Monday, 2 September 2013

ULASAN ZINE DALAM LACI MEJA HITAM

Apakah persamaan yang ada dengan lukisan gambar babi beruniform polis yang di kawal pergerakkannya seperti permainan boneka, atau gambaran tikus bersongkok yang sedang menjilat keris. Dan juga seekor babi yang berkot dan tersemat pingat di kot nya?

Semuanya adalah hasil lukisan Nan, yang dahulunya adalah pembikin zine Think Smart Act Blur. Kini Nan kembali dalam arena fanzine dengan hasil tangan terbarunya iaitu sebuah artzine yang di beri nama Dalam Laci Meja Hitam. Intipati zine ni adalah lukisan-lukisan Nan semata. Terdapat 12 buah ilustrasi yang aku kira bukan ilustrasi yang kosong-kosong macam lagu Najwa Latif. Size zine ni comel jugak, kalo tak silap aku size ni di panggil A6, iaitu kurang lebih size A5 yang di bahagi dua. Masa tengah plan nak buat Norifumi zine hari tu, ada jugak aku tergerak nak buat size macam ni, tapi aku rasa maybe sedikit cerewet masa nak photostat nanti.

Kalo korang tanya pendapat aku, mesti aku katakan ilustrasi yang Nan buat tu memang menarik, kalo tak takkanlah aku mintak Nan buatkan ilustrasi untuk cover zine aku, Norifumi zine (okay, ini memang ulasan masuk bakul, angkat sendiri:)). Kalo korang nak fahami maksud-maksud di sebalik ilustrasi dalam zine ini, bolehlah berkomunikasi terus dengan Nan. Kalo taknak pun takpe, cuma beli satu, tengok-tengok dan simpan sebagai salah satu artifak sejarah dunia fanzine malaysia.

Aku tak tahu nak kata apa lagi dah, cukuplah kalo aku katakan "syukurlah Malaysia masih aman:), walaupun ianya takde kaitan pun dengan ulasan ini. Cuba hantar rm3 kepada:-
IZNAN RAFA,
NO 2, JALAN BAIDURI 2A,
TAMAN DESA BAIDURI,
56000 CHERAS,
KUALA LUMPUR.

Sunday, 1 September 2013

ULASAN SHUT DOWN ZINE

ULASAN SHUT DOWN ZINE #2.
Seorang rakan aku kat FB iaitu saudara Firdaus Teriak telah menggunakan profile picturenya di mana dia tengah membaca zine ini, ataupun tengah bergaya membaca zine ini. Dan apabila Abam Pidot bergaya macam tu seolah-olah menrekemenkan supaya aku turut baca zine yang di tulis dalam BM dan BI ini. Shut down zine #2 ni telah di keluarkan pada ogos 2012, so maknanya dah setahunlah ye issue ni di keluarkan, kiranya aku ulas sedikit sekarang untuk tujuan dokumentasi aje. Walaupun selepas setahun baru aku mendapatkan zine ni, bagi aku issue-issue yang di utarakan di dalamnya tetap tidak basi.

Zine yang di bikin oleh Ray dari Ranau ini bagi aku boleh tahan lah, penggunaan bahasanya lebih kepada BI. Untuk issue #2 ni ada interview dengan Mamink, iaitu editor zine Freaxx, yang aku belum pernah baca lagi zine nya tu. Juga interview dengan Lee Khalib, iaitu vokalis untuk band The Pilgrim dan Carburetor Dung, yang sekarang ni tinggal di Australia. Ada sesiapa di sini masih ingat yang Lee juga pernah menjadi pengacara rancangan Alternative dahulu, sebelum di ganti dengan Reza Saturnine? Kalo anda pernah tengok rancangan tu, maknanya anda dah tua sekarang:)

Interview dengan Lee tu sememangnya menarik, tapi yang lagi menarik bagi aku adalah wawancara dengan Joe Kidd, dan ianya bukan kerana Joe Kidd semata-mata, tapi kerana Joe sentiasa ada sesuatu untuk di bicarakan, sesuatu yang berinspirasi kepada pembaca.

Selain dari artwork-artwork, sudah tentu terdapat juga artikel-artikel yang menarik untuk di baca. Ada yang santai, tak kurang juga yang lebih 'Politikal'. Dengan harga semurah rm2 ini, bagi aku zine ini berbaloi untuk di miliki. Tapi bagi aku harga rm2 ni murah sangatlah, maybe harga by-hand kot.

Aku suka bila Joe Kidd tulis,
"We would rather go broke and sharing packs of nasi lemak rather than wasting time and killing our passion working full time, especially jobs we hated".

Untuk lebih lagi, aku sarankan korang try dapatkan zine bercover oren ini, try:-
rawbinhud@yahoo.com

Friday, 30 August 2013

REZEKI USOP DAN SINGA

"JAWATAN KOSONG! PENJINAK SINGA SARKIS. GAJI RM1K SETIAP SHOW!".
Usop baca separa kuat apa yang tertulis di selembar manila kad merah yang di tampal pada sebatang pokok di tepi kedai nasi lemak Mek Nani, tempat dia baru aje habiskan tiga bungkus nasi lemak tu. Walaupun belum ada pengalaman dalam hal-hal menjinakkan singa ni, tapi gaji yang di tawarkan yang setaraf dengan gaji menteri-menteri tu begitu mencuri perhatian Usop.
"mungkin diaorang akan hantar aku pergi berkhursus dulu kat Sweden kot. Paling koman pun, mesti aku akan diajar dulu teknik-teknik menjinakkan singa sarkis tu", bisik hati Usop, cuba merasionalkan keadaan.

Usop terus menelefon nombor telefon yang tertera di atas iklan jawatan kosong tersebut. Panggilannya bersambut, dan selepas bercakap lebih kurang dengan orang di sebelah sana, terus dia di minta datang ke tempat berlangsungnya sarkis itu. Tempatnya tidak jauh dari kampung Usop, cuma sejam perjalanan aje kalo dengan menaiki motorsikal. Dah rezeki di rasakan terhidang depan mata tu, Usop pun bersetuju untuk pergi ke tempat sarkis tu dalam masa tiga jam lagi.

Usop kembali seketika ke rumahnya untuk menyiapkan dirinya sendiri. Selepas mandi ala kadar seperti seekor kangaroo, terus dia mengenakan jeans koyak dan baju belang lengan panjang, persis mendiang Kurt Cobain. Sebelum melangkah pergi, di sarungkan pula kasut Doc Mart Cherry Red lapan lubang ke kakinya, barulah lengkap pakej berdressingnya hari tu. Ni kalo anak dara JKK kampungnya tengok pun mesti tangkap cintan punyalah. Terus dia menghidupkan motorsikal EX5nya dan menuju ke destinasi asalnya dengan harapan penuh di dada. Dalam perjalanan tu, Usop berkoya,"kalo gaji aku dah RM1 ribu
satu show, jangan kata nak kawin dengan anak JKK kampung aku, nak kawin dengan Emma Maembong pun cerah masa depan."Usop tersengih sorang-sorang atas motorsikalnya, menampakkan giginya yang kekuningan itu.

Sesampainya di tapak sarkis tersebut, Usop terus berjumpa dengan pengurus tempat itu.
"Encik, nama saya Usop, yang call mintak kerja sebagai penjinak singa pagi tadi", Usop memperkenalkan dirinya, ramah dan ringkas. Maklumlah Usop ni dalam temuduga jugaklah tu.
"panggil saya Bang Berahim, saya pengurus tempat ni dan juga penjinak singa nombor dua, jika ada apa-apa terjadi pada penjinak singa nombor satu, sayalah yang akan mengambil alih peranannya", jawap brader bermisai bergulung ke atas tu. Mukanya manis, tapi kemanisannya sedikit tenggelam oleh misai gulungnya itu.
"kalo macam tu, saya akan menjadi penjinak nombor satu lah Bang Berahim? Mudah ke susah untuk menjinakkan singa ni?", tanya Usop bertalu-talu".
"Tak susah mana pun nak menjinakkan singa ni. Kita dapat pun singa yang dah terlatih, jinak macam seekor kucing. Cuma ada satu petua aje yang perlu di patuhi sebelum setiap persembahan", kata Bang Berahim sambil membuat muka otai yang nak raging freshie.
"Apa dia petua tu Bang Berahim?", lagi-lagi Usop tanya.
"Singa ni kita kena bagi dia makan dulu, barulah lepas tu dia ikut segala arahan kita. Tapi dia makan spesel sikit...", Bang Berahim memberi informasi tak lengkap.
" Sebelum ni dah berapa ramai yang kerja penjinak singa kat sini Bang?", lagilah Usop tanya.
"Sebelum kamu ni, ada tujuh orang dah. Kalo kamu setuju nak jadi penjinak singa dengan gaji yang di nyatakan tu, petang esok kamu boleh datang. Malam ni kita off, pasal malam ni malam jumaat", Bang Berahim menegaskan.
"Saya setuju bang! Esok saya datang. Boleh saya tengok dulu singa yang nak di jinakkan tu bang?", pinta Usop sambil tersengih.
"Takde hal! 'Dia' pun mungkin nak tengok kamu jugak tu. Kamu pegi ikut lorong ni, dan belok ke kiri dan kamu akan jumpa kandang singa tu", kata Bang Berahim sambil tangannya menunjukkan pada satu laluan di belakangnya.

