Saturday 24 December 2011

Oi POLLOi/APPALACHIAN TERROR UNIT split 7" (profane existence records)

Ini adalah split 7" terbaik yang aku dapat dalam tahun ni. Terbaik! 5 bintang. Cukup? Tak cukup? Okay, aku meleret-leret lagi sedikit. Record ni diriliskan oleh Profane Existence Records menggunakan recycle vinyl. Apa perbezaannya? Aku pun sukar menjejakinya, tanpa pengumuman awal, mungkin aku tak dapat membezakannya langsung. Apa yang pasti, setiap lagu terakhir pada setiap side berakhir macam tu aje, tanpa klimaks. Tengah best-best layan, tetiba je habis, mungkin inilah penangan recycle vinyl kot. Tapi aku masih lagi bagi split ni 5 bintang. Kita mulakan dengan band anarchopunk lagenda dari Scotland ni, Oi POLLOi. Rasanya majoriti yang terjebak dengan DIY punk, kenal dengan band ni. Musik mereka kalau hendak dibuat perbandingan adalah sedikit band Conflict, atau mungkin conflict yang dipengaruhi oleh mereka. Sound-sound discharge pun ada. Diaorang ni Otai lah katakan, so sepanjang perjalanan tu, mesti banyak pengalaman yang mempengaruhi mereka. Lirik macam biasalah, beraurakan politikal anarchopunk siap sekali dengan terjemahan Dan penerangannya. Untuk lagu Systeemin Orja, ianya dipekik kan dalam bahasa Findland, so sesiapa yang masih lagi deman scandohardcore tu, takde masalah untuk telan ini bulat-bulat. Untuk side band, Appalachian Terror Unit pula dimulakan dengan satu drumbeat sepertinya bunyi genderam mau perang, satu amaran awal tentang apa yang bakal anda harungi untuk yoga tracks selepas itu. Band yang berasal dari Huntinton WV USA ni banyak dipengaruhi oleh Nausea, Harum Scarum, Conflict dan band- band yang seangkatan dengannya. Sound mereka agak meluas. Part vokal yang diselang-selikan antara lelaki Dan perempuan adalah yang paling menarik bagi aku, stail anarchopunk 80an. Juga bahagian lirik panjang-panjang yang mengajak Kita berfikir dan bertindak. Mengenai kejahatan makhluk bernama manusia. Mungkin dah dilirikkan beribu kali sebelum ini, tapi tidak menjadikan ini sesuatu yang teruk, tidak sama sekali. Memang tak puas dengan split ni, so sasaran tahun depan ialah until mencari LP Dari kedua-dua band ini pula. Untuk Appalachian Terror Unit mungkin susah sikit kot, tapi untuk Oi Polloi mungkin ada peluang yang cerah pasal dengar cerita diaorang ni nak mari tour kat Malaysia ni, kalau bulan January 2012 memang tak dapat pergi, tapi kalau march 2012 keatas dah boleh duit mulai sekarang ni. Cover split ni pun masih lagi dalam bau-bau anarchopunk 80an, jenis yang dilipat-lipat, dan kalau lipatan tu dibuka, menjadikannya satu poster dinding. Tapi jangan haraplah aku nak tampal kat dinding cover record ni, sayang aku, walaupun kat covernya ada tertulis ...This is not a collectors item... Tapi itu terpulang kepada masing-masing punya kepala lah. Ini adalah satu rilisan yang Berkuasa, Sepak jubur, Lempang muka, Politikal, Trashy dan banyak lagi kreditasinya, nak cari kesimpulan mudah> ini adalah TERBAIK! Oh ya! Ilustrasi covernya pun cantik, sekali tengok lelaki yang tengah membidik Panah tu macam abang Yeap dari band KROMOSON pulak:) KROMOSON bila nak mari tour Malaysia?korang boleh dapatkan record ni Dari mana-mana distro yang ada menjualnya, aku dapat dari Pissart, atau dapatkan terus dari www.profaneexistence.com.

Sunday 18 December 2011

PAUL MAWHINNEY- PENGUMPUL PIRNG HITAM TERBANYAK DIDUNIA.

