Wednesday, 30 November 2011

NO TURNING BACK LIVE IN KL

Ni pulak flyer untuk show No Turning Back kat KL, kalau tak silap diaorang Akan buat kat Rumah Api. Semalam aku call diaorang, cakap gig tu on je. Nak confirm, kau call sendiri nombor ni>0122250762. korang dah kena start exercise boh:)

END OF YEAR FLYER GIG #2

Yang ni flyers dia memang emo pecah ginjal! Macam flyers zaman emo-emo dulu. Kalau zaman-zaman thrash tak boleh buat flyers macam ni:)

Tuesday, 29 November 2011

UPCOMING GIG

Yang mana satu idaman kalbu? Duit pulak takde:) tapi band dari Australia tu nampak cam menarik je, ada campur-campur metal gitu. Bulan January, sempat lagi kumpul duit ni, jual besi buruk pun okay jugak:)

METALUCIFER-Heavy Metal Bulldozer. (Witchhammer Production) CD.

Heavy metal yang terlampau. Memang melampau gila. Bayangkan, terdapat sepuluh buah lagu dalam cd ni, dan kesemua tajuknya dimulakan dengan perkataan 'heavy metal'. Tapi ada kisah disebaliknya mengapa diaorang ni berbuat sedemikian, kononnya pada zaman sebelum internet dulu informasi pasal heavy metal ni susah nak dapat kat Japan, diaorang nak check-out pasal band-band baru pun susah. Jadi, diaorang belek-belek records kat kedai, diaorang just check tajuk lagu je bagi band-band yang belum tersohor lagi, kalo ada perkataan 'heavy metal' tu, kira boleh dibeli lah. Kiranya Sekarangni Metalucifer meneruskan tradisi dulu-dulu punyalah. Bukan tajuknya saja, liriknya pun pasal kehidupan mat heavy metal kental. Untuk rilisan Heavy Metal Bulldozer ni, ianya dikeluarkan secara tiga edisi. Satu edisi Europe, satu edisi berlirikan bahasa Japan, dan edisi yang ada dengan aku ialah edisi yang berlirikan bahasa English. Line-up untuk edisi bahasa Japan dan English adalah sama, tapi berbeza dengan edisi Europe walaupun tajuk albumnya masih lagi sama. Atau mungkin masih orang yang sama, cuma tukar stagename kot! Rilisan ini dire-riliskan oleh banyak label, dan apa yang aku ada Sekarangni adalah versi dari Thailand. Dire-riliskan dengan kebenaran, bukan main cetak rompak je. Itupun sudah menunjukkan betapa hebatnya band three piece yang berasal dari negara matahari terbit ni. Kepada mereka yang kurang mengikuti band ni, Metalucifer adalah band yang terhasil dari band metal tersohor Japan iaitu Sabbat, tapi dari segi muzikalnya Metalucifer lebih kepada irama NWOBHM. Satu lagi kreditasi yang tinggi untuk heavy metal warrior ini. Dinobatkan sebagai band heavy metal terbaik yang pernah dilahirkan di Japan. Majalah metal tersohor, TERRORIZER mengiktiraf album heavy metal bulldozer ni dalam senarai sepuluh album heavy metal terbaik didunia yang pernah dikeluarkan dalam abab ni. Album ni diriliskan dalam tahun 2009. Apa yang ada ditangan aku ialah versi digipack cd yang disertakan sekali dengan helaian lirik dan gambar-gambar anggota band yang hebat ini, yang memang beraurakan heavy metal 80an, apa lagi kalau bukan jaket tanpa lengan yang penuh dengan patches, bullet belts and metal spikes sudah tentu. Kalau anda seorang pengikut irama heavy metal, album ini adalah satu kewajipan untuk dimiliki. Mandatory. Ini adalah heavy metal geng! Liar dan angkuh! Apa saja kreditasi keatas mereka selama ni adalah benar belaka. Ini adalah rilisan berhantu dan membangkitkan gian pernah aku miliki. Kalau korang tak beli rilisan ini pun takpe, cuma jangan bertanya pasal band ini setiap Kali ternampak patchesnya terjahit dijaket-jaket tanpa lengan itu, kalau tidak... (Sebenarnya review yang aku tulis ni ada diterbitkan dalam zine DRSA#12, aku ambil semula, tambah serba-sedikit dan publishkan kat sini. Jangan lupa dapatkan DRSA#12 dan yang terakhir tu). E-mail:witchhammer666@hotmail.com. www.whp666.com

