seorang peminat komik tegar, setakat majalah gila-gila tu boleh lagi lah aku baca sambil tersenyum, tapi dulu ada satu komik berbahasa melayu yang boleh aku baca berulang-kali tanpa rasa jemu. Harga komik tu tak mahal, paling mahal pun mungkin sekitar seringgit sahaja. Size nya besar sedikit dari buku tiga lima. Tapi itu cerita masa zaman jahilliah dululah, nanti aku ceritakan semula dilain masa.


Biasanya, untuk satu-satu split projek, khalayak lebih cenderung untuk membandingkannya antara satu dengan yang lain. Aku? aku tak mahu, malahan aku rasakan ini adalah satu projek split zine yang terbaik sekali. Apa yang tinggal hanyalah tindakan anda untuk mendapatkannya.
Try cari kat Nervhous distro atau Pissart distro.