Saturday, 31 March 2012

TARIAN TIANG SATU MALAYSIA.

Ayuh kita goyang lagi dong!

ULASAN ZINE:.DEAD PIGS#4 split GRIND YOUR ASS#6 | DEAD PIGS#5. (MALAYSIA, BI).

Dua buah zine aku ulaskan sekaligus kerana ianya berkait rapat. Zine pertama ialah zine Grind your ass#6 yang berasal dari Temerloh dan kalau tak silap aku dikemudikan oleh salah seorang line-up band Rotgut. Ini adalah pengalaman yang perdana aku membaca zine ini, majoritinya adalah berkisar tentang scene grind. Ulasan-ulasan stuff grind yang banyak dan terdapat interview dengan band Hellterror, Grin(d)amage, C.s.m.d., dan Nuisance drilled. Hasil yang boleh tahan bagi aku, walaupun kurang memberi inspirasi. Aku pun layan grind jugak, tapi jika terlalu banyak benda yang sama dalam satu-satu masa tu, aku jadi cepat bosan. Well, review are fucking subjectives. Like it or not, do I give a fuck? . Untuk zine Dead Pigs#4 pula terdapat interview dengan band Black Shape Of Nexus (Germany), Krosot (Malaysia), dan Moss. Manakala Dead Pigs#5 pula menampilkan interview dengan band Atomgevitter, Comadre, Family man dan Michael Crafter. Seperti biasa, terdapat ruangan ulasan musick(?) dengan stok yang banyak sekali. Sejujurnya aku nak menyukai zine ni lebih dari yang sepatutnya, tapi tidak boleh. Semasa membaca zine ni, ada beberapa kesimpulan yang boleh aku buat dengan jujur mengenainya, iaitu:.
1)editornya sangat mengemari irama grindcore, terutamanya dari band SMG. And there's nothing wrong with that's.
2)editornya sangat tidak menyukai band Young And Dangerous. And there's nothing wrong with that's.
3)Dead Pigs#5 menampilkan mutu zerox yang paling teruk yang aku dapat dalam tahun ini. Sangat kelabu, dan disetiap mukasurat ada sahaja part yang langsung tak dapat dibaca.
4)Dead Pigs#5 menampilkan tulisan yang paling kecik untuk zine, yang pernah aku jumpa. Font yang kecik + zerox yang kelabu= senarai najis.
5)editor Dead Pigs adalah seorang yang Otai, (berdasarkan dari penulisannya:)).
6)gambar cover untuk Dead Pigs#4 dan #5 adalah yang jenis ntah apa-apa. Aku sendiri pun tak tahu apa benda dalam gambar tu. Jadi kat sini aku bagi gambar yang boleh membangkitkan nafsu sikit:), untung-untung boleh buat modal:).
Sori kerana ulasan aku lebih kepada unsur luaran sahaja. Lay-out yang teruk, membataskan ulasan aku. Ini bukanlah satu serangan peribadi. Tetapi apabila sesuatu hasil itu teruk, aku akan mengatakannya memang teruk. Sebuah issue yang tidak berbaloi untuk dimiliki.
Okay! Band Young and dangerous memang dah lama masuk dalam senarai najis aku:).
(27 march 2012)

Friday, 30 March 2012

ULASAN ZINE:.RAZORCAKE #66. (USA, BI)

. Zine ini ada sedikit mengingatkan aku kepada zine hebat Heartattack, cuma yang ketara membezakannya ialah genre atau stail band yang diinterviewnya. Mungkin jugak band dari stail yang sama, cuma stail interviewnya yang berlainan. Untuk Kali ini, interviewnya lebih berputar kepada cerita-cerita mabuk, atau cerita-cerita sosial sesebuah band tu. Paling tidak pun, itulah yang aku baca dalam interview dengan band Neighborhood brats, satu-satunya interview dalam zine ni yang aku baca. Satu interview yang mengantuk, dan oleh kerana sebab itu jugalah aku jadi tidak tertarik untuk membaca interview selebihnya. . Dari segi artikel pula, banyak ditampilkan disini. Majoritinya menarik belaka. Bagi aku disinilah kekuatan zine ni. Ruangan review pun tidak menghampakan, cuma untuk music reviewnya, kebanyakkan material yang diulas adalah bukan dari kesukaan aku. Review untuk buku memang menarik, membuatkan aku terasa ingin membeli kesemua buku-buku yang direview itu. . Ada komen mengatakan yang zine Shock and awe adalah versi zine ni dari malaysia, tapi aku lebih menggemari zine Shock And Awe dari zine Razorcake ni, mungkin Shock And Awe lebih bersifat ke-lokal-an sikit. Anyway, untuk zaman yang orang dah semakin kurang buat zine bercetak ni, zine ni memerlukan sokongan dari kita semua. Oh ya! ada banyak Jugak iklan didalam zine ni, itu tandanya support dari pihak-pihak tertentu. . Untuk membelinya boleh hubungi mereka terus, atau untuk lokal order, boleh bertanya dengan Pissart distro, mungkin diaorang masih ada stock ini.
(26 march 2012)

Saturday, 10 March 2012

IT'S FRIDAY I'M IN LOVE

What's comes around, comes around. Semalam aku ada mendapat satu Surat dari kemaman. Suratnya agak biasa, ada kiriman stiker dan patches untuk aku. Pengirimnya agak istimewa, Farid Crysis. Kenapa istimewa? Lebih kurang 7,8 tahun lepas, Farid, Aniq dan beberapa orang lagi geng dia yang selalu Kirim Surat dan order stuff dari aku. Ketika itu, aku menguruskan Ronin Distro. Kalau ada surat dari kemaman yang sampai, sudah tentu geng-geng ni yang mengirimnya. Dan sekarangni, Ronin dah tiada, apa pula yang jadi dengan mereka? Mereka adalah penggerak scene disana. Ada records label, ada kolektif, buat zine, buat gigs dan pergi rumah komunitas Taring Babi. Okey! Yang terakhir tu hanya Aniq sahaja. Agaknya siapa yang biasa berhubungan dengan mereka sekarang ni? Untuk kita tengok dalam 7,8 tahun akan datang:)

Sunday, 4 March 2012

ULASAN BUKU: PUNK ROCK-DISEBALIK FESYEN & MUZIK BISING.

