Semalam lepas gua pusing-pusing kat kedai-kedai bundle kampung gua, mulut gua rasa nak makan pulak walaupun perut gua tak meminta. Disebabkan semalam hari jumaat, jadinya tak banyaklah kedai makan yang buka, tapi berkat penat lelah gua pulas trottle motorsikal gua, terjumpalah gua sebuah kedai makan orang Siam kat area Gong Badak ni. Kedai masakan panas/tomyam. Fakta:. Lebih-kurang 95 peratus kedai makan masakan panas/tomyam kat area kampung gua dimiliki oleh orang Siam. Kedai makan yang gua baru sampai ni jika dilihat dari luar kelihatan tersusun kereta motor, menandakan bilangan pelanggan yang ramai pada hari itu.
Gua parking motorsikal gua kat bawah pokok, pokok apa pun gua tak tahu namanya, pasal gua tak sempat nak buat penyelidikan tentangnya. Terus gua menuju untuk masuk kedalam kedai berkenaan, belum sempat masuk gua terserempak dengan dua orangni, gaya macam mat indie. Diaorang senyum, selepas gua confirm takde orang lain kat belakang gua, gua balas balik senyuman diaorang tu. Gua tak kenal pun diaorang ni, mungkin diaorang suspek kat gua pasal time tu gua pakai tshirt band Social Distortion. Atau mungkin pasal diaorang tergoda dengan keseksian gua memakai seluar pendek. Ataupun mungkin pasal diaorang ni pernah baca blog gua, walaupun kemungkinan itu tipis-tipis sahaja. Salah seorang dari mereka menegur, bertanya gua, "bro nak pegi makan ke?",belum sempat gua menjawab, mamat tu menyambung lagi,"saya cadangkan bro order nasi goreng ayam merah", kata mamat tu sambil membuat muka konfiden sambil membuat tangan stail lambang kacang cap tangan. Gua senyum aje.
Gua masuk kedai, cari kerusi meja, terus duduk. Sambil baca menu, gua buat lagak stail Aoron aziz dalam filem KL Gangster. Kurang-lebih lima minit kemudian, pelayan pun sampai, gua order air milo ngan nasi goreng ayam merah berdasarkan cadangan mamat tadi, walaupun yang sebenarnya gua rasa nak makan nasi goreng Sweden. Seketika kemudian, air milo pun sampai. Kurang-lebih 20 minit kemudian nasi goreng ayam merah pun menyusul, time tu air milo gua dah tinggal separuh. Tapi yang lebih kindsadis aritu adalah nasi goreng ayam merah itu sendiri. Nasinya hanyalah nasi goreng kosong yang digaul tidak rata, ada 10 peratus lagi bahagian nasi yang masih putih-putih. Ayam merahnya pula hanyalah dalam empat-lima ketul isi ayam yang sebesar kurang-lebih seinci setiap ketulnya, yang dimasak didalam kuah berwarna merah yang sekali rasa macam sos tomato hidup-hidup. Gua makan jugak separuh hati, kalo gua memercok dan tak makan, gua tetap kena bayar jugak, oleh itu lebih baik gua telan aje.
Sambil-sambil telan tu, gua teringat kat mamat dua ekor tadi. Tobat kalo jumpa balik mamat tu, gua buang angin tayar motor dia. Masa tu baru diaorang kenal sapa itu Norifumi Abear:)
No comments:
Post a Comment