Usop pun mengikut jalan yang dinyatakan itu, selepas simpang ke kiri itu terus dia ternampak seekor singa di dalam satu kandang. Singa tu memang besar, sebesar seekor bapak kerbau. Bulu-bulu di sekeliling kepalanya mengembang macam rambut Big-Mama, tapi rambut Big-Mama lagi ganah. Singa itu berdiri tak keruan aje.
Usop tersengih memandang singa tu," mungkin rezeki aku ada disini, 1k satu show tu, kat mana lagi nak cari", kata Usop sendirian.
"memang rezeki aku ada depan mata ni, tinggal satu hari aje untuk aku puasa", kata singa itu pula dalam hatinya.
Air liurnya menitik:)

Tuesday, 6 August 2013

SALAM YANG TERAKHIR

Tadi aku ke pejabat pos untuk keluarkan duit dari akaun ASB aku. Bajetnya duit tu nak beli seluar slack buat pakai raya nanti, barulah anarcho-punk-hopeless-romantic kalo pakai seluar slack. Selepas aje meninggalkan kaunter pejabat pos dan mencatatkan satu lagi kisah sedih dalam buku akaun aku, aku terus berjalan sesegak Shah Rukh Khan menuju ke pintu keluar. Walaupun time tu aku pakai seluar pendek aje, Shah Rukh Khan apakejadahnya bulu kaki berserabut gitu.

Sebelum sampai ke pintu keluar, aku dapati ada seorang lelaki yang tidak layak di panggil adik, tapi lebih layak lagi di panggil Pak cik berada berhampirannya. Pakcik ni dah tua, panggilan pun dah pakcik. Dahinya aku lihat sepintas lalu memang sudah di huni oleh kedut berlapis, dan memakai kopiah putih selepuk. Aku rasa kopiah tu di pakai time-time ada urusan pejabat-pejabat aje kot. Pakcik tu aku lihat senyum aje ke arah aku, tangannya di hulurkan seolah-olah mahu bersalaman dengan aku. Saat tu memang aku tak kenal pakcik tu, mungkinkah pakcik tu kenal aku? Mungkin jugak dia orang kampung aku (yang majoritinya aku tak kenal), atau mungkin sahaja pakcik ni seorang yang memang saja-saja peramah.

Dan sebagai seorang anarcho-punk-hopeless-romantik yang tak berapa nak kental, aku menyambut tangan pakcik tu, bersalaman. Macam hari raya pun ada aku rasa. Beraya di dalam pejabat pos, tak pernah di buat orang ni. Pakcik tadi masih lagi tersenyum, tanpa berkata apa-apa. Aku pun senyum jugak, tapi senyum yang di buat-buat. Selesai bersalaman lebih-kurang tu, aku terus melangkah, dan tak sampai tiga langkah aku toleh semula ke belakang (you know, saat kita ada perasaan just rasa nak toleh aje) aku lihat pakcik tadi tengah bersalaman dan berbual mesra dengan seorang lagi lelaki, yang aku syaki berada kat belakang aku tadi!

Dan aku rasa tadi tu memang pakcik tua tu nak bersalaman dengan lelaki tu.
Aku lajukan lagi kaki melangkah, kali ni aku taknak toleh lagi, walaupun ada Yuna yang memanggil.

NORIFUMI ABE

Aku baru aje lepas naik motor tadi, motor Ex5 yang di pinjam. Tuan dia baru aje beli motor ni, kaler keemasan gitu. Walaupun kalernya tak sesuai langsung dengan aku yang berjiwa anarcho-grind-punk-dangdut ni, aku tunggang aje demi satu niat yang suci dan murni, nak pegi beli ikan masin kat Hock Kee Seng. Ikan masin kat situ memang bapak jahanam bestnya, kalo tiga hari tak makan memang kacip terus di buatnya. Entah dadah jenis apa diaorang taruh dalam tu.

Naik motor baru ni lain macam aje peginya, sama jugak dengan naik 'benda-benda' lain yang baru. Maklum aje lah, semua part kemah-kemah lagi. Mula-mula naik, aku bawak slow aje dalam 30kmj gitu, dah dapat sesuaikan diri, aku tarik lagi pendikit sampai naik 60kmj! Time tu motor dah bergoyang-goyang sikit. Dengan semangat seperti seorang Norifumi Abe, aku sorokkan kepala aku belakang handle. Meter kelajuan semakin naik, kalo ikut-ikutkan setan ni nak aje aku buat stail Farid Kamil dalam filem Rempit, tapi masalahnya perut Farid Kamil tak buncit, yang buncit tu perut Diana Danielle.

Meter kelajuan terus meningkat, seiring dengan pergerakkan motorsikal yang aku naik tu. Kedua-dua belah tangan aku mengengam kemas handle motor. Perasaan seronok dan takut bercampur baur saat itu. Perasaan lapar pun ada juga. Tiba-tiba aku lihat nun jauh di depan ku, aku jadi terkedu.

Di depanku adalah seorang makcik sedang menunggang motor roda tiga yang ada kotak kat tepinya tu. Di dalam kotak tu bertimbun dengan batang tebu. Makcik tu naik motor pegang sebelah tangan dengan selamba rock aje. Masih lagi memecut laju meninggalkan aku. Dan aku masih terkial-kial cuba memotongnya.

Maybe aku bukan di lahirkan untuk menjadi seorang mat rempit. Aku pasrah.

HIKAYAT SHOPPING

Menemani seseorang membeli pakaian raya adalah sah-sah tidak menyelerakan langsung. Selain ianya bukan satu aktiviti lasak, ia pasti akan sedikit-sebanyak menganggu-gugat kuantiti tidur di siang hari sang peneman. Lebih-lebih lagi kalo yang nak shopping tu adalah isteri kita, lagilah kita rasa cam nak tampor aje tokey kedai shopping tu.

Beberapa hari lepas, dengan sisa-sisa semangat seorang suami mithali, aku telah menemani my-other-half pergi shopping tudung kat pasaraya Tunas Manja. Dan tolong jangan tanya aku pasal apa pasaraya tu di namakan Tunas Manja, dia tak letak nama mencarut pun dah kira bagus sangat tu. Di sebabkan aku tak suka dengan scene shopping, berhimpit-himpit kat tengah orang ramai, maknanya aku tunggu kat luar aje. Lelaki-lelaki yang menemani perempuan shopping tu biasanya yang masih dalam status aweks-balaks aje.

Selepas lebih tiga jam masa tidur di siang hari aku di gantikan dengan aktiviti picit jerawat dan baca sms lama kat henset, my-other-half keluar dari pasaraya tu dengan membawa sebungkus plastik. Tudung gamaknya tu. Tiga jam di perlukan untuk membeli tudung sahaja? Mereka memang mempunyai tahap imunisasi yang tinggi kan? Sambil-sambil tu my-other-half ada menunjukkan sepeket angpau kosong yang tercetak nama pasaraya tu dan juga gambar ketupat. Walaupun aku bukannya nak tahu sangat jawapannya, tapi sekadar nak buat topik berbual, aku bertanya:
"dapat free ke?", merujuk kepada angpau tadi.
Lantas bermulalah satu hikayat, my-other-half menjawab:,
"Mana ada lagi barang free sekarang ni bang. Roti berkulat pun ada harga, inikan pula pot-pet pot-pet.......... Bla bla bla bla............

Aku tak tahu bila my-other-half berhenti membebel, tapi masa motor masuk gear dua pun hikayatnya masih berkumandang.
Aku cuma tanya tiga perkataan je.
T.I.G.A!

KERJA LASAK

Pagi tadi aku buat satu kerja lasak yang dah hampir setahun aku tinggalkan. Kerja ni memang aku iktirafkan sebagai kerja lasak semenjak zaman kesultanan melayu Melaka lagi. Bukan calang-calang orang yang boleh buat kerja lasak macam ni. Kerja lasak macam ni memang memerlukan tahap ketahanan fizikal dan mental yang Infiniti. Jangan kata Lofa, Watson Nyambek pun belum mampu untuk buat kerja lasak ni. Itu pun sudah cukup untuk menceritakan tahap kelasakan kerja ni.

Pagi tadi aku basuh motor aku!
Guna sabun basuh pinggan!
Lasak tahap gaban.

MURTABAK MAIN MAIN

My-other-half lah ni yang nak beli sangat murtabak kat situ. Masa balik dari bandar tadi, time atas motor, tengah-tengah kepala hotak aku steady layan lagu tema Teduhan Kasih, tetiba aje dia tepuk belakang aku suruh stop serta-merta.
Bunyi tepukkan itu seperti,"pap, pap, pap!".
Nasik baik bunyi lagu tu, kalo bunyi, "dum dum tak, dum dum tak", tak mustahil aku buat pointing finger punya.
Mulanya aku ingatkan ada barang yang terjatuh ke apa, rupa-rupanya dia nak pegi beli murtabak kat seberang jalan tu. Buat penat aje aku brek berdesor sampai ada line kat atas jalan tu. Lagu tema Teduhan Kasih pun aku dah tak ingat dah masuk part korus ke belum.

Stall jual murtabak tu kat seberang jalan yang satu lagi, so sebab tak nak biarkan my-other-half kena langgar lori tanah merah, aku memimpin dia ke seberang jalan tu. Kat stall tu dah bertimbun orang menunggu untuk membeli murtabak. Mengikut perkiraan waras aku, orang yang menunggu untuk membeli murtabak time tu lagi ramai dari yang pergi masjid sembahyang subuh.
"entah bomoh negara mana yang tuan murtabak ni pakai?"
"tak pun, dia taruh dadah dalam tu kot, tu orang jadi kacip nak kena murtabak dia aje tu"
Hati aku membuat kesimpulan jahat dan dengki. Orang melayu memang macam nilah, sentiasa dengki dengan kejayaan orang lain. Tak macam orang Sweden.

