Dalam MRR#348, ada satu interview dengan band ANTIMOB yang berasal dari Anthens, Greece yang dilakukan oleh WES FANZINE. Aku dapati diskusi diaorang mengenai budaya fanzine memang menarik, membuatkan aku mahu menterjemahkannya disini. Semua hasil interview adalah hak MRR dan WES FANZINE. Diharapkan tiada unsur copyright yang akan berbangkit kerana ianya adalah untuk menyebar-luaskan mesej. Thanxs.
MRR:- kamu juga meriliskan MOUNTZA ZINE, zine yang merangkumi ulasan dan interview dengan band-band di seluruh komunity hardcore. Bercakap mengenai zine, dah berapa lama kamu mengumpul zine? Apa yang kamu fikir yang paling penting tentang budaya zine ini? Apa pula pendapat kamu tentang khalayak yang mula bertukar arah dari medium percetakan fizikal ke percetakan on-line seperti webzine dan blog? Walaupun aku lebih sukakan format percetakan fizikal, aku rasakan adanya kelebihan untuk kedua-dua format itu.
ANTIMOB:-membikin fanzine adalah sumbangan aku yang pertama untuk scene. Semenjak aku mula mengumpul fanzine dipertengahan tahun 90an, aku dah memasang impian untuk membikin fanzine aku sendiri. Fanzine yang pertama aku beli sendiri adalah di tahun 1994, sebuah fanzine death/black metal yang aku beli dikedai barangan metal di tempat aku. Sebelum itu pun aku dah banyak baca fanzine pasal sepupu aku banyak fanzine punk ni, so aku pinjam baca aje dari dia.
Fanzine bercetak fizikal akan berterusan selagi ada permintaanya, tapi bukannya aku anti webzine atau apa, cumanya aku tak boleh sangat membaca tulisan kat screen komputer dalam tempoh yang panjang. Kelemahan utama webzine dan blog adalah ianya tidak boleh bertahan/disimpan dalam tempoh yang lama, tidak seperti fanzine fizikal yang boleh disimpan selama manapun berdasarkan cara kita menjaganya. Aku berjaya mendapatkan beberapa fanzine dari Greece dan serata dunia hardcore punk yang dari era 80an atau 70an, dan sungguh menarik membacanya, terasa aura pada zaman itu. Adakah ianya akan sama dengan webzine? Bagi aku ianya mustahil. Disitu salah satu kelebihan fanzine fizikal ni. Dalam pembikinan fanzine ni yang paling penting bagi aku adalah menulis fanzine dengan penulisan yang bagus dan cara kita tersendiri. "bagus" tu tidaklah maknanya setaraf dengan seorang sasterawan.
No comments:
Post a Comment