Penulisan berikutnya adalah satu petikan temuramah yang aku dapat dari zine yang dah agak lama, walaupun begitu aku rasakan temuramah dengan band Vitamin X ini agak menarik, ianya berkenaan dengan isu downloading dalam scene hardcore itu sendiri. Sama-samalah kita ikutinya:-
Soalan:-Dengan lukisan cover yang dihasilkan oleh John Baizley dari Baroness, rakaman pula oleh Steve Albini, menunjukkan kamu telah memberikan usaha dan tenaga yang bukan sedikit untuk album ini, tapi apabila aku pergi ke website kamu, kamu juga menjual digital downloads lagu-lagu Vitamin X disitu. Ianya sedikit ironic kerana kamu mempunyai album yang sempurna pakejnya, kerana seperti yang sudah diketahui umum dengan digital formats soundnya adalah tidak bagus, dan tiada packaging/artworks yang disertakan sekali. Jadi apa penjelasan kamu mengenai penyebaran album dengan cara digital (downloading) ini?
Alex:-kami telah banyak berdiskusi tentang isu downloading ni dengan ramai orang, dan yang paling menariknya adalah dengan Kent dari Ebullition. Kent berpendapat, sekarang ni terlalu banyak bands dan masing-masing mahu meriliskan album, oleh sebab itu adalah mustahil untuk kita follow dan beli semua rilisan itu. Downloading juga berfungsi sebagai satu alat quality control. Sudah tentu band yang bagus dan dah dikenali akan mudah menjual album dengan banyak. Tapi ada jugak band-band yang kurang dikenali mengeluarkan rilisan masing-masing. Jadi kita boleh download dulu rilisan diaorang ni atau check kat YouTube sebelum membuat keputusan samada mahu membeli versi fizikal atau tidak.
Marc:-mereka yang telah mendownload album ni, apabila mereka telah suka dengan satu-satu album ni, mereka akan membeli album yang dalam bentuk fizikal pulak. Mereka mahukan packaging yang sebenar.
Alex:-kita patut berterusan support band yang kita suka. Kita beli album mereka, kita beli tshirt mereka. Kita juga mendownload album mereka kedalam iPod kita, so kita boleh mendengarnya apabila kita tidak berada dirumah.
Marko:-Dari satu sudut yang lain, downloading membunuh penjualan album secara fizikalnya, ini kerana khalayak, terutamanya yang baru berjinak dengan scene, mereka kurang membeli album, dan sekaligus seperti kurang menyokong band itu sendiri, tapi mereka cuma mahu memiliki muzik itu, dan mereka pergi ke arah downloading. Kebanyakkan scenester akan membeli album, kerana mereka rasakan ianya lebih intim lagi dengan bands itu.
Alex:-Salah satu sebab lagi kenapa penjualan album merundum adalah kerana terlalu banyak bands. Setiap band mengeluarkan albumnya, pada dasarnya ianya sesuatu yang bagus, tapi keupayaan kita untuk membelinya adalah terhad.
Marc:-Kami telah tour ke seluruh dunia, dan ianya sangat hebat apa yang senario downloading ni boleh buat untuk orang-orang di Indonesia contohnya. Mereka susah untuk mendapatkan album kami dalam bentuk fizikal, atas faktor-faktor seperti kewangan contohnya, tapi mereka boleh mendownload album Vitamin x. Dan terima kasih kepada kewujudan downloading, apabila kami bermain di Jakarta, terdapat 1500 orang crowd yang singalong dengan lagu kami. Melihatkan situasi sebegitu membuatkan aku rasa begitu hebat menjadi sebahagian dari scene hardcore itu sendiri.
No comments:
Post a Comment