Sambil-sambil tunggu pesanan murtabak tu siap, aku terdengar perbualan dua orang lelaki ni, yang aku sifatkan sebagai dua orang kawan yang dah lama tak bersua muka. Antara bijik-butir yang aku dapat tangkap ialah:,
Lelaki A :"wei lama tak nampak. Kerja mana sekarang? (sambil menghulurkan tangan seperti mahu bersalaman)
Lelaki B menjawab,"kerja main-main aje",tersengih-sengih lagaknya.
Jawapan lelaki B tu menarik perhatian aku. Raya tahun ni, kalo ada sesiapa tanya kat mana aku kerja. Aku dah malas nak jawab "punk tak kerja", nak renovate pulak dengan
"kerja main-main aje"
Baru metrosexual bunyinya.

NASIK GORENG THAI MALAY SRI WANGI

Kalo bab-bab berbuka puasa kat luar ni aku memang jarang rare tahap tapir r, cuma ada sekali aje hari tu berbuka kat satu restoran ni ngan seorang kawan lama. Kawan se-bundle lah kira-kiranya, yang dah lama tak jumpa, al-maklumlah dia kerja kat luar Ganu ni. Alang-alang dah terjumpa tu, dia ajak aku berbuka sekali, nak belanja katanya, nak tunjuk banyak duit la tu. Kalo diikutkan musim kemalasan aku time tu, memang malas sangatlah nak pergi, tak underground lah sosial-sosial ni. Tapi di sebabkan aku nak ejas baju band barang selai dua, aku ikut aje. Lagipun dia nak belanja, rezeki jangan di tolak.

Kitaorang berdua bercadang nak berbuka puasa kat satu restoran orang siam yang ada buat promosi ramadhan ni. Restorannya dekat dengan satu bazar ramadhan kat area kampung aku ni. Aku terjumpa dengan kawan lama aku ni pun selepas aku beli karipap kat bazar ramadhan tu.

Kitaorang bercadang untuk makan masakan panas goreng-goreng gitu. Kawan aku order nasik goreng USA ngan air mempelam, tapi masa tukang ambik order sebut nama air tu ngan lidah kampung dia, aku ingatkan dia dah mencarut. Nasib baik aku ni seorang punk yang penyabar, kalo tak aku dah bagi buah stail Chuck Norris sebijik. Apa kes pulak bulan puasa pun nak mencarut! Tunggulah bulan tak puasa, masa tu ko nak mencarut duapuluhempatjam pun lantak engkau lah.

Lepas kawan aku order, aku pun tak nak kalah dengan kawan aku punya order. Aku cari yang namanya nampak spesel sikit, lalu aku order, nasik goreng Thai-Malay Sri wangi dan air milo panas. Sambil-sambil tu aku mintak piring kosong nak letak karipap yang aku baru beli tadi. Karipap yang di letak di dalam piring berdasarkan kod etika pemakanan membawa maksud yang karipap itu untuk di kongsi makan. Lagi pun, tak hopeless romantik lah makan karipap terus dari plastik, Pakcik Morrisey pun tak pernah makan karipap terus dari plastik gitu.

Sambil-sambil menunggu apa yang di order sampai, kitaorang isi masa terluang dengan bersembang hal-hal permasalahan negara, seperti isu kepupusan spesis ikan sekilau, dan pasal Mat Min anak Pok Nawi yang belum bersunat sampai sekarang, walaupun dah nak masuk 20 tahun umurnya. Kadang-kadang kalo ada benda yang kelakar terkeluar dalam perbualan kami tu, kami ketawa tanpa mengira orang sekeliling, seolah-olah restoran tu bapak kawan aku yang punya. Tapi kebanyakkan masa tu, benda yang tak kelakar pun kami ketawa sampai rasa nak terkencing!

Lagi seminit-dua nak masuk waktu berbuka puasa, makanan yang di order pun sampai ke meja kami. Aku rasa time tu kat Bukit Pak Apil, tukang pasang meriam dah siap pegang lighter nak cucuh meriam tanda waktu berbuka tu. Aku tengok nasik goreng aku ngan nasik goreng kawan aku tu tak jauh sangat bezanya, cuma nasik goreng kawan aku ada tambah telur mata dan daging masak merah kat tepi, nasik pulak kaler kemerahan gitu. Nasik goreng aku kaler kuning, kosong takde tambahan apa-apa cuma nampak ada hiasan bunga kantam aje.

Ngan-ngan aku pegang sudu-garpu dan kacau nasik goreng tu sekali dua, kedengaranlah azan maghrib kat radio kedai tu. Lepas minum air milo, terus aku beralih ke nasik goreng aku.
Sesudu, dua sudu...
Aku berhenti makan, rasanya macam nasik yang di goreng dengan kunyit hidup-hidup. Aku kutip ayam-ayam dalam nasik tu aje, nasiknya aku tak boleh pergi.
Pastu aku makan karipap, sampai licin! Nak berkongsi konon!
Nasib baik ada karipap. Nasib baik juga kawan aku yang berlanja, kalo tidak aku dah protes dengan buat gwiyomi dah!

Nasik goreng Thai-Malay Sri wangi konon, tulis r nasik goreng kunyit!

Friday, 12 July 2013

VITAMIN X VS DOWNLOADING

Penulisan berikutnya adalah satu petikan temuramah yang aku dapat dari zine yang dah agak lama, walaupun begitu aku rasakan temuramah dengan band Vitamin X ini agak menarik, ianya berkenaan dengan isu downloading dalam scene hardcore itu sendiri. Sama-samalah kita ikutinya:-

Soalan:-Dengan lukisan cover yang dihasilkan oleh John Baizley dari Baroness, rakaman pula oleh Steve Albini, menunjukkan kamu telah memberikan usaha dan tenaga yang bukan sedikit untuk album ini, tapi apabila aku pergi ke website kamu, kamu juga menjual digital downloads lagu-lagu Vitamin X disitu. Ianya sedikit ironic kerana kamu mempunyai album yang sempurna pakejnya, kerana seperti yang sudah diketahui umum dengan digital formats soundnya adalah tidak bagus, dan tiada packaging/artworks yang disertakan sekali. Jadi apa penjelasan kamu mengenai penyebaran album dengan cara digital (downloading) ini?

Alex:-kami telah banyak berdiskusi tentang isu downloading ni dengan ramai orang, dan yang paling menariknya adalah dengan Kent dari Ebullition. Kent berpendapat, sekarang ni terlalu banyak bands dan masing-masing mahu meriliskan album, oleh sebab itu adalah mustahil untuk kita follow dan beli semua rilisan itu. Downloading juga berfungsi sebagai satu alat quality control. Sudah tentu band yang bagus dan dah dikenali akan mudah menjual album dengan banyak. Tapi ada jugak band-band yang kurang dikenali mengeluarkan rilisan masing-masing. Jadi kita boleh download dulu rilisan diaorang ni atau check kat YouTube sebelum membuat keputusan samada mahu membeli versi fizikal atau tidak.
Marc:-mereka yang telah mendownload album ni, apabila mereka telah suka dengan satu-satu album ni, mereka akan membeli album yang dalam bentuk fizikal pulak. Mereka mahukan packaging yang sebenar.
Alex:-kita patut berterusan support band yang kita suka. Kita beli album mereka, kita beli tshirt mereka. Kita juga mendownload album mereka kedalam iPod kita, so kita boleh mendengarnya apabila kita tidak berada dirumah.
Marko:-Dari satu sudut yang lain, downloading membunuh penjualan album secara fizikalnya, ini kerana khalayak, terutamanya yang baru berjinak dengan scene, mereka kurang membeli album, dan sekaligus seperti kurang menyokong band itu sendiri, tapi mereka cuma mahu memiliki muzik itu, dan mereka pergi ke arah downloading. Kebanyakkan scenester akan membeli album, kerana mereka rasakan ianya lebih intim lagi dengan bands itu.
Alex:-Salah satu sebab lagi kenapa penjualan album merundum adalah kerana terlalu banyak bands. Setiap band mengeluarkan albumnya, pada dasarnya ianya sesuatu yang bagus, tapi keupayaan kita untuk membelinya adalah terhad.
Marc:-Kami telah tour ke seluruh dunia, dan ianya sangat hebat apa yang senario downloading ni boleh buat untuk orang-orang di Indonesia contohnya. Mereka susah untuk mendapatkan album kami dalam bentuk fizikal, atas faktor-faktor seperti kewangan contohnya, tapi mereka boleh mendownload album Vitamin x. Dan terima kasih kepada kewujudan downloading, apabila kami bermain di Jakarta, terdapat 1500 orang crowd yang singalong dengan lagu kami. Melihatkan situasi sebegitu membuatkan aku rasa begitu hebat menjadi sebahagian dari scene hardcore itu sendiri.