Aku adalah orang yang selalu terlewat, rasanya buku ni dah diterbitkan awal tahun ini, tapi aku hanya mendapatkanya dalam seminggu lepas, itu pun pasal Shabri ada jual, kalau tak, mungkin aku belum memperoleh buku ni. Membaca tajuk buku ini pun anda sudah boleh membuat ulasan kasar sendiri tentang intipati didalamnya. 'Boh jahat' untuk publikasi ini adalah saudara Nizang Mosh Dan Dhani Ahmad, entiti yang tidak asing lagi dalam dunia penerbitan DIY dan punkrock. Dengan 131 mukasurat dan cover yang agak keras Dan berwarna-warni boleh membangkitkan semangat aku untuk membacanya, lebih-lebih lagi majoriti penulisnya adalah individu-individu yang aku kenal, jadi timbul perasaan ingin tahu apa yang terbuku didalam kepala hotak kawan-kawan ni. Nizang sebagai tok penghulu buku ni kurang menendang bontot persembahannya, bukan coretannya tidak menarik, tapi bagi aku yang dah biasa baca zine MOSH, aku rasa macam ada pengulangan cerita disini dengan yang didalam Mosh (atau zine lain terbitan Nizang). Kepada yang baru pertama sekali berkenalan dengan dengan Nizang (ini mustahil) penulisan disini tidak kurang menariknya untuk dibaca. Membaca tulisan Din Roots pula, membuatkan aku rindu balik untuk membaca zine Roots ( selagi Din tidak bercerita pasal kereta, that's when aku jadi mengantuk). Siapa tak kenal Din Roots kan? Dia boleh mengarut dengan bijak sekali, dan lepas tu kita akan berkata, betul jugak tu:) Zaki juga menulis dengan bagus sekali, pensyarahlah katakan:) tapi bagi aku, senarai band-band yang diberikan terlampau banyak, bagai mencuri ruang pula:). Cikgu Fazri menulis pasal sesuatu yang berlegar sekitar A//mince infoshop. Agak kurang menyengat bagi aku atas alasan, aku ada disitu, jadi aku dah tahu cerita tu. Tapi bukan penulisannya yang tidak bagus:) sesuatu yang menarik di (hampir) setiap penulisan tidak formal Fazri ialah dia suka memasukkan dialek-dialek Terengganu kuno:), sebagai seorang rakyat Terengganu, aku pun jarang-jarang dengar orang mempertuturkan dialek tersebut. Mungkin sepuluh tahun dari sekarang rakyat Terengganu Akan semakin berkurangan menggunakan dialek-dialek tersebut.orang kuala Berang pun dah tak sebut jagoang lagi:) tahukah anda apa makna Sebenarnya perkataan Brayok? Shabri adalah adik kepada Fazri, dua-dua adalah cikgu, adik-beradiknya yang lain pun ramai yang jadi cikgu. Satu profesion yang dipandang tinggi suatu ketika dahulu. Shabri bercerita sambil minum kopi bersama Ah Meng, Ravi dan Masjono. Wah! begitu 1malaysia semangatnya, Ada harapan dapat gelaran Dato ni:)Dhani, Nan, Wolf dan Hafeez menulis dalam keadaan yang agak 'ketat', tapi masih lagi dengan stail masing-masing. Kesimpulannya, majoriti penulis disini menulis pasal their good old days. Mungkin ianya Ada hubung kait dengan saranan keatas penulis itu sendiri apabila projek ini hendak dimulakan. Tak begitu ke Nizang? Apa yang kau cadangkan penulis ni tulis, masa mula- mula bagi projek ni? Membaca profil penulis juga agak menarik, separuh dari penulisnya adalah tenaga pengajar, separuh lagi adalah golongan professional yang berjaya. Siapa kata punkrockers tu golongan tak berguna. Kebanyakkan golongan punk yang sudah bekerja sekarang adalah datangnya dari generasi X, dan golongan generasi X inilah yang sekarang ni memduduki posisi-posisi pentadbiran negara. Menjadi salah satu jentera pentadbiran negara. Sepuluh tahun dari sekarang, Punk tidak akan di pandang hina lagi. Kalau masih lagi, itu bersertakan agenda tersembunyi. Tak banyak buku (atau mungkin tiada langsung) yang mendokumentasikan pasal budaya punk di Malaysia, tidak mustahil buku ini akan menjadi rujukan di masa harapan. Sejarah tercipta hari ini, siapa yang menciptakannya? Anda semua. Sesiapa yang bergelar Punk, patut ada buku ni. Sesiapa yang suka membaca, patut ada buku ni. Sesiapa yang pernah jadi scenester kat KT, patut ada buku ni. Sesiapa yang pernah tulis dalam guest book kat A//Mince dulu, patut ada buku ni. Sesiapa yang pernah buat zine, patut ada buku ni. Kepada yang dah sell-out scene, wajib ada buku ni. Kalau takde? Tak menjadi kesalahan pun:). Kalau boleh, beli lah buku ni, jangan curi, jangan ikut yang Zaki tulis tu:) selamat membaca, and thanxs