Monday, 28 November 2011

EPIDEMICS-No reply 7"(yellow dog records)

Kalo mengikut sejarah punkrock moden , Epidemic adalah bangkit Dari abu band punkrock Disconvenience, aku tak dapat nak mengaitkan sangat persamaan bunyi antara dua band ni pasal aku tak pernah pun dengar camner bunyinya band Disconvenience tu, tapi apa yang aku tahu aku Suka apa yang aku dengar dalam EP ni.Empat orang punkrockers ni main irama punkrock yang sungguh cacthy, dengan vokalis wanita terus mengingatkan aku kepada band Psycho Sonique yang berasal dari Singapore masa aku muda-muda dulu:)Empat lagu dalam 7"ni, semuanya catchy belaka dan diselitkan solo-solo gitar yang chantek! Tidak mustahil didalam koleksi records diaorangni ada records Joan Jet, X-ray specs, dan Ramones.selalu sangat layan punx sound kotor, apa kata layan punk ringan-ringan pulak.Kalo kat Malaysia, Cactus Records ada rilis ep ni dalam bentuk tape, boleh disarankan kalo sesekali rasa nak cuci telinga tu. Satu benda yang aku nak komplen pasal 7"yang aku dapat ni ialah tiada lirik disediakan, memanglah diaorangni nyanyi stail clean vokal je, dan patah perkataannya dapat didengar dengar mudah tapi kalo disertakan dengan lirik,ianya Akan lebih class lagi. Rasanya rilisan ni adalah bersama dengan Waterslide Records Japan, dengan cover yang menarik dan yang aku punya adalah white colour vinyl. Ko ada ke?untuk menambahkan lagi point, band ni berasal dari Umea, Sweden. How sweds it is:) Bak kata Boboiboy- terbaik!

Sunday, 27 November 2011

Testing 1234!

Ni percubaan je nak buat blog, dah lama jugak r try tapi tak dapat - dapat. Harap2 Kali ni menjadi, kalo menjadi zheng you arigato to Farid dan Fazri yang banyak membantu , aku nak setting sendiri blog ni pun bukanya pandai sangat.Aku ingat nak buat blog ni pasal apa sajalah yang aku rasa nak tulis,stail diari gitu.macam zine zaman dulu2, bercakap pasal zine ni, ko dah baca zine Masked Reader yg latest punya?menariklah jugak bagi aku,walaupun tak dapat melawan isu2 nya yg sebelum ni.part yg best dalam zine ni bagi aku masih lagi part review, Parid yg buat, bukan aku nak kissing ass, tapi review yg Parid buat memang enak untuk dibaca, dan aku baru tahu yg Parid ada buat blog jugak iaitu WASTEDCORE, sila pegi check kat blog tu,memang tak menyesal, lebih2 lagi kalo korang memang into hardcore kotor dari Japan. Aku tahu blog Parid pun dari zine DRSA yg latest jugak, latest dan terakhir. Isi kandungan yg terakhir ni takde emo2 punya, masih lagi isu2 yg serius. Dan masih lagi aku tak faham kisah pasal ayam tu, ada maksud yg tersirat semestinya:) bunyi macam bodek member2 sangat ke tulisan pertama ni?aku pakai tulis yg terlintas je, tengah berlajar ni.kalo Ada apa2 kesalahan macam ejaan ke, harap dimaafkan. Got try to publish this, see you next time and zhang you arigato.