Monday, 8 July 2013

GUANE GU ZINE REVIEW

Mengikut introduksi Nizang, zine ini mengenai Terengganu. Apa saja cerita dari atau tentang negeri Terengganu. Aku yakin sebelum ini pun dah ada zine atau lebih luas lagi publikasi yang menulis mengenai Terengganu. Jadi apa bezanya zine Guane gu? ini dengan penerbitan-penerbitan sebelumnya? Dari sudut isi kandungannya mungkin tak banyak beza, mungkin yang agak menarik disini adalah kerana ianya satu zine kolektif, dimana ramai penulis-penulis bergabung tenaga memerah otak menjayakannya. Penulis-penulis ini (tidak termasuk 'amran') bagi aku menarik kerana mereka bukannya dari golongan penulis mainstream, paling kurang pun, mereka tidak masuk lagi ke kancah mainstream. Mereka adalah pucuk-pucuk muda yang mempunyai idea-idea yang masih dara. Mereka mungkin cetakan biru untuk scene publikasi Terengganu dimasa hadapan. Dan mereka juga adalah misfits, atleast beberapa orang dari mereka adalah misfits.
Korang pernah tengok rancangan masakan tak? Biasanya diakhir rancangan akan ada host rancangan itu yang akan merasa masakan dan memberikan pendapatnya, bukannya tukang masak sendiri. Kenapa? Kerana adalah sesuatu seperti yang taboo dalam scene masak-memasak ni apabila tukang masak sendiri merasa dan memberi ulasan tentang masakannya. Samalah dengan halnya disini, walaupun tulisan yang diambil dari blog aku ada tiga disini, aku serahkan tugas menilai dan membaca penulisan aku tu kepada korang semua. At the ends, aku menulis kerana aku suka menulis. Penulisan-penulisan dari Nizang, Fazri dan Shabri pun kira okay-okay sahaja pasal aku dah baca pun penulisan diaorang ni kat blog masing-masing. Cuma kamus slang Terengganu yang Fazri buat tu agak menarik, tersengih-sengih aku membacanya. Sangat sesuai dibaca beramai-ramai.

Kisah Dari Selatan Terengganu oleh Aus Joe adalah satu personal writing tentang kehidupan penulisnya. Satu penulisan yang panjang, dan satu lagi penulisan yang panjang dan dilengkapi dengan fakta-fakta yang menarik adalah apabila Kuding menulis tentang Pasar Payang. Ianya seperti satu cerita Pasar Payang dan cerita tentang Kuding itu sekali. Dimuka Surat 19 zine ini, Kuding ada menceritakan tentang satu bangunan yang tidak dapat diduduki kerana tiada CF, bangunan Kompleks Paya Bunga. Disebabkan aku selalu berada disekitar tempat tu, aku juga hendak berkongsi sedikit info yang aku tahu tentang tempat itu:-
1)khabarnya, CF tempat ni tidak diperolehi kerana masalah saliran yang tidak padan dengan dengan kompleks ini. Tapi yang hairannya, bagaimana restoran McDonald boleh beroperasi disini.
2)menurut sumber-sumber dari kontraktor yang membuat kerja di dalam bangunan ini, hanya tingkat bawah dan tingkat satu aje yang dah siap, yang lain belum. Di tingkat atas adalah tempat parking kereta. Tapi untuk turun dan naik semula, anda terpaksa menggunakan tangga, pasal lif nya pun belum siap lagi.
3) pasaraya Parkson pernah beberapa kali cuba untuk membuka cawangannya disini, tapi ditentang oleh gabungan pasaraya kecik disini seperti Astaka, Hock Kee Seng.... di atas sebab Pasaraya Parkson ini dibimbangi akan menguasai pasaran disini. Kes ini masih lagi di mahkamah.

Amin dari We Are Grafy menulis tentang lokasi-lokasi yang heaven untuk mengambil gambar disekitar kuala Terengganu. Aku cadangkan Amin dan rakan-rakannya pegi ke perkampungan nelayan Mengabang Telipot dan mengambil gambar gerombolan kambing berkeliaran diatas jalan raya, ataupun warga-warga emas bermalasan diatas wakaf sambil main dam haji. Atau naik lagi sikit ke daratan ke Kampung Darat Batu Rakit, di awal pagi, ambik gambar lembu yang menjadikan jalan raya sebagai tempat tidur mereka. Serius, situasi cam gini susah nak dapat kat tempat lain. Bayangkan permandangan dari bawah perut lembu yang berdiri, menfokuskan pula kearah sekumpulan lembu yang tengah lena diatas line putih. Jadikan pula ianya gambar hitam putih, pergh memang heaven gua cakap lu.

Tapi penulisan yang paling aku suka dalam zine ni (yang belum pernah aku baca sebelumnya) adalah yang bertajuk Ekslusif Dihari Selasa oleh Sang Harima. Kalo dikecikkan skopnya, ianya hanyalah satu cerita diwaktu pagi yang biasa-biasa aje, tapi dengan cara Sang Harima menulis menjadikan ianya sangat menarik dibaca. Kalo anda sukakan penulisan santai ala-ala pipiyapong atau mat tiara, aku sarankan korang cari lagi penulisan mamat ni. Maybe dia ada zine sendiri? Maybe dia ada blog?

Ada juga satu temuramah dengan band fadedface, tapi tiada apa-apa ulasan macam kebanyakkan zine-zine yang biasa aku baca. Tanpa niat membodek, aku rasakan ini adalah satu zine yang agak bagus yang korang patut dapatkannya, memang ada kepincangan disana-sini, tapi kalo ada susulannya, diharapkan dimasa akan datang boleh diperbaiki.
Ini bukan satu bahang rambang, this is Tranung:)
Untuk mengordernya, boleh hubungi Nizang di:- nizangmosh@gmail.com

Friday, 5 July 2013

R.I.P SEEIN RED

Okay, the following writing also taken from MRR #348, so enjoy reading.

On 11th February 2012, ones of my favourite bands called it quits because of a situation forced by bassit Jos suffering permanent ear damage and having to quit, or face losing his hearing completely.
Bands come, bands go. It's what has kept punk fresh, exiting and relevant through all these years. Still, there are always those you wish would go on forever, and Seein Red was very much that band. In mine, Seein Red are the most important band to emerge from The Netherlands. As far as I am corcerned, it's impossible to communicate or overstate their importance over the past 20 years. Their bassist Jos might have been the only official teacher in their line-up, but the three of them together provided most of my generations with more of a real education than any school ever did.
The fact they actually had something to say, talked between their songs, challenged bullshit where they saw it, inspired us.... but in true punk tradition. Three nice guys fucking lifers devoid of any of the attitude that too often comes with those who have been around for a while and think their age or the groups they have been in or have seen makes them more important.
Jos, Paul and Olav were always happy to play first on any bill, share equipment and most importantly makes the next generation of punk feel welcome and support their activities. If you're ever looking for a group that embodied the fabled "network of friends" spirit, look no further.
Distortion 'till fuckin deafness... just don't forget those earplugs! (1989-2012)

LOSERDOM ZINE REVIEW

LOSERDOM ZINE#20, MARCH 2010, BI, DUBLIN IRELAND.
okay, ini adalah zine yang dah bertahun aku dapat, aku beli dari Nizang kalo tak silap aku. Apa yang akan anda jumpa dalam zine ini? Punkrock, zinelove, bicycle story and much-much more. Cover untuk zine ni kalo tak silap aku dibuat menggunakan block, stail nak print baju gitu, tapi hasilnya tak cantik mana pun, cuma lari dari kebiasaan sajalah.
These guys start their zine dengan cerita persembahan terakhir local hero mereka, band Kidd Blunt. Then some writing about 'Boycott Israel' product. Yang paling best adalah interview dengan personal yang mewakili LA FANZINOTHEQUE, sebuah perpustakaan zine yang lebih daripada itu. Sebagai seorang yang sukakan zine, aku dapati interview itu begitu menarik dan berinformatif sekali. Sehinggakan hampir menyuntik satu percikan untuk aku turut sama membuka satu perpustakaan fanzine, tapi sayangnya koleksi zine aku dah banyak yang aku jual murah-murah. Di perpustakaan zine ini diaorang mempunyai puluhan ribu zine yang boleh dibaca dan dipinjam, disamping produk-produk lain yang ditawarkan disini. Satu interview yang detail dan amat berinspirasi sekali.

Ada juga satu ruangan yang didedikasikan kepada seven inch vinyl iaitu "seven inch report". Kenapa seven inch? Diaorang menulis:-
-along with tapes, the 7" is the ultimate punk format. The beauty of the 7" is they are so easy to carry around if you're at a gig, it's no bother putting a 7" in your bag and bringing it home unlike a 12" LP. Thats not to mention if traveling abroad on a cheap flight with strict baggage restrictions.
Dalam ruangan ini juga ada diceritakan tentang Dishwasher 7" yang asalnya adalah sebuah zine yang berkisar tentang pengalaman editornya washing dishes all over America! Zine yang bertemakan macam tu pun ada:) Seven Inch Report juga adalah satu artikel yang berinspirasi, membuatkan aku mahu kembali mengumpul 7", walaupun aku dah jual turntable aku:)

Skubi adalah owner kepada Sadness Of Noise Records dan juga personil untuk band SILENCE. Skubi ni asalnya dari Lublin,Poland but ended up in Dublin, Ireland.
#scene in Dublin from Skubi perspectives- the people's are very nice and friendly. When I came here, it was really easy for me to get into it and make friends. Maybe Irish people are like this in general.
#Skubi point of views about screamo- the screamo I related to has nothing in common with the commercialized American tv version of emo. It is not about fashion or fame, meaning selling more records and having the kids wearing the same fringe, tight pants or black eye liners.
#Skubi opinion on how to sale records-I've never tried to forcefeed anyone to buy my records. Aggressive marketing has never been my cup of tea, millions of fuckin' myspace comments on profile of random people is just embrarising. People deeply discover the music if they really want to"
#Skubi opinion on records store- Having a physical place to hang in, browse records, chat about music and meet like minded people is a very important thing even in these times of digital downloads and record auctions".

