Friday 20 January 2012

REVIEW ALTAR ZINE #3.

Pada pemahaman aku, zine Altar ni adalah kronologi daripada zine2 yang dihasilkan oleh editornya iaitu Talib Joe sebelum ini, seperti zine No More Tears Dan Prasasti hujung Langit. Maaf kerana aku tak dapat membuat perbandingan antara zine Altar dengan zine2 yang sebelum ni, pasal aku tak pernah membaca pun zine2 Talib yang lepas2 tu. Yang ini pun, aku berjaya dipujuk membelinya oleh covernya yang cantik berwarna-warni tu, yang di hasilkan oleh sang vokalis Blood On Weeding Dress itu. Interview yang panjang lebar dengan beliau pun Ada dimuatkan dalam zine ini. Selain itu ada interview dengan kugirannya Trash Ohoiii, Sista Sekunden serta beberapa orang personil yang membincangkan tentang vegetarian, dan critical mass secara am-nya. Juga menampilkan penulisan2 karangan pendek oleh kawan-kawan yang selalu menulis untuk zine Shock & Awe, dan tidak keterlaluan kalau aku simpulkan bahawa zine ini banyak dipengaruhi oleh zine Shock & Awe dari segi susunatur dan persembahannya, walaupun tidak dapat lagi setanding dengan zine itu. Dari segi isi kandungan, bagi aku masih lagi biasa -biasa. Susunatur dan persembahannya yang banyak menyelamatkan zine ni. Satu zine yang tidak berserabut dan sudah tentulah sedap mata membacanya. Diharapkan akan ada kesinambungannya selepas ini. Sila hubungi tuan editornya disini untuk sebarang urusan yang berkaitan: altardanaksara@gmail.com.

No comments:

Post a Comment