Korang guna tangan kanan atau kiri dalam melakukan aktiviti seharian? Aku guna tangan kanan, tangan kiri aku agak terbatas sikit penggunaannya, setakat basuh berak tu boleh lagi lah. Kadang-kadang tu aku ada terfikir jugak, untuk pengguna tangan kiri, diaorang ni masa basuh berak, akan bertukar fungsi tangan jugak ke? Atau masih menggunakan tangan yang sama? Persoalan ni masih menjadi misteri nusantara pada aku, pasal aku pun tak pernah tanya kat mana-mana pengguna tangan kiri akan soalan ni, pasal aku tau samada pelempang tangan kiri atau pelempang tangan kanan, semuanya sakit kalau kena, lebih-lebih lagi jenis pelempang yang laju-laju.
Pengguna tangan kiri, atau seorang yang kidal, kekadang tu agak stailo dimata aku. Cuba tengok Joe wings atau Man Kidal main gitar, yang tak biasa dengan gitaris ni mesti akan kata,"Fuh!! Tangan kiri je tu". Dan aku yakin takde orang yang akan kata, "Fuh!! Tangan kanan je tu", bila melihat sesiapa bermain gitar dengan tangan kanan.
Itu baru contoh orang kidal yang terkenal, belum lagi geng-geng yang biasa-biasa ni. Hari tu aku tengok Pok Soh beruk lempang beruk dia guna tangan kiri. Alkisah beruk dia hari tu tak nak naik nyiur, tapi angin nak minum air gas yang dalam botol kaca tu. Pok Soh Beruk lempang beruk dia laju-laju, sampai menjerit-jerit macam beruk Tarzan pula beruk tu. Ambik r pemalas sangat, makan nak sedap, beruk betina nak yang comel-comel je. Memang stailo r Pok Soh Beruk, nasib baik aku tak buat recording, hantar ke YouTube. Nanti boleh lawan video Jerman Aniq:)
Menurut kajian yang lebih saintifik, bayi yang dilahirkan akan lebih cenderung menggunakan tangan kiri apabila ibunya sering membuat imbasan X-ray semasa bayi itu dalam kandungan. So, dalam erti kata lain, bayi kidal adalah lebih moden dari bayi pengguna tangan kanan, kerana bayi kidal dilahirkan oleh ibu yang lebih moden. Ibu yang lebih moden akan selalu melakukan ujian X-ray untuk mengetahui keadaan bayi mereka, bukankah itu sedikit lebih moden jika dibandingkan dengan bakal ibu yang hanya menunggu tempoh sembilan bulan sahaja. Maafkan aku sekiranya teori aku itu silap, aku hanya bersekolah setakat tingkatan lima sahaja.
Bagi aku, individu kidal itu lebih pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling. Contohnya, majoriti peralatan dicipta dengan sasaranya adalah pengguna tangan kanan seperti tombol pintu, pengupas kulit buah, hatta lubang mesin untuk memasukkan kad LRT sekalipun. Sang kidal kena guna caranya sendiri untuk menggunakan peralatan ini, dan disitulah terletaknya kelebihan mereka ini.
Penggunaan tangan kiri juga adalah berasal dari faktor keturunan. Jika kedua ibu-bapanya, atau salah seorangnya yang kidal, kebarangkalian untuk anak-anak mewarisinya adalah besar. Aku pernah berjumpa dengan satu keluarga ni yang kesemua ahlinya menggunakan tangan kiri, dan aku rasakan itu adalah seksi. Bak kata Mulan Jamelia." makhluk tuhan paling seksi. Seksi, seksi sekali".
Masyarakat kita lebih menekankan Penggunaan tangan kanan dalam aktiviti harian, contohnya, anak kecil selalu diingatkan supaya menerima pemberian seseorang dengan tangan kanan, dengan ayat," haaaa... ambik ngan tangan mana tu", takala si kecil cuba mengambil dengan tangan kiri. Takdelah sampai jadi kudis sekalipun kalau guna tangan kiri, walaupun sedikit diluar kebiasaan. Bervariasi itu indah, sememangnya. Lantaklah, korang nak guna tangan kiri atau tangan kanan sekalipun, janji tak baling batu, sembunyi tangan sudah:) ada kaitan tak?
No comments:
Post a Comment