Masa aku surf Internet hari tu, aku terjumpa dengan pakcik ni, Nama dia bukan pakcik tukul, tapi Paul Mawhinney. Apa yang menarik pasal Paul ni ialah obsesinya terhadap piring hitam. Sehingga artikel ni ditulis, Paul mempunyai koleksi piring hitam sebanyak lebih kurang tiga puluh juta keping piring hitam, manakala Bear pula mempunyai lebih kurang 30 keping piring hitam sahaja. So sapa-sapa yang nak tolak piring hitam yang masih dalam keadaan baik, bolehlah hubungi aku:) Aku lebih kepada artis berkumpulan, tapi kalau Uji Rashid pun takpe jugak:) Paul mula membeli piring hitam semasa dia berumur lapan tahun iaitu piring hitam Frankie Laine yang bertajuk "Jezebel", tapi menurutnya pada umur awal 20-annya yang dia begitu menggila mengumpul piring hitam. Pada umurnya 30 tahun, Paul sudah mengumpul sebanyak 160 000 piring hitam. Kerjanya sebagai jurujual bergerak untuk sebuah syarikat kertas memberi banyak kelebihan kepada Paul dalam aktiviti Paul mengumpul piring hitam ini. Sepanjang perjalanan dalam menjalankan tugasnya, Paul tidak akan melepaskan peluang untuk singgah ke setiap kedai piring hitam yang dijumpainya. Dan selalunya, duitnya banyak dihabiskan disitu. Paul tidak pernah menyimpan duit di bank, tidak pernah juga keluar minum di bar. Selepas pembayaran rumah dan keperluan keluarganya, semua duitnya dilaburkan untuk membeli piring hitam. Sampailah ke satu tahap, bini Paul, mungkin namanya Cik kiah, fed up dengan perangai Paul yang selalunya sangat bawak balik piring hitam ke rumah, kalo bawak balik hand bag tu takpelah jugak. Itu baru piring hitam Elvis Presley, belum lagi piring hitam Wormrot, mahu mengamuk orang utan Cik Kiah nanti. Sebabnya rumah mereka dah penuh dengan piring hitam. Sekali tengok dah macam kedai piring hitam, dua Kali tengok macam gudang piring hitam pun ada. Cik Kiah bagi kata dua, samada Paul pergi lelong kat E-bay piring hitam dia tu, ataupun buka kedai piring hitam. Kalau Paul nak buka kedai piring hitam, Cik Kiah cadangkan Nama kedai tu sebagai "RECORDS RAMA", dan bukanya "ricecooker":) Perniagaan mereka pada peringkat awal agak memberangsangkan, sehinggalah ke tahun 2008, Paul terpaksa menutup kedai kesayanganya itu kerana hasil perniagaannya semakin merundum, ditambah pula dengan faktor kesihatannya yang tak menentu. Paul menghidap penyakit kencing manis, Dan bak kata orang tua-tua tu, kencing manisnya dah naik ke mata, penglihatannya dah terjejas teruk. Salah satu tabiat Paul semasa membuka kedai dulu ialah dia tidak menjual piring hitamnya yang hanya tinggal sekeping, oleh itu dia masih lagi memiliki setiap tajuk yang menjadi koleksinya dulu, semuanya disimpan disatu tempat yang dinamakan 'THE ARCHIVE'. salah satu piring hitamnya yang paling berharga ialah piring hitam 'ROLLING STONE' yang Kini dianggarkan bernilai sehingga sepuluh ribu dollar sekeping, fuh!!. Pasal album tersebut tidak dikeluarkan secara komersil. Nilai koleksi piring hitam Paul sekarang dianggarkan berjumlah 50 juta dollar, tapi orang hanya menawarkan harga serendah tiga juts dollar sahaja, itupun jenis yang kencing kat E-bay je. Sebelum tu ada syarikat yang bernama CD NOW yang berminat untuk membeli koleksi piring hitam Paul ni, kerana menurut mereka, 70% koleksi piring hitam Paul susah untuk dijumpai dimana-mana. Harga yang ditawarkan ialah 28.5 juta dollar. Paul juga Akan menerima gaji sebanyak $100 000 dollar setahun sebagai kurator piring hitam tersebut. Malangnya perbincangan itu tidak menjadi kenyataan apabila syarikat CD NOW mengalami masalah kewangan. Paul ada meluahkan rasa hatinya apabila masyarakat kurang menghargai koleksi piring hitamnya ini. Dalam usahanya mencari rumah baru untuk koleksi piring hitamnya, tak ramai yang tampil membantu. Mereka masih lagi melihatnya sebagai benda dagangan semata-mata, sedangkan ianya adalah satu bahan sejarah untuk rujukan generasi Akan datang. Paul telah menghambakan hampir 70% hidupnya untuk piring hitam, kalau orang lain tak dapat meneruskan usahanya selama ini, dia tak mahu memaksanya. Kenapa Paul sangat obsesif dengan piring hitam adalah kerana menurutnya kualiti piring hitam adalah beratus kali ganda lebih baik berbanding format yang lain, terutamanya format cakera padat. Kalau tak percaya, tanyalah mamat-mamat audiophiles tu:). Kalaulah Paul ni tinggal kat area rumah aku, aku rasa dia tak keberatan untuk memberi sekeping dua piring hitam dia kat aku:), mungkin juga Paul ada menyimpan self-title 7" dari band Hour Of The Stars:). Pengakhiran kisah Paul agak memilukan selagi takde orang lain mengambilalih/membeli koleksi piring hitamnya itu.