January Waves also satu penulisan yang bagus, dan agak romantic bagi aku. Membuatkan aku mahu repair semula basikal aku, dan turun ke jalan menari bersamanya. The French Punk Paradox pula adalah satu lagi komik yang terdapat dalam zine ini, kali ini pasal punk dan alcohol:)
Mungkin satu-satunya penulisan yang paling kurang aku suka adalah yang bertajuk 'Darcy......' yang ni aku baca sekerat jalan aje, pasal bagi aku ianya agak membosankan.
Sesungguhnya ini adalah satu zine yang amat bagus sekali dari pendapat aku, dan aku menrekemenkan anda berusaha mendapatkannya , walaupun zine ni dah lama rilis secara automatiknya menjadikannya sukar dicari:)
Boleh kontak zine ni di:- loserdomzine@gmail.com

WE HEART FANZINE

Dalam MRR#348, ada satu interview dengan band ANTIMOB yang berasal dari Anthens, Greece yang dilakukan oleh WES FANZINE. Aku dapati diskusi diaorang mengenai budaya fanzine memang menarik, membuatkan aku mahu menterjemahkannya disini. Semua hasil interview adalah hak MRR dan WES FANZINE. Diharapkan tiada unsur copyright yang akan berbangkit kerana ianya adalah untuk menyebar-luaskan mesej. Thanxs.

MRR:- kamu juga meriliskan MOUNTZA ZINE, zine yang merangkumi ulasan dan interview dengan band-band di seluruh komunity hardcore. Bercakap mengenai zine, dah berapa lama kamu mengumpul zine? Apa yang kamu fikir yang paling penting tentang budaya zine ini? Apa pula pendapat kamu tentang khalayak yang mula bertukar arah dari medium percetakan fizikal ke percetakan on-line seperti webzine dan blog? Walaupun aku lebih sukakan format percetakan fizikal, aku rasakan adanya kelebihan untuk kedua-dua format itu.

ANTIMOB:-membikin fanzine adalah sumbangan aku yang pertama untuk scene. Semenjak aku mula mengumpul fanzine dipertengahan tahun 90an, aku dah memasang impian untuk membikin fanzine aku sendiri. Fanzine yang pertama aku beli sendiri adalah di tahun 1994, sebuah fanzine death/black metal yang aku beli dikedai barangan metal di tempat aku. Sebelum itu pun aku dah banyak baca fanzine pasal sepupu aku banyak fanzine punk ni, so aku pinjam baca aje dari dia.
Fanzine bercetak fizikal akan berterusan selagi ada permintaanya, tapi bukannya aku anti webzine atau apa, cumanya aku tak boleh sangat membaca tulisan kat screen komputer dalam tempoh yang panjang. Kelemahan utama webzine dan blog adalah ianya tidak boleh bertahan/disimpan dalam tempoh yang lama, tidak seperti fanzine fizikal yang boleh disimpan selama manapun berdasarkan cara kita menjaganya. Aku berjaya mendapatkan beberapa fanzine dari Greece dan serata dunia hardcore punk yang dari era 80an atau 70an, dan sungguh menarik membacanya, terasa aura pada zaman itu. Adakah ianya akan sama dengan webzine? Bagi aku ianya mustahil. Disitu salah satu kelebihan fanzine fizikal ni. Dalam pembikinan fanzine ni yang paling penting bagi aku adalah menulis fanzine dengan penulisan yang bagus dan cara kita tersendiri. "bagus" tu tidaklah maknanya setaraf dengan seorang sasterawan.

Friday, 28 June 2013

DWIHATI-AIZAT feat YUNA

Pertama kali aku membuat ulasan berdasarkan pada satu lagu sahaja, biasanya aku mengulas untuk satu album. Firstly, I don't think my heart are going softer, after this I'll go blasting some napalm death on my cheap hi-fi. Lagu yang dikarang oleh abang Aizat ni pada asasnya adalah sebuah lagu cinta yang biasa-biasa aje pada sesetengah pendengar, tapi bagi aku ianya lebih daripada itu. Seperti ianya satu rombakan besar-besaran satu lagu cinta yang skema.

Lagu ini agak mendatar, lontaran vokal dari Aizat dan Yuna begitu upfront, saling balas-membalas, berlatarbelakangkan muzik yang kedengaran begitu vintaj sekali. Aku agak menyukai part bass dalam lagu ini, ianya seolah-olah menari-nari dalam beatnya yang tersendiri. Dari segi liriknya pula, tidak terlalu puitis, dan tidaklah juga terlalu straight, ada keseimbangan disini.

Sesungguhnya, Dwihati mencipta dua suasana kepada aku semasa mendengarnya. Pertama aku rasakan ianya adalah amat cocok sekali di senario rumah perlindungan para pesakit mental, seperti ianya satu lagu yang 'sakit dan menakutkan', tapi bukan 'sakit dan menakutkan' dalam penterjemahan Marilyn Manson.

Ianya juga amat sesuai dijadikan runut bunyi untuk filem arahan John Woo. Berlatarbelakangkan lagu ini, dilayar perak pula adalah adengan tembak-menembak, pistol dikiri-kanan tangan, adengan gerak perlahan, peluru dimuntahkan bertali-arus, hero kita menembak dengan muka yang begitu konfiden sekali, tanpa gerun dan bersuit mahal. Fuh!! Satu imaginasi yang boleh bikin klimaks dua-tiga kali.

Heavy music purist gonna hate this song, so that's mean I'm not purist. Suatu pencipta suasana yang make me lost my words. Kalo tidak disebabkan oleh kawalan copyright, mahu sahaja aku tampalkan liriknya disini, anyway aku curik jugak sedikit:)
"dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya ku hilang
Biarlah laguku jadi temanmu"
Kegelapan didalam terang.

Saturday, 11 May 2013

MISSION 666 (8) GHOST: OPUS EPONYMOUS.

Secara jujurnya, aku masih baru lagi mendengar band Ghost ni, album Opus Eponymous ini adalah satu-satunya album dari diaorang yang aku pernah dengar. Mereka baru sahaja meriliskan album terkini, tapi aku belum lagi berkesempatan mendengar hasil kerja mereka itu. Ghost, ataupun dikenali juga sebagai Ghost B.C di US sebenarnya berasal dari Sweden. Sebuah negara yang kalo dikira jumlah perkapita rakyatnya yang tidak ramai mana itu memungkinkan kesemua mereka pernah bermain dalam bands! Entah apa yang menjadikan mereka begitu hebat pun aku tak tahu, mungkin disebabkan banyak makan meatballs kot:)

Tidak dapat dinafikan, imej banyak membantu kejayaan band yang ditubuhkan sekitar tahun 2008 ini. Vocalistnya yang menggunakan nama samaran Papa Emeritus tampil dengan imej jahat, berjubah dan mengecat muka seperti tengkorak. Manakala pemuzik lainnya yang dikenali hanya sebagai Nameless Ghouls pula sentiasa tampil berjubah hitam, menyembunyikan identiti. Kadang-kadang aku rasakan imej diaorang ni agak keterlaluan dan tidak seiring dengan muzik mereka. Oh! Muzik mereka, ianya lebih kepada sound 70-an di saat irama heavy metal mula terbentuk, dengan pengaruh band-band seperti Black Sabbath dan Mercyful Fate antaranya. Cara penyampaian vocal adalah dengan stail clean vocal yang bermelodic dan berhooks! Sound mereka juga didominasikan dengan bunyi bass yang padu dan bunyi organ yang vintaj. Peranan drum dan guitar juga sempurna pada setiap sudut.

Apa yang paling ketara membezakan band Ghost dengan band-band heavy metal yang lain, selain dari imejnya-sudah tentu, adalah penggunaan lyrics yang lebih berunsurkan satanism. Mungkin disini rasionalnya imej mereka itu. Bagaimanapun, imej yang misteri itu memang menguntungkan mereka, walaupun kadang-kala terasa seperti over-hype. Ghost pada dasarnya mengitar semula irama-irama heavy metal yang vintaj, tapi dengan kepakaran Sweden menjadikan bahan kitar semula itu sesuatu yang segar dan seperti baru. Alaaa... Sweden, kedai perabut pun diaorang boleh hypekan sampai beratur rakyat Malaysia nak masuk kedalamnya.

Untuk seorang yang biasanya mendengar stail vocal growl dan grunt, ini bukanlah satu cinta pandang pertama buat aku, tapi lepas dengar dua, tiga Kali, iramanya terus melekat dalam kepala aku. Seperti satu ketagihan makan roti canai setiap pagi pun ada:)

Friday, 3 May 2013

MISSION 666 (7) WOLVES IN THE THRONE ROOM-TWO HUNTER

Olympia, Washington bukanlah satu tempat yang sinonim dengan kehadiran black metal, tapi disinilah lahirnya band black metal Wolves In The Throne Room (WITTR) kira-kira sepuluh tahun lampau. Tapi jika di ambil kira dari sudut lain, WITTR bukanlah satu band black metal yang tipikal. Sudah tentu mereka mempunyai unsur drum laksana dentuman machine gun di medan perang, trio ini juga menghasilkan bunyi guitar yang berdengung seperti sekawan lebah pembunuh, tapi mereka mempunyai lebih daripada itu. Sepertinya mereka telah membawa kesenian black metal itu ke satu aras yang lebih tinggi, dan mereka tidak menghiraukan samada apa yang mereka lakukan itu mendapat restu dari para 'troo black metal' yang lain tu.

