Saturday, 11 May 2013

MISSION 666 (8) GHOST: OPUS EPONYMOUS.

Secara jujurnya, aku masih baru lagi mendengar band Ghost ni, album Opus Eponymous ini adalah satu-satunya album dari diaorang yang aku pernah dengar. Mereka baru sahaja meriliskan album terkini, tapi aku belum lagi berkesempatan mendengar hasil kerja mereka itu. Ghost, ataupun dikenali juga sebagai Ghost B.C di US sebenarnya berasal dari Sweden. Sebuah negara yang kalo dikira jumlah perkapita rakyatnya yang tidak ramai mana itu memungkinkan kesemua mereka pernah bermain dalam bands! Entah apa yang menjadikan mereka begitu hebat pun aku tak tahu, mungkin disebabkan banyak makan meatballs kot:)

Tidak dapat dinafikan, imej banyak membantu kejayaan band yang ditubuhkan sekitar tahun 2008 ini. Vocalistnya yang menggunakan nama samaran Papa Emeritus tampil dengan imej jahat, berjubah dan mengecat muka seperti tengkorak. Manakala pemuzik lainnya yang dikenali hanya sebagai Nameless Ghouls pula sentiasa tampil berjubah hitam, menyembunyikan identiti. Kadang-kadang aku rasakan imej diaorang ni agak keterlaluan dan tidak seiring dengan muzik mereka. Oh! Muzik mereka, ianya lebih kepada sound 70-an di saat irama heavy metal mula terbentuk, dengan pengaruh band-band seperti Black Sabbath dan Mercyful Fate antaranya. Cara penyampaian vocal adalah dengan stail clean vocal yang bermelodic dan berhooks! Sound mereka juga didominasikan dengan bunyi bass yang padu dan bunyi organ yang vintaj. Peranan drum dan guitar juga sempurna pada setiap sudut.

Apa yang paling ketara membezakan band Ghost dengan band-band heavy metal yang lain, selain dari imejnya-sudah tentu, adalah penggunaan lyrics yang lebih berunsurkan satanism. Mungkin disini rasionalnya imej mereka itu. Bagaimanapun, imej yang misteri itu memang menguntungkan mereka, walaupun kadang-kala terasa seperti over-hype. Ghost pada dasarnya mengitar semula irama-irama heavy metal yang vintaj, tapi dengan kepakaran Sweden menjadikan bahan kitar semula itu sesuatu yang segar dan seperti baru. Alaaa... Sweden, kedai perabut pun diaorang boleh hypekan sampai beratur rakyat Malaysia nak masuk kedalamnya.

Untuk seorang yang biasanya mendengar stail vocal growl dan grunt, ini bukanlah satu cinta pandang pertama buat aku, tapi lepas dengar dua, tiga Kali, iramanya terus melekat dalam kepala aku. Seperti satu ketagihan makan roti canai setiap pagi pun ada:)

1 comment:

  1. huiyo, power power bro, gua sampai Big 4 je boleh masuk, heheh, yang lebih advance ni kena banyak belajar lagi

    ReplyDelete