Menemani seseorang membeli pakaian raya adalah sah-sah tidak menyelerakan langsung. Selain ianya bukan satu aktiviti lasak, ia pasti akan sedikit-sebanyak menganggu-gugat kuantiti tidur di siang hari sang peneman. Lebih-lebih lagi kalo yang nak shopping tu adalah isteri kita, lagilah kita rasa cam nak tampor aje tokey kedai shopping tu.
Beberapa hari lepas, dengan sisa-sisa semangat seorang suami mithali, aku telah menemani my-other-half pergi shopping tudung kat pasaraya Tunas Manja. Dan tolong jangan tanya aku pasal apa pasaraya tu di namakan Tunas Manja, dia tak letak nama mencarut pun dah kira bagus sangat tu. Di sebabkan aku tak suka dengan scene shopping, berhimpit-himpit kat tengah orang ramai, maknanya aku tunggu kat luar aje. Lelaki-lelaki yang menemani perempuan shopping tu biasanya yang masih dalam status aweks-balaks aje.
Selepas lebih tiga jam masa tidur di siang hari aku di gantikan dengan aktiviti picit jerawat dan baca sms lama kat henset, my-other-half keluar dari pasaraya tu dengan membawa sebungkus plastik. Tudung gamaknya tu. Tiga jam di perlukan untuk membeli tudung sahaja? Mereka memang mempunyai tahap imunisasi yang tinggi kan? Sambil-sambil tu my-other-half ada menunjukkan sepeket angpau kosong yang tercetak nama pasaraya tu dan juga gambar ketupat. Walaupun aku bukannya nak tahu sangat jawapannya, tapi sekadar nak buat topik berbual, aku bertanya:
"dapat free ke?", merujuk kepada angpau tadi.
Lantas bermulalah satu hikayat, my-other-half menjawab:,
"Mana ada lagi barang free sekarang ni bang. Roti berkulat pun ada harga, inikan pula pot-pet pot-pet.......... Bla bla bla bla............
Aku tak tahu bila my-other-half berhenti membebel, tapi masa motor masuk gear dua pun hikayatnya masih berkumandang.
Aku cuma tanya tiga perkataan je.
T.I.G.A!
No comments:
Post a Comment