Band ini telah ditubuhkan oleh adik-beradik Nathan Weaver dan Aoron Weaver, dan jika anda amati nama mereka, mereka tidak menggunakan nama samaran atau stage name seperti kebanyakkan band black metal yang lain. Mereka juga tidak mengenakan corpse paints atau apa-apa imej yang menjurus kepada satanism. Jika band Fugazi menegaskan tiada aktiviti stage diving di show mereka, WITTR pula lebih suka kalau crowd yang hadir ke show mereka bermeditasi dan meratap di atas lantai daripada bermoshing! Band yang bernaung dibawah label Southern Lord ini tinggal dan mengusahakan satu ladang organik di pinggir Olympia. Jika di lihat dari sudut ini, mereka lebih kepada satu komuniti hippies, dari metalheads!

Music Wolves In The Throne Room adalah music yang perlu dilayan dengan penuh perasaan. Satu persekitaran yang sunyi dan gelap adalah satu option, pejamkan mata, bukalah minda dan pasangkan album Two Hunters ini, WITTR akan membawa anda mengembara ke satu daerah yang suram namun indah. Diiringi dengan alunan keyboard,synth yang membuai perasaan. Di sulami dengan penuh kerapian dengan unsur black metal yang tidak orthodoks, suatu pengembaraan yang tidak akan dapat dilupakan menunggu!

Saturday, 27 April 2013

MISSION 666 (6) AURA NOIR:DEEP TRACTS OF HELL.

Aura Noir ditubuhkan di Norway sekitar tahun 1993 oleh dua orang core membernya iaitu Apollyon dan Aggressor. Dalam album Deep Tracts Of Hell yang diriliskan pada tahun 1998 ini, kesemua alat muziknya dimainkan secara bergilir-gilir oleh dua orang ni, mungkin itu adalah penyebabnya penghasilan riff-riff yang bervariasi dalam album ini. Untuk persembahan live, mereka mempunyai ahli tambahan sudah tentu. Album ini diriliskan dibawah label Tyrant Syndicate Productions, iaitu satu sub-label kepada Peaceville Records, yang diuruskan oleh guys from Darkthrone.

Walaupun mereka berasal dari Norway , dan ada kaitan dengan band Darkthrone, but they have been influenced alots by those old skool Germans thrasher, than theirs country corpse paint wearer/painter. Sound yang dihasilkan dalam album ini agak raw, tapi semuanya jelas dan seimbang. Walaupun sound mereka mengingatkan pendengarnya kepada riff-riff dari band lain, tapi apabila dimainkan oleh Aura Noir, ianya kedengaran seperti itu adalah sound original mereka. Satu rilisan yang padu. This is blacken trash metal, at it's best, or at its beast:)

Saturday, 20 April 2013

MISSION 666 (5) CARACH ANGREN:WHERE THE CORPSE SINK FOREVER.

Apabila anda mempunyai begitu banyak idea untuk bercerita mengenai sesuatu, anda akan mudah terkeliru dimana hendak memulakannya, or atleast itu yang terjadi pada aku sekarang ni apabila hendak menceritakan tentang album ketiga dari trio symphonic black metal yang berasal dari Holland ini. Band yang ditubuhkan pada tahun 2003 ini, sebelum ini ada meriliskan beberapa buah demo dan EP, tapi yang pernah aku dengar adalah album Where The Corpse Sink Forever, Death Comes Through A Phantom Ship dan Lammendam. Unsur yang paling ketara membezakan Carach Angren dengan band-band yang seangkatan dengannya adalah band ini meriliskan 'album konsep', album yang bercerita tentang sesuatu perkara atau tema dalam sebuah album penuh itu. Kalau dalam EP Lammendam, mereka bercerita tentang hantu dan pekan yang berhantu. Dalam album Death Came Through A Phantom Ship pula, dengan ketara daripada tajuknya itu sudah tentu mereka bercerita tentang kapal lanun yang berhantu. Manakala dalam album Where The Corpse Sink Forever ini pula, ianya berkisar tentang unsur mistik di medan perang. Meninggalkan jauh dibelakang lirik-lirik satanist atau anti-christ yang biasanya sinonim dengan band-band yang segenrenya.

Band yang dianggotai oleh Ardek (keyboards), Namtar (drums), dan Seregor(vocal, guitars) ini mungkin tidak menyamai definasi oleh the purist black metalhead. Musically, mereka lebih mempunyai persamaan dengan Dimmu Borgir, Cradle Of Filth dengan kecenderungan lebih kepada classical music. Untuk album Death Came Through A Phantom Ship dahulu, bunyian keyboards (synth) begitu mendominasi celahan bunyinya, tapi dalam album ini pula, bagi aku unsur bunyi-bunyian violin lebih dikedepankan sebagai tambahan. Ini menambahkan lagi perencah kepada unsur-unsur didalam album masterpiece ini. Unsur-unsur yang di maksudkan itu seperti pembunuhan, kegelapan, ketakutan, kesedihan, benci, bunuh diri dan unsur-unsur lain lagi yang tidak bermukim di Kem positif.

Album ini dimulakan dengan intro bunyi hujan memecah kesunyian, diikuti dengan suara seorang narrator memulakan sebuah epik, disusuli pula dengan bunyi tujuh das tembakan. Selepas itu serangan sonic pun dilancarkan, dengan guitar yang bermain indah diantara garisan kepantasan dan melodi. Drum pula senantiasa brutal, tapi bukannya stail blastbeats after blastbeats. Vocal Seregor pula boleh ditangkap bijik butirnya, agak seiras dengan stail vocal Dimmu Borgir, tapi kurang bervariasi jika dibandingkan dengan band itu. Vocal female tidak dapat dikesan kehadirannya didalam rilisan ini, tidak seperti kecenderungan bands-bands symphonic black metal yang lain.

Jika dilihat kepada trend rilisan Carach Angren ini, mereka lebih cenderung kepada music classical pada setiap Kali rilisan, jadi tidak mustahil dimasa depan mereka akan meriliskan album yang 80% classical? Mungkinlah, mungkin classical dalam kelas mereka yang tersendiri. Sekarang ni Carach Angren sudah bernaung dibawah label Seasons Of Mist, dan tour bersama-sama band Septic Flesh among others keseluruh pelusuk Eropah, dan Australia. Kat Japan aku kurang pasti pulak samada mereka pergi atau tidak pada tahun 2013 ini.

Dengan rilisan ini, Carach Angren telah memecahkan sempadan black metal dan meletakkan diri mereka disatu tahap tertinggi. 'Carach Angren' atau juga membawa maksud 'Iron Jaws', jika dirujuk dari bahasa Tolkien telah menghasilkan satu kerja seni yang akan diperkatakan dimasa mendatang. Satu rilisan yang tidak bosan aku mendengarnya walaupun berpuluh kali mendengarnya pun. Aku anugerahkannya standard 5 bintang. This is the breath-taking melodies.

Friday, 5 April 2013

MISSION 666 (4) ROTTING CHRIST-THY MIGHTY CONTRACT.

First time aku dengar album ni adalah semasa di zaman sekolah menengah dulu, aku pun dah lupa tahunnya, tapi arwah Pendi yang bawaknya ke sekolah. Terus aku pinjam kasetnya, selepas sekali dengar terus aku rasa tak nak bagi balik kaset tu pasal ianya terlalu hebat pada zaman itu. Ianya diibaratkan cinta pandang pertama bagi aku, terus aku iktirafkannya sebagai satu rilisan bertaraf lima bintang. Selepas itu aku discover pula album 'NON-SERVIAM' diaorang ni, tapi masih tidak dapat menandingi album 'THY MIGHTY CONTRACT' ni.

Baru-baru ni aku bersua semula dengan album yang diriliskan oleh OSMOSE PRODUCTION pada tahun 1993 ini, kenangan semasa remaja menular kembali. Sesungguhnya ini satu rilisan malar segar. Walaupun Rotting Christ yang ditubuhkan sekitar tahun 1987 di Athens, Greece dilabelkan sebagai gerombolan black metal gelombang kedua, kumpulan ini sebenarnya bermula dengan musick grindcore! Akan tetapi, oleh kerana mereka adalah Rotting Christ, makanya mereka sentiasa berevolusi. Macam yang pernah aku nyatakan dulu, Rotting Christ will never make the same album twice!!

Jika aku betul-betul menulis mengenai album Thy Mighty Contract ini, aku akan berakhir dengan menulis yang bagus-bagus sahaja untuk mereka, kerana album ini adalah the great (Greek) masterpiece. Sebelum rilisnya album ini, mereka ada mengeluarkan EP "Passage To Arturo", dan sebelum itu pun sudah ada demo yang dihasilkan. Walaupun penggunaan drum dalam album Thy Mighty Contract ini adalah drum-machine, tapi ianya sedikit pun tidak menjejaskan kredibiliti album ini. Dari intro, sampailah ke lagu yang terakhir, semuanya superb dalam kelasnya yang tersendiri. Susunan lagunya agak bervariasi, yang kadang-kala diselitkan dengan bacaan seakan mantera, mungkin untuk memberikan sedikit impak satanism kot. Riff dan solo guitar juga sememangnya syahdu, anda akan melakukan aksi air-guitar tanpa anda sedari. Guitarist dan vocalist nya bernama Sakis Tolis, dan beliau bersaudara dengan Themis Tolis iaitu permain drum nya, dan mereka berdua inilah yang menjadi tulang belakang Rotting Christ.