Saturday 17 December 2011

BAND: ACTIVE MINDS. TAJUK: BURY THE PAST; BUILD THE FUTURE. (Looney Tunes Records) FORMATS: 7" vinyl.

Rasanya hampir semua orang kenal band Active Minds ni, pasal diaorangni adalah band yang veteran dalam scene DIY ni. Berpengkalan di Scarborough, England, sebuah band yang amat dikenali sebagai satu entiti yang mempunyai idea-idea yang tepu dan suka mengkritik. Hampir 90% perangai manusia dikritiknya termasuklah mereka yang didalam scene itu sendiri. Walaupun band ni hanya dianggotai oleh dua orang ahli sahaja iaitu vokal + gitar dan drum, tetapi serangan sonik yang terbentuk seolah-olah mereka adalah berganda anggota kumpulannya. Side A dengan side B dalam 7" ni adalah agak berbeza stailnya. Side A lebih kepada punkrock yang kotor dengan tiga lagu, manakaka side B pula lebih kepada irama hardcore yang laju sepertinya band Seein Red, dengan sepuluh lagu. Kalau terpaksa memilih, aku pilih untuk mendengar pada side B sahaja, tapi kalau tak perlu memilih, aku takde masalah untuk mendengar pada kedua-dua side at anytime. Satu je yang kurang menarik perhatian aku, cover 7" ni, memang huduh, hanya gambar bangunan hitam Putih je, tak kisahlah nak ikut tradisi band-band stail macamni yang terdahulu pun. Tapi itu jelah yang aku tak puashati pasal 7" ni, selain daripada tak cukup puas mendengarnya , lepasni kena cari diaorang punya LP pulak, rasanya kat Ricecooker ada jual diaorang punya discography cd. Oh ya! Geng Active Minds ni pun pengumpul records yang tegar jugak. 7" ni diriliskan oleh label diaorang sendiri, dan boleh dihubungi di: LOONY TUNES RECORDS, 69 WYKEHAM STREET, SCARBOROUGH, N. Yorks, Y012 7sa, England. www.loonytunesrecords.co.uk. Oh ya! Liriknya didatangkan dalam bentuk booklet, dan ini adalah salah satu liriknya yang rasanya kena bertempek atas muka:- Do you really think grindcore is sexy? "porno grind" has got to be one of the dumbest things i'll ever see. Sounding like a rapist isn't cool, so grow a brain you fucking fool. I you want to truly see the worst that can happen when a band combines aggressive music with a " couldn't give a fuck about anything" attitudes, then "porno grind" is it. This garbage is clearly written by a bunch of testosterone-fuelled males with to much aggression and not enough sense and compassion. Pornography and aggressive music are a bad mix, because they came across as hateful, misogynistic raving. They're not 'art'. I don't need to "lighten up". There is nothing fun , or clever, or entertaining about someone screaming that they want to rape and murder woman. Why is this sort of shit tolerated by anyone? . Itu lirik diaoranglah, Dan kenapa aku memilih lirik ni disini adalah kerana dua-tiga hari lepas kat Facebook Ada dibincangkan pasal "porno grind" ni. Secara asasnya porno grind ni adalah music grind yang berlirikan benda-benda yang berunsurkan kelucahan melampau. Ada Sesetengah individu berpendapat, genre ni wujud sebagai reaksi kepada 'gore grind'. Untuk membicarakan secara 'one-way' macamni pun boleh menyebabkan salah tanggapan di kalangan massa. Harus ada penjelasan yang panjang.

Monday 5 December 2011

T-SHIRT BUNDLE UNTUK DIJUAL.

Band= Mute Math. Warna baju= Putih kuning. Condition= 'B'. Harga= Rm30ppd. Mute Math adalah band dari US yang mempunyai pengaruh muzik dari band-band seperti Muse, Keane dan Radiohead dengan performanceship yang gila. Sila SMS to= 0129221541 (amran). SOLD ALREADY:)