Friday, 30 August 2013

REZEKI USOP DAN SINGA

"JAWATAN KOSONG! PENJINAK SINGA SARKIS. GAJI RM1K SETIAP SHOW!".
Usop baca separa kuat apa yang tertulis di selembar manila kad merah yang di tampal pada sebatang pokok di tepi kedai nasi lemak Mek Nani, tempat dia baru aje habiskan tiga bungkus nasi lemak tu. Walaupun belum ada pengalaman dalam hal-hal menjinakkan singa ni, tapi gaji yang di tawarkan yang setaraf dengan gaji menteri-menteri tu begitu mencuri perhatian Usop.
"mungkin diaorang akan hantar aku pergi berkhursus dulu kat Sweden kot. Paling koman pun, mesti aku akan diajar dulu teknik-teknik menjinakkan singa sarkis tu", bisik hati Usop, cuba merasionalkan keadaan.

Usop terus menelefon nombor telefon yang tertera di atas iklan jawatan kosong tersebut. Panggilannya bersambut, dan selepas bercakap lebih kurang dengan orang di sebelah sana, terus dia di minta datang ke tempat berlangsungnya sarkis itu. Tempatnya tidak jauh dari kampung Usop, cuma sejam perjalanan aje kalo dengan menaiki motorsikal. Dah rezeki di rasakan terhidang depan mata tu, Usop pun bersetuju untuk pergi ke tempat sarkis tu dalam masa tiga jam lagi.

Usop kembali seketika ke rumahnya untuk menyiapkan dirinya sendiri. Selepas mandi ala kadar seperti seekor kangaroo, terus dia mengenakan jeans koyak dan baju belang lengan panjang, persis mendiang Kurt Cobain. Sebelum melangkah pergi, di sarungkan pula kasut Doc Mart Cherry Red lapan lubang ke kakinya, barulah lengkap pakej berdressingnya hari tu. Ni kalo anak dara JKK kampungnya tengok pun mesti tangkap cintan punyalah. Terus dia menghidupkan motorsikal EX5nya dan menuju ke destinasi asalnya dengan harapan penuh di dada. Dalam perjalanan tu, Usop berkoya,"kalo gaji aku dah RM1 ribu
satu show, jangan kata nak kawin dengan anak JKK kampung aku, nak kawin dengan Emma Maembong pun cerah masa depan."Usop tersengih sorang-sorang atas motorsikalnya, menampakkan giginya yang kekuningan itu.

Sesampainya di tapak sarkis tersebut, Usop terus berjumpa dengan pengurus tempat itu.
"Encik, nama saya Usop, yang call mintak kerja sebagai penjinak singa pagi tadi", Usop memperkenalkan dirinya, ramah dan ringkas. Maklumlah Usop ni dalam temuduga jugaklah tu.
"panggil saya Bang Berahim, saya pengurus tempat ni dan juga penjinak singa nombor dua, jika ada apa-apa terjadi pada penjinak singa nombor satu, sayalah yang akan mengambil alih peranannya", jawap brader bermisai bergulung ke atas tu. Mukanya manis, tapi kemanisannya sedikit tenggelam oleh misai gulungnya itu.
"kalo macam tu, saya akan menjadi penjinak nombor satu lah Bang Berahim? Mudah ke susah untuk menjinakkan singa ni?", tanya Usop bertalu-talu".
"Tak susah mana pun nak menjinakkan singa ni. Kita dapat pun singa yang dah terlatih, jinak macam seekor kucing. Cuma ada satu petua aje yang perlu di patuhi sebelum setiap persembahan", kata Bang Berahim sambil membuat muka otai yang nak raging freshie.
"Apa dia petua tu Bang Berahim?", lagi-lagi Usop tanya.
"Singa ni kita kena bagi dia makan dulu, barulah lepas tu dia ikut segala arahan kita. Tapi dia makan spesel sikit...", Bang Berahim memberi informasi tak lengkap.
" Sebelum ni dah berapa ramai yang kerja penjinak singa kat sini Bang?", lagilah Usop tanya.
"Sebelum kamu ni, ada tujuh orang dah. Kalo kamu setuju nak jadi penjinak singa dengan gaji yang di nyatakan tu, petang esok kamu boleh datang. Malam ni kita off, pasal malam ni malam jumaat", Bang Berahim menegaskan.
"Saya setuju bang! Esok saya datang. Boleh saya tengok dulu singa yang nak di jinakkan tu bang?", pinta Usop sambil tersengih.
"Takde hal! 'Dia' pun mungkin nak tengok kamu jugak tu. Kamu pegi ikut lorong ni, dan belok ke kiri dan kamu akan jumpa kandang singa tu", kata Bang Berahim sambil tangannya menunjukkan pada satu laluan di belakangnya.

Usop pun mengikut jalan yang dinyatakan itu, selepas simpang ke kiri itu terus dia ternampak seekor singa di dalam satu kandang. Singa tu memang besar, sebesar seekor bapak kerbau. Bulu-bulu di sekeliling kepalanya mengembang macam rambut Big-Mama, tapi rambut Big-Mama lagi ganah. Singa itu berdiri tak keruan aje.
Usop tersengih memandang singa tu," mungkin rezeki aku ada disini, 1k satu show tu, kat mana lagi nak cari", kata Usop sendirian.
"memang rezeki aku ada depan mata ni, tinggal satu hari aje untuk aku puasa", kata singa itu pula dalam hatinya.
Air liurnya menitik:)

No comments:

Post a Comment