Rotting Christ sekarang ni sudah mempunyai sebelas album penuh, dan bernaung di bawah syarikat Season Of Mist, label yang sama yang menaungi band-band yang mesti anda check out seperti band Septic Flesh dan Carach Angren. Sememangnya bagus sekali Rotting Christ didn't make the same album twice, if not, they gonna ruins the cult feel of this album. Too bad, their concert in Malaysia have been cancel, aku dah start menabung pun first time dengar rumours tu. Diharapkan dimasa akan datang mereka akan dapat menjejakkan kaki ke Malaysia sebagai satu entiti yang bernama Rotting Christ, kerana nama Rotting Christ itu sendiri sudah Cukup kontroversi. Ada satu peristiwa, Dave Mustaine (megadeth) tidak mahu bermain dalam satu festival musick kerana band Rotting Christ juga berada dalam senarai bands yang akan performs sama. Sememangnya aku lebih memilih Rotting Christ daripada Dave Mustaine yang dah sepatutnya bersara tu.

Thy Mighty Contract adalah pilihan terbaik aku dari album-album Rotting Christ yang lain. Ianya berdiri mendada sebagai satu album cult. Sekali lagi aku iktirafkannya sebagai satu rilisan metal lima bintang, perfect. And now, Rotting Christ can name me under their cult \m/

Friday, 29 March 2013

MISSION 666 (3) CANCER-DEATH SHALL RISE

Cancer adalah sebuah band yang ditubuhkan di England sekitar tahun 1987. Death shall rise yang diriliskan pada tahun 1991 adalah album kedua diaorang. Sebelum tu diaorangni ada riliskan sebuah album penuh yang bertajuk 'To The Gory End', kedua-dua album ni (dan juga rilisan mereka yang lain) sudah menempah status cult. Band Cancer ini sendiri sememangnya agak underground, entah mengapa sebabnya aku pun tak pasti, mungkin nasib kurang menyebelahi mereka kot:)

Dari segi musick, bagi aku diaorang ni main stail old-skool death metal, dan pengaruh terbesar yang dapat aku kesan dalam musick diaorang ni adalah dari band senegara diaorang ni iaitu band Bolt Thrower. Cumanya musick Bolt Thrower mempunyai lebih unsur amarah lagi, dan vocal stail dari Cancer adalah lebih mudah didengar. Dalam ertikata lain, vocal dari Cancer kita dapat tangkap bijik-butir apa yang dinyanyikan. Disini juga aku dapat mengesan sedikit pengaruh dari Slayer, Entombed dan Death, cumanya musick dari Cancer adalah lebih rileks lagi dari band-band yang disebutkan tadi.

Jika membandingkan album ini dengan album pertama diaorang, album ini adalah lebih bervariasi. Oleh kerana album ini di producekan oleh Scott Burns di Morrisound Studios, makanya unsur-unsur Florida Death Metal tu terpalit jugaklah, kalo tak banyak pun, sikit tu ada.

Cancer may lacks of originality, but doesn't mean they're no good. This is not some kind of death metal party album, but it's not an album that you press 'play' and pay every attention to it's either. Most of the times, the riff is a bit repeatetive, and sometimes their riff gonna remains you to some other bands. But doesn't means all that shit gonna bring a bad reputations to this band. I love this album, and this band. I suggest you to check this band out. This some kind of 'slow venom'?, it's doesn't effect you immediately, but after a while it's gonna spread to all over your body, then of course Death (metal) Shall Rise:) takdir!! Salute!!

Friday, 22 March 2013

MISSION 666 (2) DARKTHRONE-THE UNDERGROUND RESISTANCE

Darkthrone adalah sebuah band yang sentiasa berevolusi sound-nya, dan black metal adalah yang paling lekat dengan band ini. Sound black metal klasick dari album seperti a blaze in the northern sky dan transvalnian hunger contohnya sudah menjadi trademark duo dari Norway ni. Tapi dengan beredarnya album terbaru diaorang ni yang berjudul The Underground Resistance, satu anjakan sound yang agak jauh telah dilaksanakan jika dibandingkan dengan album trademark black metal mereka.

Untuk album terbaru ini, bagi aku lebih banyak unsur NWOBHM di tampilkan. Bagi mereka yang senantiasa mengikuti perkembangan Darkthrone, mungkin ini bukan suatu yang mengejutkan kerana unsur-unsur ini telah sedia ditampilkan dalam album-album sebelum ini, cuma dalam amaun yang sedikit sahaja, untuk rujukan sila dengar album sebelum ini seperti The Cult Is Alive, F. O. A. D. Dan untuk lebih unsur metalpunk dan crustypunk, sila dengar album Circle The Wagons dan Darkthrones And Black Flags yang telah digaul dengan cukup sebati dengan black metal.

Berbalik kepada album The Underground Resistance ini, recording soundnya masih lagi primitive, sangat cocok sekali dengan Darkthrone, aku suka sound sebegini. Permainan drum fenriz pun lebih bervariasi, mungkin aku boleh katakan lebih groovy. Penggunaan teknik clean vocal adalah semakin meluas, bukan clean yang terlalu clean tapi clean yang gruff. Pengaruh Motörhead memang ada, tapi yang agak surprise tu untuk track terakhir terdapat guitar riff yang mempunyai sedikit persamaan dengan guitar riff Enter Sandman dari Metallica, jangan bimbang sedikit sahaja. Sama macam dalam album The Cult Is Alive yang ada satu guitar riff tu yang agak sama dengan guitar riff Smoke On The Water, itupun anda kena mendengarnya dengan teliti kerana sound album Darkthrone senantiasa di primitive kan.

Jika anda mendapatkan album ini dan mengharapkan Darkthrone meriliskan Transvalnian Hunger musim kedua, anda sememangnya akan kecewa, and it's not surprise if you gonna hate this immediately. Selepas jasa dan dedikasi Darkthrone terhadap dunia underground, musick mereka dan lifestyle mereka, Darkthrone bagi aku dah sampai satu tahap yang mereka dah boleh buat album yang bagaimana yang mereka mahu, tanpa risau di label sold out or even worse Traitor. But if in the next album they start to rapping in some songs, I'll re-consider my thought:) The most stand out track for me, surprisingly were second tracxs called Valkyrie. After a couple of listen, the chorus start to played on my head over and over, really addictive tracx.

One of the best treasure this year. I gave this four stars out of five, or maybe four upside down cross. Thanxs alot Fenriz and Nocturnal Culto.

Friday, 15 March 2013

MISSION 666 (1) INEPSY-ROCK N ROLL BABYLON

Untuk menterjemah music INEPSY cukup mudah, cuma ambik Motörhead dan campurkan dengan Discharge, dan hasilnya sudah tentulah INEPSY. Bukanlah bermakna INEPSY sesuatu band yang tidak original, tapi pengaruh dua bands tersebut memang ketara sekali terutamanya Motörhead, vocalisnya, Chany boleh di salahertikan sebagai Lemmy semasa muda, dengan vocal garau yang amat mirip sekali.

Pertama kali aku mendengar band dari Montreal, Canada ni, aku tak berapa into sangat, musicnya agak mengulang part yang sama walaupun ada diselitkan unsur-unsur yang lain macam harmonica ke, tapi itu sedikit sahaja. Tapi selepas 2,3 kali dengar album ini, ianya mula menular dalam darah daging dan aku mula ketagih. Lyrically, ianya masih lagi seperti gabungan dua pengaruh besar mereka tadi, tapi kali ini lebih kepada Discharge, political rock n roll.

Scene bands yang memuja Motörhead agak besar juga. Dan untuk bands punk yang memuja Motörhead ada pro dan kontranya. Untuk pro-nya, mereka boleh get along at both metal and punk scene very well, if they know how, of course. Yang negative nya pula bila punk kids think they're to metal to them, and those longhaired think they're to punk to become a metalhead. So in some case, they just stucks in the middle, creating their own scene.

All bullshit aside, i like this album. Gonna give this 4 out of 5 stars. Smoking666.

Friday, 1 March 2013

TSHIRT METAL VS TSHIRT PUNK

Boleh dikatakan 95 peratus tshirt kepunyaan aku adalah tshirt bands, dan tshirt-tshirt band ni majoritinya aku pakai diluar waktu bekerja sahaja, pasal kebanyakkanya ada gambar korok. Takkanlah aku nak pakai tshirt gambar korok tengah kekoh orang untuk pergi kerja, tu kira memang brutal tak ingat dunia lah, dan sebab itulah sesetengah orang akan melihat aku memakai tshirt yang sama aje setiap minggu ke tempat kerja.


Dari 95 peratus tshirt bands kepunyaan aku tadi, separuh darinya adalah tshirt band metal dan lagi separuh terdiri dari tshirt band punk dan hardcore, tidak dilupakan sehelai tshirt band The Cure:). Aku sekarangni dah memang jarang sangat pergi ke gig, tapi sewaktu ketika dahulu jika mahu menghadiri gig, aku akan memakai tshirt yang dirasakan 'sesuai' untuk gig tersebut, contohnya macam untuk ke gig metal , sudah tentu aku akan memakai tshirt band metal dan begitulah selanjutnya. Sememangnya ianya bukanlah satu issue yang besar, tapi nampaknya ada lagi sesama kita yang mendeskriminasi mereka yang sedikit berlainan citarasa muzik, atau dalam cara berpakaian mungkin.


Sememangnya aku ada contoh yang berlaku dihadapan aku sendiri, tapi untuk tidak kasi line panas, aku tidak akan ceritakannya disini. Lagipun sekarang ni jarang-jarang ada orang yang suka baca entries blog yang panjang-panjang, lainlah untuk blog cerita lucah:). Sebagai penutup, aku senaraikan top 5 tshirt band yang korang boleh pakai samada untuk ke gig metal mahupun ke gig punk hardcore, so inilah dia:-
1)IRON MAIDEN tshirt.
2)MOTÖRHEAD tshirt.
3)NAPALM DEATH tshirt.
4)WORMROT tshirt.
5)YUNA tshirt (tapi yang satu ni hanya exclusive untuk yang otai aje:)).

Friday, 22 February 2013

WORMROT tshirt

So here's another entry yang nak menunjuk-nunjuk. Kali ni pasal tshirt daripada band grindcore tersohor Singapore, WORMROT. Aku beli ni pun dari rakan kat Facebook, walaupun mungkin tshirt terpakai tapi conditionnya memang puashati. Aku tak tahu apa tajuk design ni dan siapa yang melukisnya, tapi nampak dari stailnya macam lukisan dari vokalis band ni sendiri, Arif rot.

Design tshirt ni hanya di print di bahagian depan baju sahaja, kat belakang kosong. Kat bahagian depan ada lukisan kepala zombie atau hantu, di bingkaikan dengan kawat duri. Juga terdapat ilustrasi puntung-puntung rokok dan botol-botol, entah apa maknanya, aku pun tak tahu. Kat atas lukisan tu terpampang logo untuk band WORMROT, salah satu logo band yang terbaik pada pendapat aku, bagi aku ianya di pengaruhi oleh unsur-unsur oriental.

Dye yang digunakan adalah kaler kelabu untuk designnya, di print pula diatas tshirt berwarna hitam oleh itu ianya tidaklah terlalu menonjol sangat. Menurut rakan aku, kebiasaannya ada dua versi untuk tshirt band WORMROT, satu versi lokal dan satu lagi versi print UK. Oleh kerana yang kepunyaan aku ni ber-tag-kan 'fruit of the loom', jadi aku rasa yang ni versi UK, or at least versi oversea.

So ini sajalah entry untuk minggu ni, mungkin minggu depan pun boleh tulis entry pasal tshirt band jugak, pasal ada lagi selai tshirt yang ondaway ke aku. Tshirt band apa tu? Yang tu kena tungguuuuuuuuuuuuuu:)

Friday, 15 February 2013

TERRORIZER mag April 2009

Hi there! As I promised you last week, we meet again this time for a new entry. Well, nothing much actually, just wanna share my old magazines collections. Actually I can update up to five entries like this in a row, but i dont want to, besides i have my own reasons, i also want to keep my source, so every weeks i can update my new entry. Hope you got what i try to say here, sometimes its a bit hard to describe something's in a language that you rarely used, but at least i'll try:) so this entry is like the tittle up there saying, it's TERRORIZER number 182 which have been out on april 2009, so it's more or less four years this mag stay in my collections. This one is the oldest TERRORIZER mag that i still have, most of the old (and new) issue either i give it's away to some friends, or i happen to sold it's. If I'm not mistaken, the first TERRORIZER mag that i bought is the one that got old FEAR FACTORY doing zebra crossing a-la The Beatles on cover. I bought it when the first time i went to Kuala Lumpur for an interview with ALAM, if you wonder, i got the place in ALAM, but because some financial problem i didn't go with them, i means i didn't continued my course with them. But thats another story, for another times, i guess.


As you can see, this issue got the band Mastodon on the cover. I'm not really a big fans of Mastodon, and you can say the big reason i bought this issue is because they make this "Swedish Death Metal" sort of special issue. At that time, im really into Swedish scene, whatever bands come out of Sweden, i'm ate it up. But not anymore, i means, i still into this Swedish Metal Scene but i also start opening my ears to the bands from other regions. Cause i think it's kinda stupid just to judges bands or persons just from where they are from. I believe in every fifty bands from Sweden (or anywhere else) there must be at least one shitty band. Well, I'm not write this to talk shit about any bands from Sweden, not at all, Swedish bands will always have a special place on my humble heart.


So, i also start thinking to myself, am i wrote about my mag collections, or about Swedish scene now? Okay, enough of it's, go see some pictures down there. Hope you like this week's post, if you not, nevermind, it's not a big issue at all. About the language that i'm using this time, i try to write something in my broken English, and if it's sucks for most of you, at least I tried. And it's really rare that I'm using English language in my everyday life. So see you next weeks, and take care.

Monday, 11 February 2013

METAL MANIACS November 2005

So when was the last time I updated my blog? Gua pun tak tahu apasal tetiba aje gua rasa malas nak update blog ni, mungkin faktor kemalasan tu dah sememangnya sedia ada dalam DNA gua. Untuk entry kali ini pun takdelah merepek panjang-panjang, just nak share koleksi aje.

So inilah dia mag Metal Maniacs yang paling tua yang ada dalam simpanan gua, keluaran November 2005. Cover depan macam yang korang boleh tengok kat sini adalah dengan band Opeth. Kat dalamnya ada cerita dengan bands Hate Eternal, Cryptopsy, Arch Enemy dan banyak lagilah. Gua cerita sikit-sikit aje pasal ini bukannya review terkini, cuma sekadar berkongsi koleksi gua.

Kat kedai memang dah takde jual pun issue ni, so kalo korang berminat untuk mengkoleksikan mag ni, korang boleh try Tanya mana-mana metalheads lama atau cari aje kat EBay. Okay selamat tengok gambar 2,3 keping tu dan kita jumpa lagi minggu depan.

Friday, 11 January 2013

MAHARAJA TAK LAWAK KUALA TERENGGANU

Semalam lepas gua pusing-pusing kat kedai-kedai bundle kampung gua, mulut gua rasa nak makan pulak walaupun perut gua tak meminta. Disebabkan semalam hari jumaat, jadinya tak banyaklah kedai makan yang buka, tapi berkat penat lelah gua pulas trottle motorsikal gua, terjumpalah gua sebuah kedai makan orang Siam kat area Gong Badak ni. Kedai masakan panas/tomyam. Fakta:. Lebih-kurang 95 peratus kedai makan masakan panas/tomyam kat area kampung gua dimiliki oleh orang Siam. Kedai makan yang gua baru sampai ni jika dilihat dari luar kelihatan tersusun kereta motor, menandakan bilangan pelanggan yang ramai pada hari itu.


Gua parking motorsikal gua kat bawah pokok, pokok apa pun gua tak tahu namanya, pasal gua tak sempat nak buat penyelidikan tentangnya. Terus gua menuju untuk masuk kedalam kedai berkenaan, belum sempat masuk gua terserempak dengan dua orangni, gaya macam mat indie. Diaorang senyum, selepas gua confirm takde orang lain kat belakang gua, gua balas balik senyuman diaorang tu. Gua tak kenal pun diaorang ni, mungkin diaorang suspek kat gua pasal time tu gua pakai tshirt band Social Distortion. Atau mungkin pasal diaorang tergoda dengan keseksian gua memakai seluar pendek. Ataupun mungkin pasal diaorang ni pernah baca blog gua, walaupun kemungkinan itu tipis-tipis sahaja. Salah seorang dari mereka menegur, bertanya gua, "bro nak pegi makan ke?",belum sempat gua menjawab, mamat tu menyambung lagi,"saya cadangkan bro order nasi goreng ayam merah", kata mamat tu sambil membuat muka konfiden sambil membuat tangan stail lambang kacang cap tangan. Gua senyum aje.


Gua masuk kedai, cari kerusi meja, terus duduk. Sambil baca menu, gua buat lagak stail Aoron aziz dalam filem KL Gangster. Kurang-lebih lima minit kemudian, pelayan pun sampai, gua order air milo ngan nasi goreng ayam merah berdasarkan cadangan mamat tadi, walaupun yang sebenarnya gua rasa nak makan nasi goreng Sweden. Seketika kemudian, air milo pun sampai. Kurang-lebih 20 minit kemudian nasi goreng ayam merah pun menyusul, time tu air milo gua dah tinggal separuh. Tapi yang lebih kindsadis aritu adalah nasi goreng ayam merah itu sendiri. Nasinya hanyalah nasi goreng kosong yang digaul tidak rata, ada 10 peratus lagi bahagian nasi yang masih putih-putih. Ayam merahnya pula hanyalah dalam empat-lima ketul isi ayam yang sebesar kurang-lebih seinci setiap ketulnya, yang dimasak didalam kuah berwarna merah yang sekali rasa macam sos tomato hidup-hidup. Gua makan jugak separuh hati, kalo gua memercok dan tak makan, gua tetap kena bayar jugak, oleh itu lebih baik gua telan aje.


Sambil-sambil telan tu, gua teringat kat mamat dua ekor tadi. Tobat kalo jumpa balik mamat tu, gua buang angin tayar motor dia. Masa tu baru diaorang kenal sapa itu Norifumi Abear:)