Sunday, 18 December 2011
PAUL MAWHINNEY- PENGUMPUL PIRNG HITAM TERBANYAK DIDUNIA.
Masa aku surf Internet hari tu, aku terjumpa dengan pakcik ni, Nama dia bukan pakcik tukul, tapi Paul Mawhinney. Apa yang menarik pasal Paul ni ialah obsesinya terhadap piring hitam. Sehingga artikel ni ditulis, Paul mempunyai koleksi piring hitam sebanyak lebih kurang tiga puluh juta keping piring hitam, manakala Bear pula mempunyai lebih kurang 30 keping piring hitam sahaja. So sapa-sapa yang nak tolak piring hitam yang masih dalam keadaan baik, bolehlah hubungi aku:) Aku lebih kepada artis berkumpulan, tapi kalau Uji Rashid pun takpe jugak:) Paul mula membeli piring hitam semasa dia berumur lapan tahun iaitu piring hitam Frankie Laine yang bertajuk "Jezebel", tapi menurutnya pada umur awal 20-annya yang dia begitu menggila mengumpul piring hitam. Pada umurnya 30 tahun, Paul sudah mengumpul sebanyak 160 000 piring hitam. Kerjanya sebagai jurujual bergerak untuk sebuah syarikat kertas memberi banyak kelebihan kepada Paul dalam aktiviti Paul mengumpul piring hitam ini. Sepanjang perjalanan dalam menjalankan tugasnya, Paul tidak akan melepaskan peluang untuk singgah ke setiap kedai piring hitam yang dijumpainya. Dan selalunya, duitnya banyak dihabiskan disitu. Paul tidak pernah menyimpan duit di bank, tidak pernah juga keluar minum di bar. Selepas pembayaran rumah dan keperluan keluarganya, semua duitnya dilaburkan untuk membeli piring hitam. Sampailah ke satu tahap, bini Paul, mungkin namanya Cik kiah, fed up dengan perangai Paul yang selalunya sangat bawak balik piring hitam ke rumah, kalo bawak balik hand bag tu takpelah jugak. Itu baru piring hitam Elvis Presley, belum lagi piring hitam Wormrot, mahu mengamuk orang utan Cik Kiah nanti. Sebabnya rumah mereka dah penuh dengan piring hitam. Sekali tengok dah macam kedai piring hitam, dua Kali tengok macam gudang piring hitam pun ada. Cik Kiah bagi kata dua, samada Paul pergi lelong kat E-bay piring hitam dia tu, ataupun buka kedai piring hitam. Kalau Paul nak buka kedai piring hitam, Cik Kiah cadangkan Nama kedai tu sebagai "RECORDS RAMA", dan bukanya "ricecooker":) Perniagaan mereka pada peringkat awal agak memberangsangkan, sehinggalah ke tahun 2008, Paul terpaksa menutup kedai kesayanganya itu kerana hasil perniagaannya semakin merundum, ditambah pula dengan faktor kesihatannya yang tak menentu. Paul menghidap penyakit kencing manis, Dan bak kata orang tua-tua tu, kencing manisnya dah naik ke mata, penglihatannya dah terjejas teruk. Salah satu tabiat Paul semasa membuka kedai dulu ialah dia tidak menjual piring hitamnya yang hanya tinggal sekeping, oleh itu dia masih lagi memiliki setiap tajuk yang menjadi koleksinya dulu, semuanya disimpan disatu tempat yang dinamakan 'THE ARCHIVE'. salah satu piring hitamnya yang paling berharga ialah piring hitam 'ROLLING STONE' yang Kini dianggarkan bernilai sehingga sepuluh ribu dollar sekeping, fuh!!. Pasal album tersebut tidak dikeluarkan secara komersil. Nilai koleksi piring hitam Paul sekarang dianggarkan berjumlah 50 juta dollar, tapi orang hanya menawarkan harga serendah tiga juts dollar sahaja, itupun jenis yang kencing kat E-bay je. Sebelum tu ada syarikat yang bernama CD NOW yang berminat untuk membeli koleksi piring hitam Paul ni, kerana menurut mereka, 70% koleksi piring hitam Paul susah untuk dijumpai dimana-mana. Harga yang ditawarkan ialah 28.5 juta dollar. Paul juga Akan menerima gaji sebanyak $100 000 dollar setahun sebagai kurator piring hitam tersebut. Malangnya perbincangan itu tidak menjadi kenyataan apabila syarikat CD NOW mengalami masalah kewangan. Paul ada meluahkan rasa hatinya apabila masyarakat kurang menghargai koleksi piring hitamnya ini. Dalam usahanya mencari rumah baru untuk koleksi piring hitamnya, tak ramai yang tampil membantu. Mereka masih lagi melihatnya sebagai benda dagangan semata-mata, sedangkan ianya adalah satu bahan sejarah untuk rujukan generasi Akan datang. Paul telah menghambakan hampir 70% hidupnya untuk piring hitam, kalau orang lain tak dapat meneruskan usahanya selama ini, dia tak mahu memaksanya. Kenapa Paul sangat obsesif dengan piring hitam adalah kerana menurutnya kualiti piring hitam adalah beratus kali ganda lebih baik berbanding format yang lain, terutamanya format cakera padat. Kalau tak percaya, tanyalah mamat-mamat audiophiles tu:). Kalaulah Paul ni tinggal kat area rumah aku, aku rasa dia tak keberatan untuk memberi sekeping dua piring hitam dia kat aku:), mungkin juga Paul ada menyimpan self-title 7" dari band Hour Of The Stars:). Pengakhiran kisah Paul agak memilukan selagi takde orang lain mengambilalih/membeli koleksi piring hitamnya itu.
Labels:
Paul Mawhinney.,
Piring hitam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment